KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 24 Disember 2010


Kembalikan zaman kegemilangan bola




SELURUH warga Malaysia patut berbangga dengan pemain-pemain bola negara kerana berjaya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak apabila melangkah gah ke pentas final Piala AFF Suzuki 2010, 26 Disember ini setelah Malaysia dahagakan kebangkitan mereka saban tahun.

Pemain yang membarisi pasukan kelolaan jurulatih negara, K.Rajagobal ini tidak patut dipandang sinis atau dikritik memandangkan mereka masih muda jika dibandingkan dengan pemain-pemain negara lain di Asia.

Menurut Rajagobal, pemain-pemain muda akan membuat kesilapan malangnya, orang luar tidak faham akan hal ini dan mereka hanya mahukan kemenangan dari pasukannya itu.

“Pemain-pemain saya semuanya muda dan apabila muda mereka melakukan kesilapan lebih dari 1000 kali dan dari situ mereka akan belajar tetapi orang luar tidak faham akan hal ini.

“Walaupun pasukan bermain tanpa 10 pemain tonggak utama, orang masih mahukan kemenangan. Kita harus ingat dan lihat senario bola sepak itu sendiri pada usia berapa seseorang itu akan menjadi pemain yang hebat, biasanya pada usia lewat 20-an.

“Pasukan saya pula mempunyai pemain berusia 19 tahun dan yang paling senior 26 tahun. Kita tidak boleh terlalu mengkritik mereka kerana sedikit sebanyak semangat mereka datang dari kita,” katanya.

Jurulatih yang mula melatih pasukan kebangsaan pada April tahun lalu itu juga turut menyatakan kegembiraannya terhadap anak buahnya itu kerana mereka kini telah banyak mengalami perubahan positif.

Malah, Rajagobal juga meminta rakyat negara ini memberi peluang untuk anak buahnya memperbaiki semua kesilapan dan mendedahkan mereka dengan perlawanan-perlawanan besar.

“Saya gembira dan berbangga dengan mereka, saya cuma mahu mereka bermain dengan baik dan konsisten kerana walau di mana pun kita bermain tidak kira siapa lawan kita. Jika kita bermain dengan baik kemungkinan untuk menang tetap ada.

“Kita juga harus ingat mereka manusia biasa yang mempunyai ketakutan ketika menentang pasukan lain, jadi kita harus menyokong mereka dan cuba memberikan kelebihan penonton pada malam itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal turut mengesahkan dua pemain tengahnya iaitu Mohd Amirul Hadi Zainal serta Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang mengalami kecederaan lutut dijangka mampu bermain pada malam itu nanti.

Rajagobal waspada


Jurulatih, K. Rajagobal (dua dari kanan) bekerja keras melatih para pemainnya pada sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


SKUAD bola sepak kebangsaan kembali menjalani latihan semalam untuk persiapan menghadapi Indonesia pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini.

Namun, hanya 20 pemain yang berlatih sepenuhnya manakala dua pemain, Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymeen Zambri hanya menjalani latihan ringan kerana mengalami kecederaan lutut.

Situasi tersebut mungkin memaksa jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal melakukan sedikit pertukaran dalam kesebelasan utamanya kelak.

Atas sebab itu, pengendali berusia 54 tahun itu mengatur satu perlawanan ujian menentang Felda United di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam ini untuk menguji prestasi barisan pemain simpanannya.

“Amirulhadi cedera lutut kanan ketika aksi separuh akhir kedua Sabtu lalu manakala Khyril tidak diletakkan dalam senarai 20 pemain pada aksi di Hanoi itu kerana cedera lutut kiri selepas aksi separuh akhir pertama.

“Jadi perlawanan ujian menentang Felda United ini akan saya gunakan untuk melihat kemampuan pemain terutamanya pemain-pemain simpanan.

“Ia penting kerana jika mereka terpaksa diturunkan Ahad ini, tidaklah mereka terlalu terkejut untuk mendapatkan rentak permainan sebenar,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan petang semalam.

Selain itu, Rajagobal turut bimbang kemungkinan para pemainnya menerima kad kuning tidak sewajarnya pada Ahad ini memandangkan tiga pemain iaitu Safee Sali, Mahali Jasuli dan Amirulhadi sudah mengumpul satu kad kuning.

“Memang kita tak mahu perkara ini berlaku kerana ia boleh menyebabkan tiga pemain ini tidak dapat beraksi pada final kedua di Jakarta nanti. Tapi perkara seperti ini sukar dijangka,” jelasnya.

Ditanya tentang pemain-pemain Indonesia yang perlu diberi perhatian, Rajagobal pantas menyebut Cristian Gonzales, Oktovianus Maniani, Muhammad Ridwan dan Irfan Bachdim sebagai ancaman utama.

“Selain itu, kita perlu ambil perhatian juga terhadap Firman Utina dan Ahmad Bustomi di bahagian tengah serta kemantapan Maman Abdurahman dan Zulkifli Syukur di barisan pertahanan Indonesia.

“Untuk final pertama Ahad ini, saya cuma mahu pemain kekal konsisten. Kita memang mahu menang aksi di tempat sendiri walaupun turun sebagai underdog berbanding Indonesia,” ujar Rajagobal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular