Preview Piala Emas Raja-Raja 2010
Kelantan
mln
Angkatan Tentera Malaysia
Skuad Kelantan bakal menghadapi tentangan sengit apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia dalam saingan Piala Emas Raja-Raja 2010 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.
Membariskan nama-nama besar terdiri daripada pemain berpengalaman tidak membantu Kelantan untuk menang mudah setelah pasukan lawan turut diperkuatkan dengan kehadiran tonggak hebat yang membantu mereka menamatkan saingan di tangga keempat kancah Liga Perdana.
Cuma kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ditambah dengan sokongan padu peminat setia akan memberi peluang buat anak didik Zahasmi Ismail menepis kegugupan melawan pasukan yang mewakil pasukan tentera dalam perlawanan pertama tersebut.
Berdasarkan pemerhatian dari sumber Kelatewaz bola, barisan kesebalasan utama Kelantan akan diperkuatkan dengan kehadiran penjaga gol berpengalaman, Mohd Shahrizan Ismail. Shahrizan diberi tugas berat mempertahankan pintu gol selepas lama tidak beraksi akibat masalah pengantungan dan dia diharapkan mampu menggalas tugas tersebut mengelak dari dirobek penyerang lawan.
Posisi pertahan pula akan diperkukuhkan dengan kehadiran Sarudi Aziz dan Rosairil Asrul yang mungkin akan bergandingan dengan beberapa pemain dari skuad Presiden seperti Nik Shahrul Azim serta Faiz Suhaimi dan pemain yang diserap masuk dari kejohanan liga jajahan.
Barisan tengah Kelantan pula kemungkinan akan diketuai Tengku Hazman dan Ezrie Shafizie. Mereka berdua diharap dapat merencana gerakan selain membantu pemain serangan menjaringkan gol. Selain mereka, kemungkinan besar pemain seperti Nik Ahmad Fadly, Mat Tasbih serta Khairul Izuan Salahudin turut bakal diturunkan untuk mengatur gerakan ke kubu pasukan lawan.
Jentera serangan sudah pasti kelibat Che Hishamudin akan diturunkan untuk mengempur gawang pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Walau berstatus veteran, dia masih mampi menggalas tugas utama mengempur kubu pasukan lawan.
Manakala tonggak muda seperti Aris Zaidi, Mohd Shawalrudin diberi tugas membantu Che Hishamudin untuk memusnahkan pertahanan Tentera.
Kehadiran ramai pemain berpengalaman di dalam skuad Piala Emas sebenarnya memberikan kemudahan buat Zahasmi Ismail mengatur corak taktikal untuk membenam ATM.
Target awal untuk mencapai kejuaraan perlu dimulakan dengan aksi bergaya menewaskan pasukan Tentera tersebut malam esok dan jika gagal menang, peluang untuk layak masih ada tetapi laluan tetap sukar kerana Pulau Pinang dan Johor turut mempunyai kekuatan masing-masing seterusnya melepaskan diri ke peringkat kalah mati.
Segalanya akan menjadi mudah jika kemenangan berjaya dicapai skuad Kelantan.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan, Johor akan menentang Pulau Pinang pada jam 4.45 Petang.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan, Johor akan menentang Pulau Pinang pada jam 4.45 Petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan