KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 28 Januari 2010

Kritik Untuk Perubahan, Bukan Kritik Untuk Memusnahkan.


Hangat dan panas suasana didalam kem pasukan Kelantan apabila timbulnya ura-ura mengatakan ada satu komplot dari pihak tertentu yang ingin menjatuhkan ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan.

Namun untuk meredakan sedikit permasalahan dan keributan yang berlaku, Azman Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan melemparkan amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain supaya tidak mencetuskan kekacauan menurut laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Tidak dinafikan, wujudnya pergeseran didalam pasukan bermula dengan pengambilan beberapa pemain berstatus bintang musim lalu menyebabkan ada segelintir pemain tempatan kurang senang lalu cuba membuat kacau dalam pasukan Red Warriors.

Selain itu, ada juga segelintir pemain cuba melakukan tindakan kurang bijak dengan mewujudkan kumpulan didalam pasukan atau dengan kata lainnya, berpuak-puak.

Ada juga kata-kata mengatakan komplot yang diatur ini adalah untuk menjatuhkan ketua jurulatih sekarang, B. Sathianathan setelah beberapa pihak dikatakan tidak sebulu serta tidak mahu jurulatih berbangsa India ini berada didalam skuad Kelantan.

Mengapa terjadi perkara sedemikian dikala pasukan yang dibina dengan begitu teliti dan penuh perancangan sedang beraksi dalam kancah liga dan memerlukan semua pihak bersatu padu untuk memburu kejayaan pada musim ini dilanda masalah.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menubuhkan pasukan, KAFA seharusnya cuba menyelidiki dengan pantas siapa dalang utama dikalangan orang kuat persatuan dan pemain yang telah cuba menghuru harakan skuad.

Cari dan tangkap serta berikan pengajaran berguna kepada dalang yang bertanggungjawab agar kejadian ini tidak berulang lagi seperti berlakunya beberapa musim lalu dimana akibat rasa tidak puas hati serta campur tangan asing menyebabkan skuad Kelantan berada diambang perpecahan selain kemelut persatuan yang membangkitkan rasa muak dikalangan peminat setia Sang Kijang.

Tangan ghaib ini seakan masih tidak berpuas hati bila berlakunya ketidak tentuan didalam skuad malah mereka telah merentangkan banner di beberapa tempat terpilih untuk menunjukkan kepada umum apa yang telah berlaku.

Malah setelah ramai penyokong Kelantan mula berkokok menyalahkan jurulatih serta dua tiga orang pemain, tangan ghaib ini mula bertepuk tangan, ketawa riang segala yang dirancangkan telah berjaya.

Tidak ada rasa tanggungjawab dari mereka untuk menjaga hati peminat setia yang sanggup berhabisan duit untuk memberi sokongan kepada pasukan. Peminat menghabiskan ribuan ringgit setahun untuk sama-sama mengikuti pasukan namun balasan yang diterima, masalah yang tiada penghujung yang sentiasa menghantui skuad sejak dari awal 90-an lagi.

Rasa dengki dan tidak amanah ketika diberikan peranan didalam skuad memungkinkan mengapa mereka sanggup menjadi pihak yang tidak setia kepada pasukan seterusnya merasa puas hati kehancuran yang telah berlaku.

Justeru itu, KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Haji Annuar Musa harus menggunakan kuasa veto yang ada untuk menangani masalah yang boleh memberikan kemusnahan kepada pasukan seterusnya membangkitkan kembali skuad yang dilihat goyah setelah melalui tujuh perlawanan Liga setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular