KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 1 November 2010

Kelantan buru rekod kejuaraan kali ke-13

SELEPAS menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama sejak 89 tahun, perhatian Kelantan kini terarah kepada misi menjulang Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 apabila saingan edisi ke-70 Puncak Piala Emas Raja- Raja bermula Jumaat ini.

Kelantan merupakan gergasi dalam saingan Piala Emas Raja-Raja dan sejak mula dipertandingkan pada 1926, Kelantan telah menjuarainya sebanyak 12 kali dengan kali terakhir melakukannya pada 2008.

Tahun lepas, Kelantan terkandas pada suku akhir apabila tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan agregat 2-2 pada suku akhir.

Perlis, juara tiga kali kejoha- nan, turun dengan misi mempertahankan ke- juaraan bertahan selepas menumpaskan Kedah 2-0 tahun lepas.

Perlis juga tampil ampuh dalam perlawa- nan sumbangsih Piala Agong, September lalu apabila menumpaskan Johor 4-0.

Perlawanan peringkat awal bermula Jumaat ini menyaksikan Kelantan, sebagai tuan rumah, melayan kunjungan juara empat kali Johor, ATM dan Pulau Pinang (juara lapan kali) dalam saingan Kumpulan B di Stadium Sultan Muhammed, Kota Bharu.

Perlis, sebagai juara bertahan, menerajui Kumpulan A bersama Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Perak, juara empat kali pada 1927, 1962, 1974 dan 1990, menjadi tuan rumah melayan kunjungan Kedah (juara lima kali), Selangor (juara 12 kali) dan Melaka dalam Kumpulan C di Ipoh.

Kumpulan D menyaksikan saingan Masum sebagai tuan rumah bersama juara 12 kali Singapura, Terengganu (juara empat kali) dan PDRM.

Biarpun barisan skuad Kelantan ke Piala Emas ternyata berbeza, namun kejayaan bersejarah skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin seharusnya menyuntik semangat jitu buat skuad Piala Emas Kelantan untuk menjulang kejua- raan kejohanan tertua tanah air itu.

Seharusnya di atas kertas, Kelantan tampak gagah dengan kejayaan muncul juara se- banyak 12 kali, sama pencabar terdekat, Singapura dan Selangor.

Kelantan muncul juara pada 1972, 1978, 1982, 1985, 1989, 1991, 1995, 2001, 2003, 2004, 2006 dan kali terakhir tahun 2008.

Dalam tempoh 10 tahun sejak 2000, konsistensi Kelantan nyata dengan kejayaan menjuarai kejohanan sebanyak lima kali selain muncul naib johan dua kali pada 2004 dan 2007.

Singapura pula agak hambar selepas kali terakhir muncul juara pada 1983 manakala Selangor pasti mahu menamatkan kalendar saingan tahun ini dengan meraih kejuaraan ke-13 selepas prestasi yang agak menurun sejak 10 tahun lepas.

Dalam pada itu, Kedah, yang layak ke final dua kali dalam tempoh lima tahun, juga menanam tekad untuk menebus kekecewaan gagal di perlawanan akhir tahun lepas dengan meletak sasaran mara ke akhir sekali lagi tahun ini.

Piala Emas Raja-Raja anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) merupakan antara kejohanan bola sepak tertua tanah air.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan berharap saingan Piala Emas Raja-Raja yang bermula sebaik berakhirnya kempen Piala Malaysia kali ini terus menyemarakkan sukan bola sepak tanah air selain menarik sokongan peminat pasukan negeri-negeri.

Selepas perlawanan peringkat kumpulan secara serentak di semua empat venue pada 5, 6 dan 7 November ini, perlawanan pering- kat suku akhir menyusul secara timbal balik pada 13 dan 20 November.

Saingan separuh akhir berlangsung secara timbal balik pada 27 November dan 4 Disem- ber depan.

Perlawanan akhir pula dijadualkan pada 18 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular