KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 2 November 2010

Piala Malaysia jelajah Kelantan

KUALA LUMPUR – Tarikh 1 November 2010 pada hari ini, bakal menjadi detik bersejarah dalam dimensi bola sepak Kelantan apabila buat pertama kalinya, Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Red Warriors akan menjejaki bumi negeri Kelantan Darul Naim.

Sambutan besar-besaran dijangka menanti kepulangan barisan wira pasukan Kelantan, yang gah menjulang trofi Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun lalu dan dijangka tiba di ibu negeri, Kota Bharu petang ini.

Bukan melalui jalan laut, bukan juga jalan udara tetapi piala keagungan bola sepak negara itu, akan mengharungi perjalanan jalan darat sejauh hampir 500 kilometer dan selama hampir 12 jam bermula dari Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, hotel penginapan pasukan Kelantan sebelum dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 6.30 petang ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, buat pertama kalinya, trofi Piala Malaysia itu akan dibawa pulang ke bumi negeri Kelantan pada hari ini.

“Esok (hari ini) tercatat satu sejarah baru dalam kalendar bola sepak Kelantan apabila buat pertama kalinya, piala paling berprestij itu akan dibawa pulang ke Kelantan. Barisan wira pasukan Kelantan akan bertolak pulang tepat jam tujuh pagi esok (hari ini) dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

“Kita dijangka singgah di Gua Musang sekitar 12 tengah hari dan akan solat berjemaah serta makan tengah hari di situ sebelum menyambung perjalanan pulang ke Kota Bharu.

“Kita dijangka tiba di pekan Kok Lanas sekitar jam empat petang. Sekiranya keadaan cuaca elok, barisan pemain akan menaiki bas tanpa bumbung ke Kota Bharu. Bermula dari situ, mereka dijangka diiringi puluhan buah motosikal berkuasa tinggi serta ahli kelab Ferrari Kelantan, sambil diikuti beberapa lori yang akan melakukan paluan gendang serta dikir barat secara bergerak sepanjang jalan ke Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Annuar berkata, setibanya rombongan mereka di Kota Bharu pada jam lima petang, mereka akan mengelilingi beberapa batang jalan di bandar buat beberapa ketika sebelum berhenti di dataran di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV.

“Di situ, para peminat bola sepak Kelantan boleh melihat secara dekat trofi keagungan bola sepak negara itu. Saya minta peminat Kelantan hadir beramai-ramai ke stadium bagi menyambut kepulangan barisan wira Kelantan nanti.

“Rombongan akan bertolak tepat jam 6.30 petang menuju ke kediaman saya di SriPuri, Bukit Marak bagi tujuan solat Maghrib berjemaah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular