KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 6 Januari 2014

Ghaddar, Forkey Doe Bertikam Lidah


Mohammed Ghaddar & Francis Forkey Doe
KOTA BHARU – Tindakan penggempur import The Red Warriors Mohammed Ghaddar yang gemar memperagakan kemahiran individu mengundang rasa kurang senang buat rakan sepasukan, Francis Forkey Doe.
Sikap pentingkan diri Ghaddar ketika beraksi di padang ketika aksi persahabatan menentang skuad Piala Presiden Kelantan, kelmarin menyebabkan kedua-dua tonggak itu bertikam lidah.
Keadaan itu jelas bertentangan dengan semangat berpasukan dimiliki oleh Forkey Doe sehingga memberi isyarat kepada ketua jurulatih, Steve Darby untuk mengeluarkannya sebelum babak pertama perlawanan itu berakhir.
Bagaimanapun, Darby ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut berkata, pertelingkahan melibatkan kedua-dua pemain tersebut hanya perkara kecil.
Menurut jurulatih itu, selaku penyerang Ghaddar dan Forkey Doe mempunyai kelebihan tersendiri dan kedua-duanya perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Mohammed Ghaddar mungkin terlalu ghairah untuk menunjukkan kemahiran individu dalam perlawanan ini.
“Ini merupakan satu perkara biasa yang berlaku dalam bola sepak. Insiden seperti ini adalah lumrah dan boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Pada aksi persahabatan itu, Kelantan berjaya melakar kemenangan tipis 2-1 ke skuad Piala Presiden Kelantan menerusi jaringan pemain import Mohamed Shawky dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.
Musim lalu, penyerang kebangsaan Lubnan itu pernah dikecam hebat penyokong setia The Red Warriors ekoran sikapnya itu, namun dia berjaya menutup mulut pengkritik apabila menjaringkan gol penting untuk pasukannya.
Dalam perkembangan lain, Darby menyifatkan pertemuan menentang skuad Liga Perdana, Perlis di sini, malam ini cukup penting buat beliau menilai kesebelasan terbaik pasukannya untuk saingan musim 2014 biar pun gagal menurunkan tonggak pertahanan dari Nigeria, Obinna Nwaneri.
“Dia hanya tiba di Kota Bharu hari ini (semalam). Sudah pasti saya tidak bersedia untuk menurunkan dia malam esok (ini) tetapi harap dia boleh beraksi pada 11 Januari nanti menentang kelab Thailand Phattalung FC,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular