KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 5 Disember 2010

Bekas Pemain Derita Barah.

Sairozi Daud (Gambar: Utusan Malaysia)


Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud kini terlantar sakit setelah disahkan menghidap penyakit barah tengkuk sejak Februari tahun ini.

Pemain yang telah membantu Kelantan muncul juara saingan Piala FAM tersebut dikesan menghidap penyakit berbahaya ketika masih beraksi dengan skuad Liga Super, Johor FC.

Dia hanya sempat beraksi sekali sahaja sebelum terus mendapatkan rawatan susulan dari hospital pakar di Johor Bharu sebelum pulang ke kampung halaman selepas tamat kontrak dengan skuad dari selatan itu.

Dikhabarkan Sairozi Daud kini menerima rawatan secara tradisional selepas tidak lagi menjalani rawatan di hospital kerana mengalami kesakitan.

Pemain yang berasal dari Kampung Pangkal Nering Timur, Pulau Chondong tersebut hanya terlantar di rumah selepas doktor pakar menasihatkannya terus berehat setelah didapati tidak mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.

Bagi peminat setia Kelantan Red Warriors yang mahu memberi sumbangan peribadi kepada pemain yang telah banyak berjasa ketika menjulang nama Kelantan pada 2005 boleh terus berhubung dengan pihak KAFA atau datang sendiri ke rumah Sairozi Daud di Machang.

Kelatewaz bola mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari peminat bola sepak Kelantan bagi meringankan beban penyakit yang dihadapi Sairozi Daud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular