KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 9 Disember 2010

Kelantan Hilang Tiga Tonggak.





Tiga pemain utama Kelantan telah sah menjadi milik kelab yang berpengkalan di Kuala Terengganu, T-Team FC untuk saingan Liga Malaysia 2011.

Perkara ini disahkan sendiri ketua jurulatih T-Team FC, Yunus Alif dimana ketiga-tiga bekas pemain tonggak Kelantan itu sudah menandatangani kontrak selama setahun.

Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose sudah menjalani latihan sejak beberapa hari lalu bersama pemain lain.

T-Team FC yang baru semusim berada dalam kancah Liga Super mula memasang impian menjulang kejuaraan liga musim depan dengan kehadiran tiga pemain ini.

Sebelum ini, desas desus perpindahan mereka bertiup kencang di kem Red Warriors menyebabkan ramai pihak mula tidak senang duduk dengan perkhabaran terbaru itu.

Seakan menghangatkan lagi isu ini ialah keluarnya kenyataan dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di halaman facebook selain ketidak hadiran tiga pemain ini dalam sesi latihan pertama tempoh hari.

Setelah menghadapi minggu sukar, disahkan bahawa ketiga tonggak ini akan mengikuti langkah Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Syed Adney berhijrah kepada pasukan lain pada musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular