KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 10 Disember 2010

Kelantan, Kedah Berentap.


Perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 tinggal tidak sampai dua hari dari sekarang dan kedua-dua pasukan yang layak sudah mula bermain perang psikologi sesama sendiri.

Kejohanan yang dianggap antara tertua di benua asia tersebut sudah memasuki edisi ke-70 dengan Kelantan dan Kedah akan berentap untuk merebut takhta pada tahun ini.

Kedah yang dibimbing Mohamad Ramlee bukan calang-calang pasukan dan mereka membuktikan bahawa kehadiran mereka dalam pentas Piala Emas adalah untuk mencatatkan kejayaan.

Kejayaan ini tepat pada masanya kerana dendam tewas pada penentuan akhir kepada Perlis tahun lalu masih belum terbalas. Mereka hadir ke Kota Bharu dengan tekad untuk menjulang kejuaraan yang telah terlepas pada musim lepas.

Khabar tidak gembira sebenarnya buat Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli selaku pengendali Kelantan setelah lawan yang bakal dihadapi boleh dikatakan antara pasukan terkuat dalam pentas saingan kali ini.

Kedah sudah melaungkan cabaran bahawa mereka tidak sama sekali gentar dengan kekuatan Kelantan ketika ini walau mereka beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Cuma dengan prestasi pemain ketika ini mampu melegakan seketika kem Kijang selepas pemain yang membarisi skuad sedia ada sudah mampu menghadapi tekanan dalam perlawanan.

Kehandalan penyerang prolifik, Ramzul Zahini dan Aris Zaidi serta kelibat pemain lama yang menampilkan aksi bertenaga, Sang Kijang sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan sang musuh.

Justeru itu, tugasan kedua pengendali Kelantan cukup berat sementelah mereka diberi harapan menggunung oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan dan peminat fanatik Sang Kijang untuk membawa pulang kejuaraan ke-13.

Andai impian yang didambakan mampu direalisasikan, tahun bola sepak Kelantan yang dianjurkan KAFA dapat ditutup dengan kejayaan gilang gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular