KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 Disember 2010

Fahmi Elak Pisang Berbuah Dua Kali

KHAIRUL Fahmi gigih menjalani menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

‘Saya sudah lupakan perlawanan terdahulu kami diaibkan 5-1 di Jakarta’

PENJAGA gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu menutup tirai 2010 dengan meraih satu lagi kemenangan pada final Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

“Tahun 2010 adalah tahun bertuah saya dan Piala Suzuki AFF adalah kemuncak kepada karier saya setakat ini. Saya berharap tahun ini akan diakhiri dengan kejayaan skuad negara pada final nanti,” kata pemain yang dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dan penjaga gol terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM tahun ini.

Pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu berkata, dia sudah melupakan perlawanan terdahulu menentang Indonesia apabila pasukan negara tewas 5-1.

“Kalau boleh kami tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana jumlah bolos ketika perlawanan awal itu adalah besar.

“Mengenai tekanan, saya juga manusia biasa dan yang penting saya sudah melakukan persiapan dan kerja keras untuk sampai ke sini. Kini saya mahu fokus untuk perlawanan dan akan mengikut arahan jurulatih bagi mengurangkan kesilapan,” kata penjaga gol yang beraksi kali pertama di temasya Sukan Asia Guangzhou 2010.

Kata Khairul Fahmi, dia akan lebih berhati-hati terhadap jentera serangan Indonesia terutama Irfan Haarys Bachdim dan Cristian Gonzáles yang dilihatnya sebagai pemain yang mampu menembusi benteng pertahanan negara.

“Saya juga risau dengan Oktovianus Maniani kerana pemain muda Indonesia itu sangat laju dan sering membuat hantaran silang yang kencang,” kata penjaga gol skuad Liga Super Kelantan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular