KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 5 November 2010

Tahun Kegemilangan
Bola Sepak Kelantan



Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 lengkap sudah dengan kejayaan bermakna skuad Kijang setelah muncul juara dalam Piala Malaysia, baru-baru ini.

Seperti kata Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada awal tahun tempoh hari, skuad Kelantan yang dibina adalah untuk mencapai kejayaan selepas lama merudum di tampuk bawahan.

Terbukti bahawa kata-kata yang dilontarkan tersebut kena pada masanya dikala Kelantan mula dilabel antara pasukan paling berjaya dalam arena bola sepak Malaysia selain kekal menjadi gergasi Pantai Timur untuk tahun kedua berturut-turut.

Perubahan tampuk kepimpinan dengan inovasi serta motivasi yang tinggi, Kelantan tampil menyengat malah menjadi pasukan pertama mampu menarik penonton hadir ke stadium tidak kira di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV atau seluruh venue perlawanan di seluruh negara.

Kehadiran ramai penyokong ditambah dengan aksi serba menjadi selain memiliki nama-nama besar dalam pasukan menimbulkan rasa dengki di kalangan peminat pasukan bola sepak lain.

Ramai juga pemimpin Persatuan tidak kira badan induk atau badan FA negeri menegaskan betapa skuad Kelantan merupakan pasukan 'mee segera' tetapi ianya dinafikan dengan pantas oleh KAFA.

Kelantan tetap utuh apabila meraih pelbagai kejayaan dalam masa singkat.

Malah, Kelantan menjadi satu-satunya pasukan menampilkan kehebatan dalam padang dan juga di luar padang termasuklah tahap profesionalisme pihak pengurusan, pengenalan jenama Red Warriors, dibarisi pemain berdaya saing dan banyak lagi.

Justeru itu, yang dimahukan kini ialah biarlah kejayaan yang diraih dapat dikekalkan agar nama Kelantan terus menjadi sebutan semua peminat bola sepak tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular