Mat Yo Akhiri Zaman Bujang
KOTA BHARU – Pemain paling bernilai musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan zaman bujangnya setelah memilih Siti Aisya Adam, 21 tahun sebagai sebagai pasangan hidupnya.
Malam semalam, majlis persandingan kedua-dua mempelai tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Konvensyen, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu malam semalam.
Norshahrul Idlan, 24 tahun atau disapa dengan panggilan Mat Yo memilih Siti Aisya yang berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, Air Asia.
Biarpun sibuk menghadapi tugasan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Indonesia dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Norshahrul telah diberi pelepasan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan beliau pulang ke Kota Bharu menyempurnakan majlis perkahwinan tersebut.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan, Datuk Ismail Mohd Nor antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ialah rakan taulan, ahli keluarga sebelah pihak lelaki dan perempuan selain pihak pengurusan dan pemain pasukan Liga Super Kelantan musim depan diketuai pengurus pasukan, Azman Ibrahim.
*KELATEWAZ BOLA juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Farisham Ismail & Mohd Shakir Shaari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan