KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 9 November 2010

Penyokong Kelantan Gusar.


Usai sudah Piala Malaysia 2010, riuh kedengaran kini dikalangan peminat setia pasukan Kelantan akan perpindahan beberapa pemain utama menyertai pasukan lain pada musim hadapan.

Dikhabarkan beberapa tonggak yang membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan sejak dua tahun lalu bakal beralih angin menyertai negeri dan kelab lain.

Sebaik sahaja pecah khabar tersebut, bagaikan ribut taufan melanda laman sosial facebook, laman web, blog bola Kelantan dan dimana sahaja membincangkan senario perpindahan pemain untuk tahun 2011.

Ramai peminat terkejut dan gusar dengan gosip hangat mengatakan pemain seperti Indra Putra, Norfarhan, Badri Radzi, Akmal Rizal dan lain-lain menerima tawaran hebat dari pasukan lawan.

Mereka bertambah bimbang bila mana dikhabarkan beberapa pasukan sedang giat memancing bintang-bintang untuk dibawa masuk kedalam skuad masing-masing terutama saingan hebat Kelantan musim ini, Selangor Red Giants.

Malah, pasukan elit seperti Pahang, Perak dan Negeri Sembilan juga telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka sedang membina pasukan dengan peruntukan yang mencukupi termasuk dibenarkan Persatuan Negeri untuk membeli nama-nama gah dalam arena bola sepak Malaysia.

Mereka harap dengan pemain yang dibeli, pasukan yang dibina mereka dapat berdaya saing dan dapat memberi saingan sengit dalam perebutan piala yang akan dipertandingkan pada musim depan.

Justeru itu, peminat setia Kelantan mahu pengurusan Kelantan duduk berbincang segera dengan pemain utama dan kalau boleh terus kekalkan mereka didalam skuad.

Ini kerana, kebanyakan pihak di belakang The Red Warriors bimbang adakah pasukan Kelantan dapat menghadapi gelora saingan 2011 jika skuad yang sedang dalam proses pemantapan sekali lagi bakal berpecah dengan perpindahan keluar masuk para pemain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular