KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 6 Disember 2010

Preview Separuh Akhir Kedua
Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010

m

Skuad Melayu Kelantan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nashirudin Shah, Kuala Terengganu untuk mempertahankan kelebihan tiga jaringan yang diperoleh mereka dalam separuh akhir pertama Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010, minggu lalu.

Percaturan bagaimana bakal diterjemahkan Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli kepada pemain Kelantan untuk direalisasikan diatas padang untuk mengelakkan dari dibolosi lebih pada tiga jaringan.

Kedua-dua pengendali itu turut menharapkan sentuhan penyudah kemas penyerang dapat diteruskan di arena lawan, malam ini.

Untuk catitan, penyerang skuad Liga Super Kelantan, Ramzul Zahini Adnan dan Aris Zaidi berganding hebat untuk merobohkan benteng pertahanan lawan.


Mereka berdua membuktikan bisa apabila menghasilkan tiga jaringan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.


Namun semua pemain Sang Kijang dinasihatkan terus memberi aksi terbaik bagi mempertahankan kelebihan.

Terengganu pasti turun dengan dendam hebat setelah dikecewakan dalam perlawanan pertama dan mereka dijangka akan mengekalkan formasi sama ketika mengekang kemaraan Kelantan pada separuh masa pertama Kota Bharu.

Dengan tambahan sokongan penyokong sendiri tidak mustahil mereka mampu bangkit menyamakan untuk kedudukan.

Barisan kesebelasan utama dijangka tiada perubahan drastik kerana semua pemain utama berada dalam keadaan cergas selain bebas dari masalah pengantungan.

Mohd Shahrizan kekal di posisi permulaan mengawal pintu gol manakala kapten pasukan, Sarudy Aziz berperanan untuk mengawal kawasan benteng dari dicerobohi dengan mudah. Kekentelan Sarudy dengan bantuan Sani Nawi, Shafik Haikal dan Nik Shahrul Azim atau Tuan Norhafizie ternyata mampu membawa Kelantan ke mercu.

Jentera tengah turut tidak mengalami perubahan dimana Rosairil Asrul, Ezrie Shafizie, Khairan Ezuan dan Izuan Salahudin diberi harapan untuk merencana gerakan ke kawasan tuan rumah.

Ketajaman Ramzul dan Aris Zaidi sekali ditagih. Sekurang-kurang satu gol perlu mereka letakkan dalam gawang Terenggnu oada awal perlawanan untuk mengelakkan tuan rumah bangkit mengejar.

Kelebihan dengan margin tiga gol sangat sukar untuk dikejar namun dalam 90 minit masa perlawanan, banyak perkara boleh berlaku dan kemungkinan untuk Kelantan tersingkir masih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular