KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 26 Januari 2010

Misi Kemenangan Sulung di tempat lawan


Selepas berjaya mematahkan sayap "The Bees" di Kota Bharu, malam ini, pasukan "The Red Warriors" akan berkunjung ke gelangang "Sang Seladang" dalam misi membawa pulang 3 mata ke Kota Bharu. Menumpaskan Johor FC dengan jaringan 4-1 memberi keyakinan kepada penyokong fanatik "The Red Warriors" bahawa pasukan Kelantan di bawah bimbingan B.Sathianathan tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan pasukan Perak yang dilihat masih tercari-cari rentak permainan.

Perak dilihat terlau bergantung kepada penyerang berbisa mereka, Razali Umar Kandasamy bagi merobek kubu "The Red Warriors" yang dilihat kukuh melaui gandingan Azizi dan Subra di pertahanan tengah. Kelantan perlu merantai Razali Umar Kandasamy jika tidak mahu pasukan pulang ke Kota Bharu dengan tangan kosong.

Kelantan tidak mempunyai masalah untuk membariskan barisan terbaik di bahagian pertahanan dengan mengekalkan Azizi dan Subra di pertahanan tengah sementara Daudsu dan Zairul Fitri di bahagian sayap pertahanan. Begitu juga di bahagian tengah, gandingan bekas ketua pasukan, Piya dan Shaakir ditagih bagi merencana serangan pasukan dibantu oleh ketua pasukan, Indra Putra Mahyudin di sayap kiri pasukan. Norfarhan pula pasti diturunkan di bahagian sayap kanan pasukan selepas aksi cemerlang beliau pada perlawanan sebelumnya menyuntik bisa di bahagian serangan semestinya sekali lagi ditagih bagi perlawanan ini. Kelantan mempunyai sedikit masalah di bahagian serangan apabila Norshahrul Idlan Talaha dikhabarkan masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Akmal Rizal mungkin akan menggantikan Norsharul.

Perlawanan ini perlu dimenangi oleh pasukan Kelantan jika mahu terus mengejar pasukan di tangga teratas Liga, Selangor yang mendapat tugas lebih mudah apabila melayan kunjungan pendatang baru Liga Super, Johor. Bagi Kelantan, Perak juga lawan yang mudah diatas kertas, namun pasukan Kelantan tidak boleh mengambil mudah perlawanan tersebut kerana bermain di venue lawan yang pasti akan mendapat sokongan dari penyokong tempatan. Aksi Perak yang sebelum ini berjaya mengikat Kedah di gelanggang lawan memberi amaran kepada pasukan Kelantan supaya bermain bermati-matian untuk mebawa pulang 3 mata penuh ke Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular