KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 30 November 2010

Ada yang lupa diri


SEBAHAGIAN daripada pemain skuad Kelantan yang memulakan latihan di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu semalam.



“PEMAIN yang hari ini mula ada nama telah lupa bahawa dulu mereka adalah ‘nobody’ (tidak dikenali). “KAFA ambil mereka waktu mereka digugurkan, waktu mereka tak dibayar gaji, team (pasukan) mereka bubar. Ada yang terpaksa merantau kerana gaji murah.

“KAFA dan penyokong beri mereka gaji dan bonus, beri latihan yang baik, beri pendedahan dalam dan luar negara, beri publisiti dan beri teamwork yang terbaik. Akhirnya mereka lupa siapa yang jadikan mereka bintang.”

Demikian luahan kecewa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang dipetik daripada laman sosial Facebook setelah beberapa pemain bintangnya dikhabarkan gagal menghadiri sesi latihan pertama yang bermula kelmarin.

Beliau nyata kecewa dengan sikap sesetengah pemain yang gagal melaporkan diri pada sesi latihan pramusim tersebut walaupun hakikatnya mereka dan pemain lain dikira secara automatik telah mengikat kontrak bersama Kelantan untuk tempoh dua musim melalui surat tawaran bertarikh 1 September lalu kerana tiada seorang pun yang menolaknya.
“Terdapat pemain yang ghairah untuk mendapatkan gaji yang tinggi, membuat rundingan di saat-saat akhir pendaftaran, sedangkan peraturan telah menetapkan mereka berbuat demikian dua bulan sebelumnya.

“Saya tak dapat layan pemain secara individu terutama yang minta gaji tinggi. Saya perlu adil kepada semua. Kalau ada negeri nak tawar gaji tinggi, itu hak mereka dan pemain pilihlah sendiri tapi mesti ikut peraturan.

Pemain wajib tebus kontrak, negeri wajib berunding dan bayar yuran perpindahan. Pelaburan KAFA bukan sedikit,” katanya.

Tambah Annuar, kelab juga seharusnya membuat tawaran kontrak tiga bulan sebelum tempohnya tamat. Tindakan-tindakan ini mungkin akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada kelab asal yang kehilangan pemain pada saat-saat akhir.

Jelasnya, kesan yang buruk juga mungkin akan diterima oleh pemain yang mana status mereka boleh dipertikaikan dan mungkin juga menjadi kes di mahkamah sivil kerana melanggar kontrak.
“Mereka semua (pemain) dinasihatkan merujuk kepada peraturan dengan menghubungi sekretariat di FAM sekiranya terdapat keraguan.

“Pemain dan pasukan yang menyertai Liga Malaysia terutama dalam Liga Super patut berusaha untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme masing-masing sesuai dengan penyertaan dalam liga profesional,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Annuar, akhir-akhir ini didapati banyak pemain dan juga kelab yang langsung tidak memahami peraturan-peraturan asas berhubung dengan etika sebagai pemain ataupun tanggungjawab pengurusan kelab.

Sementara itu, Kosmo! difahamkan, ada desas-desus mengatakan kegagalan pemain terbabit menyertai latihan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sejak kelmarin ekoran rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.

Antaranya kerana ada pemain yang kini sedang menimbang tawaran daripada pasukan lain yang lebih lumayan sedangkan mereka telah pun sah milik Kelantan melalui surat tawaran yang diberikan sebelum ini.

Selain itu, KAFA juga enggan melayan permintaan beberapa pemain yang mahu gaji mereka dinaikkan lagi walaupun sebahagian pemain bintang menerima gaji yang cukup lumayan sebelum ini.

Kosmo! yang mengikuti sesi latihan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV mendapati, semua pemain sudah memulakan latihan kecuali tiga pemain bintang termasuk Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat yang sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan termasuk S. Chanturu yang mengalami kecederaan.

Isnin, 29 November 2010

Apa dah jadi dengan TRW?


Apa dah jadi dengan latihan pertama skuad juara Piala Malaysia 2010 Kelantan yang hanya dihadiri tidak sampai separuh pemain.Pemain-pemain yang diklasisifikasikan bintang juga tidak menghadiri sesi latihan tersebut.

Melihat kepada insiden ini seolah-olah pasukan Kelantan sedang dilanda masalah besar yang bakal merencatkan persiapan B.Sathianathan untuk membentuk sebuah pasukan mantap sebelum bertemu juara liga super Selangor yang sedang rancak membuat persiapan.

Mungkinkah ada lagi masalah yang membebani pemain-pemain atau ada masalah lain yang mungkin tidak dapat diungkai sehingga ke hari ini atau masalah perubahan cuaca seperti banjir yang melanda pemain yang tidak hadir menjalani latihan pertama skuad Kelantan.

Persoalan ini membuatkan penyokong-penyokong setia Kelantan dalam keadaan gundah-gulana kerana memikirkan nasib pasukan kesayangan mereka.
Profesionalkah Penyokong Kelantan?


Riuh rendah suasana dalam pasukan Kijang dengan berita panas perpindahan pemain tonggak kepada pasukan lain pada tahun 2011.

Masih terasa dengan perpindahan keluar Akmal Rizal dan Hairudin Omar, kini Azizi Mat Rose, Indra Putra dan Norfarhan pula bakal menjadi pemain terbaru melangkah kaki menyertai pasukan lain.

Berita perpindahan pemain sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak hari ini, tidak terkecuali Malaysia.

Disini, mengapa kita selaku penyokong Kelantan gagal untuk bertindak profesional dengan penghijrahan pemain kepada pasukan lawan lebih-lebih lagi dengan menyertai skuad musuh.

Biarkan mereka melangkah keluar kerana dalam era bola sepak masa kini, dimana pasukan yang menawarkan lebih kemudahan serta lebih gaji maka disitu la mereka akan bertapak.

Tiada guna kita menyumpah seranah, mengata itu ini kepada mereka.

Memang benar kebanyakan pemain yang menyatakan ingin keluar tersebut sudah mengalami zaman kejatuhan sewaktu diangkat KAFA tetapi sedarkah kita bahawa semua pemain yang menyertai pasukan lain tidak lagi mengimpikan kejayaan dalam persaingan tetapi kepuasan diri semata-mata.

Bersikap profesional kita dalam menangani perpindahan keluar tonggak utama.

Tidak perlu bingkas melenting, anggaplah penghijrahan mereka itu sebagai salah satu cabaran besar buat penyokong dan pasukan menghadapi saingan musim hadapan.

Lihat contoh Liga Perdana Inggeris, penghijrahan para pemain dianggap biasa kerana bagi mereka ia merupakan satu lumrah dalam kehidupan bola sepak.

Siapa tidak kenal Rooney, Ronaldo, Robinho, Tevez, Berbatov dan lain-lain, perpindahan mereka menjadi isu tetapi ia tidak menghalang kelab lama mereka terus menimba kejayaan membanggakan dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Oleh itu, bersikap lebih terbuka ketika menerima berita penghijrahan bintang ke luar negeri. Anggap jodoh pemain ini dengan Kelantan sudah tiada dan mereka tidak lagi menjadi sebahagian dari pasukan untuk mencipta sejarah seterusnya.

Walau bagaimana bagai, mereka tetap tinggal dalam lipatan kenangan antara pemain dan penyokong yang menamatkan penantian 89 tahun menjulang kejuaraan.
Azizi Angkat Kaki?



Ketika kebanyakan pasukan sudah mula berkira-kira mengumumkan barisan pemain yang akan mewakili skuad masing-masing, kem Kelantan panas dengan gosip hangat perpindahan pemain utama mereka.

Selepas kehilangan khidmat tiga tonggak utama yang menjulang kejuaraan pertama, suasana dalam pasukan terus dipanaskan dengan isu hangat perpindahan tiga lagi pemain utama kepada pasukan lain.

Menurut sumber dari padang latihan petang tadi, kemungkinan besar Kelantan bakal kehilangan bek kental, Azizi Mat Rose selepas pemain ini mengambil langkah sama dengan Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Syed Adney untuk mencari angin baru bersama pasukan lain.

Azizi merupakan pemain utama yang menjadi tonggak penting Red Warriors dalam setiap perlawanan Liga Malaysia 2010.

Kehadiran pemain berjersi 2 ini telah membantu Kelantan mencatatkan rekod bolos paling sedikit selain kekal tidak tewas di tempat lawan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kehilangan Azizi bakal ditangisi penyokong Red Warriors kerana tenaga pemain ini sememangnya sangat diharapkan diatas padang untuk mengawal kawasan bawah.

Masih ada masa untuk pengurusan Kelantan melakukan sesuatu agar pemain yang mendapat pencalonan anugerah pertahanan terbaik ini akan terus kekal di bumi Cik Siti Wan Kembang sekurang-kurangnya semusim lagi.

Piala Emas Raja-Raja 2010
Kelantan Jumpa Terengganu.


Kelantan akan bertemu Terengganu dalam saingan separuh akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010.

Sang Kijang layak selepas menundukkan juara bertahan, Perlis di suku akhir dengan agregat 5-2 manakala Terengganu pula membenam cabaran Perak dengan jaringan agregat 7-1.

Perlawanan separuh akhir pertama diantara Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berlangsung pada 30 November dan timbal balik di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah pula dijangka berlangsung pada 6 Disember 2010.

Dalam perlawanan suku akhir menentang Singa Utara, anak didik Zahasmi Ismail beraksi cemerlang di kedua-dua perlawanan untuk mengecewakan Perlis.

Perlawanan pertama di Kota Bharu, mereka garang membelasah Perlis 3-0 dan pada perlawanan kedua di Kangar, Sang Kijang bijak mempertahankan kedudukan untuk mengikat lawan dengan jaringan 2-2 seterusnya layak secara total.

Terengganu pula mengenepikan ramalan awal bahawa mereka bakal tersingkir seawal suku akhir apabila bertindak garang mengenepikan Perak dalam dua perlawanan yang berlangsung. Perlawanan pertama di Ipoh, Sang Penyu menang 2-1 dan timbal balik di Kuala Terengganu, mereka membelasah pasukan utara tersebut dengan jaringan 5-0.
Temuramah Pemain

Solehin Kanasian Abdullah / K. Soley


Empat Soalan Kepada Solehin Kanasian Abdullah / K.Soley

Faktor Sertai Kelantan
- Sertai Kelantan kerana menerima kepercayaan penuh dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
- Kekuatan pasukan, sokongan penyokong fanatik.

Pandangan Pertama Setelah Sertai Kelantan
- Teruja dengan sokongan peminat.

Penerimaan Rakan Sepasukan
- Penerimaan baik dari semua pemain.

Harapan dengan Pasukan Kelantan 2011
- Target utama ialah saingan Liga Super
- Cuba memberi persembahan 100% untuk mencapai kejuaraan dalam 3 Piala.

Krew:

Penulis: Deliey RedsFC
Photo: Taa Raja Kayu
Video: Hafiz Epiebeck
Dari Padang Latihan




28 November 2010

Jurulatih: B. Sathianathan
Pen. Jurulatih: Hashim Mustapha , Sidek Shamsudin, Ismail Chawailit

Pemain:

S. Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Zairul Fitree Ishak
Zulyusri Che Harun
Nidzad Ayub
Shakir Shaari
Mohd Badri Radzi
Zamri Ramli
Wan Zaman Mustapha
Nurul Azwan Roya
Mohd Abdul Aziz Ismail
Solehin Kanasian Abdullah / K. Soley

Sesi 1:
Memanaskan badan/Kecergasan

Sesi 2:
Latihan asas (Hantaran, terima bola, tandukan dan lain-lain)

Sesi 3:
Latihan berkumpulan (Hantaran dekat, hantaran jauh, sepakan lintang dan lain-lain)

Sesi 4:
Dibahagikan kepada dua kumpulan dan lawan sesama sendiri

Sesi 5:
Cooling Down

Info Latihan (29 Novmber 2010)
Pagi: Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Petang: Padang Latihan Mardi

Info Terbaru Pasukan:
Azizi Mat Rose kemungkinan besar tidak akan menyambung kontrak baru dengan skuad Kelantan 2011.

Ahad, 28 November 2010

Masih Belum Rasmi


Senarai pemain Kelantan 2011 yang diumumkan sejak kelmarin sebenarnya belum lagi dapat dipastikan kesahihan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum membuka mulut siapa bakal mewakili Kijang.

Ketika ini, riuh kedengaran dari segenap sudut akan senarai yang dikemukakan merupakan skuad rasmi Red Warriors musim depan.

Untuk makluman bersama, yang dipastikan sudah menanda tangan kontrak beraksi dengan Kelantan hanya 13 orang pemain sahaja termasuk pemain baru dibeli manakala status pemain selebihnya masih diragui.

Justeru itu, peminat setia diminta tenang dan bersabar menanti senarai penuh pemain musim depan dan tidak membuat sebarang spekulasi.

KAFA selaku badan bertanggungjawab pasti akan memilih barisan pemain yang betul-betul mampu membawa cabaran Kelantan dalam saingan Liga Malaysia, musim depan.

Berikut adalah senarai tidak rasmi pemain yang bakal mewakil Kelantan untuk Saingan Liga Malaysia 2011. Dikeluarkan laman portal rasmi KAFA, www. TheredWarriors.com.

Penjaga Gol:

Mohd Shahrizan Ismail
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan:

Azizi Mat Rose
S. Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul FItree Ishak
Mohd Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)

Tengah:

Indra Putra Mahayudin
Mohd Badri Radzi
Mohd Norfarhan Mohamed
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu

Penyerang:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adenan
Mohd Nidzad Ayub

**Senarai ini masih lagi tidak rasmi dan menunggu pengesahan KAFA*

Sabtu, 27 November 2010

FAM lega masalah KWSP hampir selesai

PETALING JAYA - Kecekapan pasukan negeri dan kelab menyelesaikan masalah pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat melegakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang musim baru Liga Malaysia, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh hampir semua pasukan yang mempunyai masalah dengan caruman KWSP dan potongan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Sekarang ini, kami sedang melakukan rumusan akhir bagi melihat kembali status piawaian bagi setiap pasukan yang telah menyelesaikan masalah ini dan saya akui semua pasukan telah mengambil tindakan dengan sebaiknya," katanya pada sidang media di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Menurut Hamidin, sebahagian besar pasukan telah pun menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh sebulan dan perkara itu, dijangka mampu diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Jelasnya, kalau boleh pihaknya mahu masalah tersebut dapat diatasi sebelum menjelang perlawanan pertama musim 2011 melibatkan perlawanan Selangor bertemu Kelantan dalam saingan Piala Sumbangsih dan juga aksi pertama Liga Super pada 15 Januari depan.

"Kami juga telah mendengar taklimat daripada empat syarikat insurans bagi menyediakan khidmat insurans buat pemain serta pegawai pada musim depan dan perkara ini akan diperhalusi sekali lagi, minggu depan, bagi memutuskan syarikat mana yang akan dipilih.

"Mesyuarat hari ini (semalam) juga telah memutuskan tarikh tutup bagi pendaftaran pemain untuk Liga Super dan Liga Perdana ialah pada 15 Disember ini dan semua pasukan telah memberi persetujuan untuk beraksi pada sebelah malam bagi saingan Liga Malaysia musim depan," katanya.

FAM sebelum ini telah memberi pilihan kepada setiap pasukan Liga Malaysia sama ada ingin melangsungkan perlawanan pada sebelah malam atau petang.

"Hari perlawanan Liga Super, tahun depan, masih dikekalkan pada hari Selasa dan Sabtu, manakala, Liga Perdana dan Piala FA pada Isnin dan Jumaat, sementara, Piala Presiden pula diadakan hari Khamis.

"Kami juga telah memutuskan taklimat pengurus dan jurulatih bagi musim 2011 akan diadakan pada 22 Disember ini pukul 10 pagi, manakala, jadual pertandingan bagi saingan musim baru masih dalam proses pengesahan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM," katanya.
Kami 337 FM Mula Bersiaran.

http://studio337-guitarplannet.blogspot.com/



Dunia penyiaran radio internet sememangnya dikenali di seluruh dunia dimana statistik menunjukkan penyiaran audio melalui rangkaian online semakin berkembang pesat dari masa ke semasa.

Radio online mempunyai jaringan yang luas dan tidak terbatas kepada semua pengguna dimana mereka bebas untuk mendengar, berhibur dan berinteraksi dengan petugas radio asalkan mempunyai rangkaian internet.

Di Malaysia turut tidak ketinggalan dengan teknologi yang dicipta melalui rangkaian online setelah ketika ini beratus-ratus pihak berlumba membuka radio mereka sendiri.

Mereka membuka radio, mencari deejay bertugas, menyiarkan lagu-lagu terkini serta menyiarkan bentuk periklanan dengan lebih maksimum seperti mana rangkaian penyiaran radio berfrekuensi.

Kini, kelihatan banyak sekali persaingan radio online secara sihat diwujudkan di rangkaian internet untuk menarik para pendengar agar terus bersama mendengar siaran yang mereka keudarakan.

Begitu juga dengan kewujudan radio Kami 337 FM melalui studio 337 dimana penubuhan awalnya bertujuan untuk menyemarakkan dunia penyiaran melalui siaran yang berkualiti.

Dimiliki sepenuhnya pihak Studio 337, Kami 337 FM mula beroperasi secara rasminya pada 26 November 2010.

Dengan menggunakan slogan Inovasi Muzik Terkini, Kami 337 FM melangkah gagah menongkah arus untuk muncul antara stesen radio internet dimiliki anak Kelantan.

Radio Kami 337 FM ini diwujudkan kerana ingin memberikan lebih pilihan kepada pendengar untuk berhibur, berkongsi maklumat diantara satu sama lain.

Radio ini turut memiliki pelan khusus serta berfungsi sebagai penghubung antara pendengar dengan pendengar yang lain, saranan komunikasi serta radio yang menyampaikan imformasi secara bebas dan neutral.

Untuk siaran, Kami 337 FM boleh didengarkan di seluruh dunia melalui siaran secara automatik di http://studio337-guitarplannet.blogspot.com/.

Selain berhibur dengan deejay yang bertugas, web Kami 337 FM juga boleh dijadikan laman buat pengunjung untuk berinteraksi dengan pengunjung dan petugas radio melalui laman chat yang disediakan.

Untuk lebih imformasi, anda boleh berhubung terus dengan pemilik kami 337 FM, saudara Abe Lee dengan berkunjung ke studio yang diwujudkan berhampiran dengan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Kelantan ke Separuh Akhir.




Skuad Melayu Kelantan melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 apabila menewaskan juara bertahan, Perlis dengan agregat 5-2.

Perlawanan kedua suku akhir di Stadium Kangar menyaksikan Perlis gagal memadamkan kelebihan tiga jaringan Kelantan apabila sekadar terikat 2-2.

Perlawanan pertama di Kota Bharu dua minggu lalu dimenangi Sang Kijang dengan jaringan 3-0.

Lawan Kelantan di suku akhir nanti ialah Terengganu selepas skuad dari pantai timur tersebut garang membelasah Perak untuk layak dengan kelebihan jaringan besar.

Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 30 November manakala timbal baliknya pada 6 Disember 2010.

Jumaat, 26 November 2010

Skuad The Red Warriors mula lapor diri esok


HAIRUDDIN

PEMAIN bola sepak Kelantan akan mula melaporkan diri esok bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, sesi latihan pula hanya akan bermula keesokan harinya selepas kesemua pemain skuad The Red Warriors termasuk tiga muka baru melaporkan diri.
Tiga pemain baru yang akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya dari Johor FC, K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail.
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat ini hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk.
"Kemasukan tiga pemain itu dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau tetap akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh diketengah- kan untuk musim depan," katanya.
Musim depan, Kelantan bakal tampil tanpa kelibat dua peledak berpengalaman iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula menyarung jersi Perak.
Rombongan Kelab Penyokong Kelantan

Kelab Penyokong Rasmi Kelantan (KPBSK @ KFA FC) menganjurkan satu rombongan percutian ke Phuket - Phangga - Krabi - Satun - Songkhla selama 5 hari 4 malam pada 24/12/2010 - 29/12/2010.

Phuket - Phangga - Krabi - Satun - Songkhla
5 Hari 4 Malam
24-29/12/2010
Harga: RM380 Seorang
(Pakej: Perjalanan Pergi Balik, Pengangkutan, Makan Minum, Hostel)

Sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan diminta menyediakan 2 keping gambar berukuran pasport dan menyertakan pembayaran wang tunai sebanyak RM380 kepada Abe Harun Kelab Penyokong.
Untuk urusan tempahan tempat, bayaran dan menyerahkan gambar pasport boleh berurusan dengan:

Abe Harun : 010 9246700
90 Minit Penuh Debaran




Kelebihan tiga jaringan hasil kemenangan di gelanggang sendiri dua minggu lalu keatas Perlis memberikan gambaran jelas akan kekuatan skuad Melayu Kelantan dalam saingan Piala Emas Raja-Raja 2010 pada kali ini.

Pertembungan kedua di arena lawan pastinya menjanjikan saingan sengit kepada anak didik Zahasmi Ismail sama ada mereka mampu mempertahankan kelebihan selesa tersebut atau sekali lagi kempunan di peringkat suku akhir seperti tahun sudah.

Dibarisi pemain berpengalaman dalam kejohanan Liga Malaysia, Sang Kijang sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menjelmakan aksi menarik seterusnya merangkul kemenangan bersih keatas lawan.

Tetapi, selagi 90 minit masa sebenar belum tamat, pemain Kelantan perlu siap siaga agar tidak dikecewakan Singa Utara di akhir perlawanan.

Lawan dijangka turun dengan kesebelasan terbaik mereka termasuklah mempertaruhkan tiga pemain liga super untuk memadamkan kelebihan tiga gol Kelantan.

Perlis turut mengharapkan penyerang utama mereka, Romdhizat Jamian mampu menjelmakan sentuhan penyudah tajam seperti mana ditunjukkan dalam saingan peringkat kumpulan.

Disamping pengalaman ketua pasukan mereka, Andrian Jurad Chamrong serta bantuan Somchat Na Rong, Perlis turun dengan status pilihan memenangi perlawanan.

Tambahan beraksi di gelanggang sendiri, didepan penyokong sendiri, Sang Singa Utara pasti mengganas untuk mengajar Sang Kijang agar tidak angkuh dengan kelebihan yang dicatatkan dalam perlawanan terdahulu.

Melihat pada sesi latihan dan pemain yang digunakan dalam perlawanan sebelum ini, Zahasmi Ismail dijangka tidak melakukan perubahan besar besaran kerana kesilapan teknikal menjanjikan kekecewaan buat Kelantan.

Ketua jurulatih tersebut pasti mengharapkan pengalaman Mohd Shahrizan untuk menjaga gawang dari dibocori pemain lawan. Kelibat Shahrizan didepan gawang memungkinkan pintu gol Kelantan sedikit kebal untuk dicerobohi penyerang tuan rumah.

Benteng pertahanan Kelantan dilihat kebal setakat ini dimana gandingan ketua pasukan, Sarudi Aziz bersama Mohd Sani Nawi, Nik Shahrul Azim dan Shafiq Haikal semakin mantap dan mampu memberi bantuan kepada Shahrizan ketika mengawal kubu. Mereka berempat dijangka akan terus menganggotai pasukan jika tiada kecederaan ataupun pengantungan perlawanan.

Bagi jentera tengah, Ezrie Shafizie, Izuan Salahudin, Rosairil Asrul dan Khairan Ezuan Razali tetap utuh mengekalkan kedudukan mereka dalam kesebelasan utama. Empat pemain tengah ini menampilkan persembahan baik malah membantu pemain serangan menjaringkan gol. Mereka turut mencipta jaringan dan pada pertemuan suku akhir kedua nanti sekali lagi kita menantikan empat pemain ini mampu muncul sebagai jentera pemusnah untuk merobek pintu gol Perlis.

Penyerang Kelantan pula menurut sumber mengatakan Ramzul Zahini Adnan bakal bermula di posisi permulaan bersama Aris Zaidi setelah pemain veteran, Cik Hishamudin bakal diletakkan di bangku simpanan.

Berdasarkan temubual bersama jurulatih, mereka ke Stadium Utama Negeri, Kangar bukan untuk bertahan tetapi cuba mencari gol bagi mengurangkan tekanan perlawanan.

Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli tentu tidak senang duduk untuk mencorak taktikal ampuh bagi membendung ancaman pasukan lawan. Keutuhan Perlis di gelanggang sendiri sudah terbukti kerana tidak banyak pasukan yang mampu mengejutkan mereka setakat ini dalam Piala Emas Raja-Raja.

Khamis, 25 November 2010

Info Kelantan 2011.

Menurut sumber dalaman, mana-mana pemain yang telah menandatangani kontrak dengan pasukan lain tanpa mendapat surat pelepasan dari KAFA tidak akan diberikan lesen oleh FAM untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Ketika ini, hanya Akmal Rizal dan Hairudin Omar telah mendapat pelepasan untuk menyertai Perak dan Negeri Sembilan.

Syed Adney Syed Hussien pula kemungkinan besar akan dilepaskan KAFA setelah Sabah sendiri membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan penjaga gol ini.

Pemain-pemain yang berniat untuk keluar jika gagal mendapat pelepasan KAFA perlu membayar tebusan kontrak bernilai ratusan ribu ringgit (dianggarkan tidak kurang pada rm200 000).

Ketika ini, terdapat tiga lagi pemain yang menyatakan ingin keluar dari pasukan.
Farhan, Indra Ke T-Team?





Khabar buruk diterima Red Warriors apabila kelab penyokong pasukan T-Team yang berpengkalan di Kuala Terengganu mengesahkan Indra Putra Mahayudin dan Norfarhan Mohamad bakal memperkukuhkan skuad mereka musim hadapan.

Mengikut laporan terkini sememangnya dua pemain tonggak Kelantan sejak 2009 telah menyatakan kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk keluar dari pasukan menyertai pasukan lain.

Walaupun telah dinyatakan dalam kontrak bahawa mereka terikat dengan pasukan Kijang untuk saingan liga Malaysia 2011, mereka dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan T-Team FC.

Jika benar khabar angin ini, Kelantan bakal kehilangan dua pemain tetap kesebelasan utama sejak dua tahun lalu.

Kedua-dua pemain ini banyak memberi sumbangan kepada pasukan Kijang malah mereka turut menjadi pemain harapan peminat dalam setiap perlawanan.

Penghijrahan mereka sememangnya satu kehilangan besar kepada pasukan Kelantan kerana mereka sememangnya pemain berpengaruh yang membantu pasukan mencatatkan keputusan cemerlang dalam perlawanan yang dihadapi.

Sukar mencari penganti dua pemain ini ketika kebanyakan pasukan sedang membina skuad mantap untuk menghadapi gelora saingan yang dijangka bermula awal Januari nanti.

Photo: http://mazram-iv.blogspot.com
Senarai Pemain Kelantan 2011

Telah Tanda Tangan Sambungan Kontrak

1 - Khairul Fahmi Che Mat
2 - Mohd Shahrizan Ismail
3 - Farisham Ismail
4 - Rizal Fahmi Rosid
5 - Khairan Eroza Razali
6 - Zulyusri Che Harun
7 - Nidzad Ayub
8 - Shakir Shaari
9 - Ramzul Zahini Adnan
10 - Wan Zaman Mustapha

Pemain Dibawa Masuk

1 - Nurul Azwan Roya (Johor FC)
2 - Solehin Kanasian Abdullah / K. Soley (Perlis)
3 - Mohamad Abdul Aziz Ismail (KL Plus)

Senarai penuh pemain yang akan melengkapkan senarai pemain Kelantan 2011 akan diumumkan KAFA dalam masa terdekat. (Dijangkakan Khamis, 26/11/2010)

Catatan Popular