KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 25 Januari 2010

Pahlawan Merah Mengganas


B.Sathianathan dilihat membuat beberapa rombakan barisan kesebelasan utamanya, dan seperti di war-warkan, Halim Napi diturunkan selaku penjaga gol utama bagi menggantikan Syed Adney yang direhatkan bagi memulihkan kembali semangat pemain itu selepas insiden melakukan kesilapan "budak sekolah" yang membawa padah kepada pasukan. Syed Adney sendiri mengakui beliau masih tertekan dengan keadaan itu selain dicemuh oleh penyokong dan tindakan merehatkan beliau untuk sementara waktu adalah satu tindakan yang wajar agar beliau dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang.

Di bahagian pertahanan, B. Sathianathan mengekalkan gandingan Azizi Mat Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan tengah sementara Dausu Jamaludin beraksi di posisi pertahanan kanan. Tempat Farisham di pertahanan kiri diambil alih oleh Zairul Fitri. Di bahagian tengan, gandingan Shakir dan Piya ditagih untuk menjana serangan pasukan dibantu oleh ketua pasukan Indra Putra di bahagian sayap kiri. Kembalinya Norfarhan dari kecederaan, beliau kembali merampas posisi sayap kanan dari S.Chanthuru dan beraksi cemerlang pada malam itu. Di bahagian serangan, B.Sathianathan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha bergandingan dengan Hairudin Omar.

Bermulanya separuh masa pertama, Kelantan melakukan serangan seawal minit pertama dengan lorongan Hai-O gagal disambar Norshahrul. Tidak berputus asa, Kelantan meneruskan asakan demi asakan ke pintu gol Johor FC yang dikawal oleh G.Jeevanatham, dan akhirnya Kelantan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-18 melalui rembatan Norshahrul Idlan Talaha berpunca dari lontaran kedalam Azizi Mat Rose. Keadaan kelam kabut itu diambil kesempatan oleh Norshahrul untuk mudak menolak masuk bola ke gawang Johor FC. Tersentak dengan itu, Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 jaringan Mohd Riduan Muin hasil gerakan cantik serangan balas ke kubu Kelantan yang dikawal Halim Napi. Sejurus itu, Kelantan terus menerus melancarkan serangan ke gawang Johor FC namun gagal mencari gol.

Pada masa kedua, Kelantan terus mengasak kubu Johor FC, dan hasilnya, Azizi Mat Rose meletakkan Kelantan dihadapan melalui satu tandukan cantik hasil "set-piece" dari Piya. Tidak cukup dengan itu, Kelantan terus mengasak dan sekali lagi melaui "set-piece" Piya, mengakibatkan keadaan kelam kabut di pintu gol Johor FC dan Indra Putra berjaya menyudahkan peluang yang terhidang. Selepas mendahului selesa 3-1, B.Sathianathan mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha digantikan S.Chanthuru dan Khairan Eroza mengantikan Shakir Shaari. Kemasukan S.Chanturu merancakkan lagi serangan pasukan "The Red Warriors" dan hasilnya larian cantik S.Chanthuru yang melorongkan bola kepada Norfarhan berjaya disudahkan Norfarhan untuk gol ke-4 bagi melengkapkan malam gemilang pasukan "The Red Warriors". Kemenangan itu, secara tidak langsung menggembirakan lebih 18,000 penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan. Kehadiran penyokong yang penuh etika, patut dipuji dengan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular