Kelantan ke Suku Akhir.
Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan berjaya melayakkan diri ke saingan suku akhir tanpa perlu menunggu keputusan perlawanan diantara ATM dan Johor, petang ini.
Kejayaan menewaskan Johor malam semalam memberikan tempat buat anak didik Zahasmi Ismail di peringkat kalah mati.
Dua kemenangan berturut-turut yang dicatatkan skuad Kijang meletakkan mereka dalam zon selesa apabila mendahului carta teratas carta kumpulan B dengan enam mata.
Satu lagi slot bakal direbut ATM dan Johor manakala satu lagi pasukan, skuad Pulau Mutiara telah tersingkir selepas mengalami dua kekalahan dan pertemuan dengan Kelantan malam ini hanya melengkapkan jadual perlawanan.
Dengan kejayaan Kelantan, mereka mengulangi pencapaian tahun lalu dengan berada di peringkat kalah mati.
Untuk catatan, Kelantan telah menjuarai Piala Emas Raja- Raja sebanyak 12 kali dan pada tahun ini sasaran muncul juara sekali lagi ditagih pihak pengurusan serta peminat setia sebagai melengkapkan tahun gemilang bola sepak Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan