KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 26 November 2010

Skuad The Red Warriors mula lapor diri esok


HAIRUDDIN

PEMAIN bola sepak Kelantan akan mula melaporkan diri esok bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, sesi latihan pula hanya akan bermula keesokan harinya selepas kesemua pemain skuad The Red Warriors termasuk tiga muka baru melaporkan diri.
Tiga pemain baru yang akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya dari Johor FC, K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail.
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat ini hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk.
"Kemasukan tiga pemain itu dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau tetap akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh diketengah- kan untuk musim depan," katanya.
Musim depan, Kelantan bakal tampil tanpa kelibat dua peledak berpengalaman iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula menyarung jersi Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular