KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 30 Disember 2012

Keita Mandjou Penggempur TRW

Mandjou (kanan) menjadi pilihan Hodak bagi mengetuai jentera serangan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

KOTA BHARU – Segala persoalan akhirnya terjawab. Bekas penyerang Guinea, Keita Mandjou sah menjadi penggempur baharu The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pemilihan Mandjou, pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia musim 2005/06 dan 2006/07 sekali gus mengetepikan peluang Dimitrios Pertratos, penyerang Sydney FC dari Australia untuk didaftarkan beraksi bersama Kelantan dalam kancah liga tempatan.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak berkata, pemilihan pemain berusia 33 tahun itu dilakukan secara teliti termasuk mengambil kira kekuatan pasukannya bagi meneruskan misi mempertahankan kejuaraan treble pada musim depan.

“Keita Mandjou mempunyai pakej yang lengkap sebagai penyerang import berkaliber Kelantan. Saya berpuas hati dan tiada keraguan memilih beliau sebagai pengganti Mohamad Ghaddar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Namun dia perlu bekerja lebih keras. Tiada istilah penumpang dalam pasukan kerana saya boleh menggantikan Mandjou jika prestasinya tidak memuaskan pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka awal April nanti.

Menurut Hodak, Mandjou dan Obinna Nwaneri akan didaftarkan beraksi dalam Liga-M dan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 sementara Pertratos serta seorang lagi awang import dari Croatia, Lek Kcira pula kekal menyarung jersi Kelantan hanya dalam kempen Piala AFC sahaja.
Mengenai keputusan beliau mengetepikan Pertratos, pemain import yang cukup diminati dan disebut-sebut bakal mengetuai jentera serangan Kelantan, Hodak berkata, beliau mempunyai kriteria tersendiri selain turut mendapatkan pandangan daripada pembantunya sebelum memilih pemain import terakhir untuk pasukannya.

“Pertratos seorang penyerang yang bagus, masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Dia mungkin sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi anda patut tahu, saya kena pilih hanya salah seorang daripada mereka.

“Dia kekal bermain dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC. Selain itu dia juga akan bermain untuk sekurang-kurangnya empat aksi persahabatan yang akan kita aturkan sepanjang cuti rehat pada Januari dan Februari nanti,” katanya.

Selain Kelantan, sebuah lagi pasukan iaitu Selangor turut memuktamadkan empat awang import mereka iaitu Ramez Dayoub, Francis Forkey Doe, Michal Kubala dan Peter Chrappan dari Croatia beraksi pada kempen Piala AFC musim depan, setelah tarikh tutup pendaftaran pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir semalam.

Nasib Pertratos, Mandjou Hari Ini


HARI INI menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia The Red Warriors. Bukan kerana keghairahan menantikan sepak mula Liga Malaysia yang bermula 5 Januari nanti, tetapi yang penting mengetahui siapa yang menjadi penggembur terbaharu Kelantan.
Ketika nama Mohamad Ghaddar, penjaring terbanyak dan watak penting yang membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu kian dilupakan, nama Dimitrios Pertratos dan Keita Mandjou pula meniti di bibir dalam kalangan peminat tempatan.
GEMAR
Tumpuan kini terarah kepada Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak yang lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri dalam memilih pemain penyerang import terbaharu Kelantan.
Setelah Obinna Nwaneri sah kekal beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim depan, pengendali dari Croatia itu memilih mencari ilham calon pemain import TRW itu dengan membawa anak buahnya menjalani latihan pra musim di Pulau Pinang ketika ini.
Aksi Mandjou ketika menentang Kedah.
Sama ada Hodak memilih Pertratos atau Mandjou, ia akan ditentukan apabila tarikh tutup pendaftaran pemain import berakhir hari ini setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran kepada juara treble itu atas kapasiti beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
TARING
Penyerang muda Sydney FC ini semakin serasi dengan corak permainan pasukan Kelantan.
Enam gol daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini membuktikan sentuhan beliau cukup berbisa ketika Kelantan menangisi ketiadaan Mohamad Ghaddar.
Pertratos, hadir ke Kelantan dengan reputasi unggul selaku penyerang bawah 23 tahun Australia dan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengikat kontrak selama setahun dianggap keputusan yang tepat.
Dia muda, bertenaga dan mempunyai kemahiran individu yang tinggi dan pakej tersebut ternyata memukau penyokong setia ketika pemain yang berusia 20 tahun ini turun beraksi buat pertama kali ketika Kelantan membelasah Perlis 5-0 baru-baru ini.
Petratos semakin serasi bersama rakan sepasukan.
PERSIS
Jangan anggap kehadiran Keita Madjou sekadar pelengkap kepada Kelantan. Bekas pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super Malaysia (MSL) musim 2005/06 dan 2006/07 semakin menemui sentuhan pembunuhnya setelah hampir tujuh bulan berada di Kota Bharu.
Meski pun dianggap kuda tua oleh segelintir penyokong, rentetan usianya mencecah 34 tahun, namun kegarangan Mandjou sejak akhir-akhir ini membuktikan kehebatan beliau setanding penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James.
Jelas Mandjou mempunyai nafsu yang cukup besar untuk membantu Kelantan dalam saingan Liga Malaysia 2013, apatah lagi dia juga turut membuktikan sentuhan ‘berkaratnya’ sudah hilang apabila meledak empat gol dalam lima perlawanan setakat ini.
NANTI
Namun sebarang keputusan yang bakal dibuat Kafa mengenai pemilihan pemain import untuk saingan 2013 sudah tentunya bakal memberikan impak kepada barisan pemain sedia ada yang terbukti kehebatan menggegarkan jaring lawan.

Selasa, 25 Disember 2012

Friendly: Pulau Pinang 0-4 Kelantan


penang

Keputusan penuh: Pulau Pinang 0-4 Kelantan
# Dimitri Petratos (2 Gol)
# Haris Safwan (1 Gol)
# Keita Mandjou (1 Gol)
Gambar: Penyokong-penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan perlawanan ini mengambil kesempatan berjumpa para pemain dan pengurusan pasukan. GOMO KELATE GOMO. gambat Wan Badri-Penolong pengurus TRW

Abdul Aziz Kecewa Gagal Bantu Kijang

Mohammad Abdul Aziz Ismail

PERTAHANAN kiri Kelantan, Mohammad Abdul Aziz Ismail kecewa kerana tidak dapat membantu skuad Red Warriors musim depan berikutan kecederaan lutut kanan ketika perlawanan persahabatan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.

Kecederaan itu kali kedua dialami pemain berusia 24 tahun itu selepas mengalami kecederaan lutut kiri awal musim lalu yang memaksanya berehat panjang sehingga ke penghujung musim.
Berikutan kecederaan teruk lutut kanannya itu, dia terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Januari.

“Selepas pembedahan itu nanti, doktor menjangkakan saya terpaksa berehat panjang antara enam hingga tujuh bulan. Besar kemungkinan saya hanya boleh beraksi untuk saingan Piala Malaysia saja musim depan.
“Memang tidak dinafikan sedih dan kecewa kerana sekali lagi terpaksa berehat panjang yang menjejaskan impian saya membantu pasukan. Apa boleh buat, nasib tidak menyebelahi saya,” katanya, semalam.

Walaupun impiannya beraksi samar, Abdul Aziz tetap berharap semua pemain lain dapat mengekalkan kejuaraan tiga piala yang dimenangi selain menambah koleksi untuk musim depan, termasuk Piala AFC.

Menurutnya, dia yakin dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri serta bintang import berbakat dari Australia, Dimitri Petratos yang mampu menggalas misi mengekalkan kejuaraan musim depan.

“Saya yakin gandingan antara pemain lama dan pemain baru dapat membentuk pasukan mantap musim depan. Walaupun tidak dapat bermain dan hanya mampu memberi sokongan dari luar padang, saya tetap mengharapkan Kelantan menjadi pasukan digeruni,” katanya.

Isnin, 24 Disember 2012

Kenapa Piya Tiada Dalam Radar Raja?

Mohd. Badhri Radzi mempamerkan aksi menakjubkan ketika membantu The Red Warriors menjulang tiga piala musim ini iaitu Liga Super, Piala FA dan Malaysia.


KOTA BHARU – ‘‘Maaf, saya tidak mempunyai jawapan mengenai persoalan itu.’’
Demikian komen ringkas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi ketika diajukan soalan mengenai sama ada dia menyimpan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya bagaimana pun mengambil pendekatan untuk tidak memberikan komen lanjut dan menyerahkan kepada mereka berkenaan untuk menilai sama ada dia layak untuk membarisi skuad negara.

Jika dilihat jawapan yang diberikan oleh ketua pasukan Kelantan itu, jelas terdapat seolah-olah satu rahsia yang cuba dipendam tanpa memberikan sebarang sebab utama mengapa dia berkata demikian.
Namun, daripada air muka yang ditunjukkan, jauh tersimpan di lubuk hati anak kelahiran Kampung Atas Paloh, untuk menyarung jersi Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, impian tersebut tidak kesampaian apabila dia yang mempamerkan aksi menakjubkan ketika membantu The Red Warriors menjulang tiga piala musim ini iaitu Liga Super, Piala FA dan Malaysia masih tidak mampu menambat hati pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Tiap kali senarai pelatih pasukan kebangsaan dikeluarkan, nama Badhri pasti akan tercicir dan ini membuatkan pemerhati dan peminat tertanya-tanya apakah kekurangan yang ada pada pemain berkenaan di kaca mata pengendali berumur 56 tahun itu.

Mempunyai keupayaan menjadi perancang di bahagian tengah, Badhri juga mampu melakukan tugasan pada situasi sepakan percuma atau sudut seperti mana ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim.
Sepanjang beraksi bersama The Red Warriors sejak 2008, Badhri berjaya menjulang Kelantan meraih kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia termasuk Piala Sumbangsih serta memimpin pasukannya melangkah ke suku akhir dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini sebelum tumbang di tangan wakil Iraq, Arbil FC.

Kali pertama dan terakhir Badhri menyarung jersi kebangsaan ketika membantu skuad yang dibentuk Ong Kim Swee bagi berdepan dengan Chelsea dalam aksi persahabatan tahun lalu.
Dalam pada itu, Badhri mengakui dia pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan pada 2010 tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana belum memiliki pasport antarabangsa.
“Ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2010 lalu, saya mendapat panggilan dan meminta saya menyerahkan nombor pasport.
“Bagaimanapun, malangnya saya masih belum ada pasport pada masa itu tambahan saya dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu pada waktu itu,” ujarnya.

Ahad, 23 Disember 2012

Perlawanan Amal, Kelantan vs Pulau Pinang, Esok


KAFA telah mengesahkan bahawa Kelantan FA akan mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim terbaru dengan menentang Pulau Pinang.

Menurut sumber KAFA, setiap RM 5 dari tiket yang dibeli akan didermakan kepada Tabung Gaza. Hal ini bagi membuktikan sokongan dari Malaysia.

Pasukan Kelantan telah pun bertolak ke Pulau Pinang, pagi tadi.

Info Rasmi Perlawanan Persahabatan dari KAFA :
Venue : Stadium Bandaraya.
Tarikh : 24 Disember
Waktu : 8.45 malam
 
 Info dari RDN.

Kelantan Pilih Berlatih di Stadium Batu Kawan


stadium Batu Kawan

Stadium Batu Kawan Pulau Pinang jadi pilihan The Red Warriors untuk meneruskan latihan sebelum perlawanan persahabatan menentang Kedah 28 disember ini di Alor Star. Latihan ini terpaksa dipindahkan keluar Kelantan kerana masalah hujan yang tidak menentu di Kelantan sekarang ini.
Untuk makluman perlawanan persahabatan The Red Warriors menentang Songhkla FC dibatalkan atas masalah cuaca dan kualiti padang yang digenangi air.

TAN SRI ANNUAR MUSA:
TRW akan meneruskan latihan di STADIUM BATU KAWAN PENANG..stadium yg besar dan cantik dibawah MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PRAI...terkejut dan mcm tak percaya BETAPA MURAHNYA SEWA stadium di sini..hanya RM175 utk 2 jam kegunaan...kita terus book utk seminggu pagi petang....terkenang juga kampong halaman Ku....

Pertratos, Kcira Beri Impak Besar TRW



Lek Kcira (kanan) menjadi tunjang kekuatan terbaharu Kelantan terutamanya mengharungi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.
NAMA dua pemain import terbaharu The Red Warriors, Dimitrios Pertratos dan Lek Kcira kini mula meniti di bibir dalam kalangan penyokong setia mereka.
Kehadiran Pertratos, pemain yang mendapat jolokan ‘David Villa’ kerana wajahnya mirip penyerang Sepanyol dan Barcelona itu ternyata memberi impak yang cukup besar di bahagian jentera serangan Kelantan.
Malah aksi pertama beliau, yang menjaringkan satu gol meski pun diturunkan hanya 30 minit ketika Kelantan membelasah Perlis 5-0 dan Kedah 4-1 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini ternyata menarik perhatian hampir 25,000 penyokong setia memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV.
Tidak pernah lagi dalam sejarah aksi bertaraf persahabatan di Kota Bharu, stadium berusia 46 tahun itu dibanjiri sebegitu ramai penyokong setia semata-mata mahu melihat permata baharu import Kelantan.

MUDA DAN LINCAH
Pertratos, penyerang daripada kelab Sydney FC mempunyai pakej yang begitu lengkap selaku penggempur berbisa Kelantan meski pun hanya berketinggian 1.76 meter sahaja.
Beliau bukan sahaja lincah, bertenaga dan mempunyai kemahiran individu yang tinggi malah bernafsu besar untuk merobek gawang pasukan lawan. Itulah perwatakan sebenar pemain berusia 20 tahun yang berasal Australia.
Tidak syak lagi, beliau menjadi calon paling tepat bagi menggantikan penjaring terbanyak Liga Super Kelantan musim lalu, Mohamad Ghaddar berbanding seorang lagi penyerang yang dimiliki Kelantan ketika ini, Keita Mandjou.
Namun persembahan mantap kedua-dua pemain ini dalam beberapa siri perlawanan persahabatan memberi sedikit kesukaran pengurusan Kafa untuk memilih pemain di bahagian serangan.

AGRESIF DAN BERTENAGA
Kcira menjadi pesaing terbaharu buat Obinna Nwaneri di benteng pertahanan Kelantan. Pemain kelahiran Croatia itu nyata cepat menyesuaikan diri dengan corak persembahan The Red Warriors.
Pemain berusia 29 tahun yang pernah beraksi dengan kelab Shahin Bushehr FC dalam Liga Iran tampak lebih agresif dan bertenaga memimpin pertahanan Kelantan. Ketenangan beliau mengemudi benteng kebal menjadi perangsang kepada rakan sepasukan lain di posisi tersebut.
Dengan ketinggian 1.86 meter, pemain yang gemar beraksi di posisi bek tengah itu menjadi tunjang kekuatan terbaharu Kelantan terutamanya mengharungi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan

Jumaat, 21 Disember 2012

Penaja Tersohor Taja Kelantan 2013?



indralwnFelda2

Teka-teki siapa dan syarikat apa menaja Kelantan masih belum terjawab biarpun sudah ramai yang merumus penaja-penaja ini namun kesahihannya masih belum terjawab selagi tiada pengumuman rasmi daripada pengurusan KAFA dan barisan penaja.

Kelantan yang sememangnya terkenal dengan jualan jersi paling laris dan koleksi penaja paling banyak di Malaysia akan menerima 10 penaja baru tetapi dimaklumkan bukan kesemua logo penaja ini akan tercetak pada jersi, hanya penaja yang melepasi syarat yang diletakkan sahaja akan dilekatkan pada jersi.

Majlis Pelancaran jersi akan berlangsung pada 3 januari 2013 (Khamis) pukul 12.00-3.00 petang bertempat di Dewan Kelantan Trade Center Kota Bharu.
Perkara ini disahkan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebooknya:

"Alhamdulillah semua sudah selesai....ALHAMRA BERSAMA 10 PENAJA BARU BERGABUNG UTK MENDOKONG CABARAN TRW MUSIM 2013..JERSEY BARU SIAP TIBA SEMINGGU LAGI.PENAJA UTAMA YANG BARU TELAH BERSETUJU MELANCARKAN JERSEY DAN PELBAGAI MERCHANDISE DLM ACARA GILANG GEMILANG PADA HARI KHAMIS 3hb JANUARI JAM 12-3ptg di DEWAN KTC...saksikan barisan TRW sebagai PERAGAWAN pada hari tersebut..."
GOMO KELATE GOMO

Kelantan Lawan Chonburi FC Awal Februari Tahun Depan


indraputraN9

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Kelantan akan mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan jiran dari Thailand iaitu Songkhla FC pada 22 Disember 2012 pukul 8.45 malam dan perlawanan ujian sebelum mengharungi saingan piala AFC 2013 dengan menentang kelab 

Chonburi FC pada 2 Februari 2013 di Kota Bharu dan pada 9 februari 2013 di Bangkok.
Sekiranya berlaku sebarang perubahan jadual perlawanan akan dimaklumkan nanti.
TAN SRI ANNUAR MUSA:

International club friendly yg ke 4/13....TRW VS SONGKHLA FC PADA HARI SABTU 22HB DIS 2012.......8.45mlm di SSMKIV KB...SIRI 5/13...TRW VS CHONBURI FC(tentative) PADA 2 feb 2013 di KB dan 9 feb di Bangkok.
GOMO KELATE GOMO...

10 Penaja Taja TRW 2013.


kb30

Sepuluh penaja bersama syarikat Al-Hamra telah menyatakan persetujuan untuk menaja  The Red Warriors pada musim 2013.

Menariknya, penaja yang berminat untuk menaja skuad Kelantan tersebut terdiri daripada pelbagai syarikat dengan latar belakang korporat dan produk.

Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, semua perkara berkaitan penajaan sudah diselesaikan oleh pihak mereka.

Al-Hamra serta penaja-penaja ini akan bergabung bersama untuk mendukung cabaran Sang Kijang pada musim depan.

Alhamdulillah segalanya sudah selesai dan kita akan melancarkan pengumuman penaja serta jersi dengan gilang gemilang pada 3 Januari depan, jelasnya lagi.

Berdasarkan sumber , The Red Warriors akan mendapat penajaan daripada sebuah syarikat telekomunikasi negara bernilai jutaan ringgit selain pelbagai lagi penajaan dari pihak individu, barangan keluaran tempatan, syarikat antarabangsa, kedai buku serta produk IKS.
Semua ini akan diumumkan pada pelancaran yang akan dilakukan KAFA di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh yang telah diberitahu tersebut.

Selasa, 18 Disember 2012

Piala Gabenor Aceh 2012 : TRW Tersingkir.


kelantan-semen-padang-miko
Semen Padang melengkapkan hari gemilang mereka apabila menundukkan Kelantan 4-2 untuk mara penuh bergaya ke peringkat empat terbaik Piala Gabenor Aceh 2012.

Perlawanan yang berlangsung di stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh menyaksikan Kelantan yang turun dalam misi untuk mencari gol awal melakukan pelbagai serangan bahaya ke arah kubu tuan rumah namun gagal menggegarkan jaring lawan.

Bagaimanapun, Semen Padang terlebih dahulu mencetak gol apabila tendangan kaki kiri Edward Wilson Junior hasil umpanan Estivan Viscara pada minit ke-24 berjaya menewaskan Shahrizan Ismail.

Kelantan tidak menunggu lama untuk mencetak gol setelah Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan hasil serangan balas pantas seminit kemudian.

Terdesak dengan serangan demi serangan Semen Padang, Obinna Nwaneri menghadiahkan sepakan penalti setelah menjatuhkan Titus Bonai untuk memberikan Edward Wilson Junior jaringan kedua peribadi pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus tertekan setelah Edward Wilson Junior menjarakkan kedudukan kepada 3-1 selepas menerima hantaran cantik dari Ellie Aiboy pada minit ke-64.

Berselang dua minit selepas itu, M. Rizal terus menghukum kelalaian pertahanan Kelantan dengan jaringan keempat menerusi satu lambungan ke arah pintu gol menewaskan Shahrizan buat kali keempat.
Sang Kijang cuba bangkit dengan jaringan kedua melalui pemain import dari Australia, Dimi Petratos pada minit ke-68.

Pada lewat permainan, Kelantan mendapat satu sepakan penalti namun gagal disempurnakan untuk keputusan 4-2 kekal sehingga wisel penamat.

Dengan keputusan yang diraih, The Red Warriors berkongsi kedudukan dengan Brunei DPMM tetapi gagal melangkah ke separuh akhir selepas undian yang dibuat pihak penganjur memihak kepada kelab tersebut.


Kesebelasan Pemain
Semen Padang : Farrurozi (Pg), Novan , Syaifulloh , Wahyu , Riky, Eli A, Yu, Mofu, Viscara, Edward dan Titus Bonai.
Kelantan : Shahrizan Ismail (Pg), Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree, Zamri Ramli, Badri Radzi (Kp), Zairol Annuar Zailani, K. Nanthakumar, Dimi Petratos, Khairul Izuan Rosli dan Harris Safwan.

Ahad, 16 Disember 2012

Kelantan Daftar 28 Pemain Untuk Piala AFC.


afccuuupppp

Kelantan telah mendaftarkan 28 pemain untuk beraksi dalam saingan Piala AFC untuk tahun 2013.
Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Haji Annuar Musa, kesemua pemain ini didaftarkan bagi saingan AFC yang akan bermula Mac depan.

Pemain import, Lek Kcira, Dimi Petratos serta beberapa pemain tempatan yang baru menyertai The Red Warriors turut didaftarkan bagi saingan peringkat Asia tersebut.

Kelantan akan bersaing dalam kumpulan G diletakkan sekumpulan dengan Ayeyawady United (Myamar), SHR Da Nong (Vietnam) serta Maziya Sports And Recreation (Maldives).
Perlawanan pertama Sang Kijang akan berlangsung di Kota Bharu pada 6 Mac 2013.

Senarai Pemain 
1 - MOHD SHAHRIZAN BIN ISMAIL – GK
2 - AZIZI BIN MATT ROSE
3 - MAT AZIZ ISMAIL
4 - OBINNA NWANERI
5 - NIK MOHD SHAHRUL AZIM BIN ABD HALIM
6 - MOHD FARISHAM BIN ISMAIL
7 - ZAIRO ANUAR ZAILANI
8 - MOHD SHAKIR SHAARI
9 - KEITA MANJOU
10 - MOHD NORFARHAN BIN MOHAMAD
11 - DIMI PETRATOS/
12 - MOHD IZWAN SOLAHUDDIN
13 - MOHD FAIZ SUBRI
14 - MOHD ZAMRI BIN RAMLI
15 - MOHD DAUDSU BIN JAMALUDIN
16 - MOHD BADHRI BIN MOHD RADZI -CAPT
17 - MOHD RIZAL FAHMI BIN AB. ROSID
18 - MOHD KHAIRUL IZWAN ROSLI
19 - KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT – GK
20 - MOHD ARIS ZAIDI
21 - ABDUL HADI UBAIDILLAH – GK
22 - HARRIS SAFWAN
23 - INDRA PUTRA MAHIYUDDIN
24 - ZAIRUL FITREE BIN ISHAK
25  - TUAN MOHD FAIM
26  - NANTHAKUMAR
27 - LEK KCIRA
28  - S SUBRAMANIAM

Keita Mandjou Mula Tunjuk Taring.




Selepas menerima kritikan hebat para penyokong setia, pemain import Kelantan, Keita Mandjou mula menunjukkan persembahan sebenar apabila membantu Sang Kijang membenam Kedah di Kota Bharu, semalam.

Beraksi selaku penyerang bersama Dimi Petratos dan Indra Putra, Keita menghadirkan ancaman besar kepada pasukan pelawat memaksa benteng pertahanan Kedah bertungkus lumus mengekang gerakan pemain ini.

Dia jelas menjadi duri dalam daging sehingga menyebabkan pertahanan Kedah sesak nafas untuk mempertahankan pintu gol mereka.

Bagaimanapun Keita yang dikawal tiga pemain pertahanan diketuai Fazliata Taib bijak menyempurnakan ruang yang terhidang termasuklah melakar satu jaringan selain mencipta dua lagi gol kepada The Red Warriors.

Keita pada perlawanan dengan Perlis dilihat sedikit gugup biarpun melakukan dua jaringan namun aksi dengan Kedah nyata menunjukkan dia sudah mampu menerbitkan keserasian dengan pemain lain.

Rata-rata peminat yang ditemui RedsfcNews selepas perlawanan turut menyuarakan pujian keatas pemain yang pernah mendapat anugerah kasut emas Liga Malaysia pada 2007 tersebut.

Mereka berharap Keita mampu untuk meneruskan bisa seperti mana impak yang dilakukan ketika beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini.

Pemain ini mungkin menepati saranan Bojan untuk berada dalam senarai pemain Liga Super Sang Kijang bagi musim 2013 namun masa masih panjang kepada ketua jurulatih untuk memilih Keita atau Dimi mengisi slot terakhir pemain import bagi saingan liga.

Khamis, 13 Disember 2012

PRA MUSIM 2013 : KELANTAN TAMPIL GARANG TEWASKAN KEDAH 4-1



Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak optimis bahawa pasukan bimbingannya boleh tampil lebih garang dalam saingan liga pada musim 2013. Kelantan berjaya menewaskan pasukan kedah dengan jaringan empat berbalas satu dalam perlawanan pra musim bagi 2013 di stadium sultan muhammad iv semalam.
dimitri petratos trw
Dimitri Petratos - Gawang.my 
Pada minit awal babak perlawanan kelantan hampir menghasilkan gol pertama selepas menerima hantaran cantik dari sebelah kiri padang namun tidak berjaya menampan baik bola itu sehingga tersasar di atas palang gol pasukan kedah.
Gugup di hadapan 25,000 penyokong pasukan lawan, pertahanan kedah sabri abu melakukan kesilapan mudah apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-7 selepas diasak rapat oleh dimitri petratos.
Perlawanan agak seimbang oleh kedua-dua pasukan namun kecekapan norfarhan bijak menyudahkan lorongan cantik oleh pemain import keita mandjou memberi keselesaan kepada pasukan kelantan untuk terus mendahului pasukan pelawat pada minit ke-17.
Penyerang import muda tumpuan iaitu petratos mengembirakan peminat apabila turut menyumbangkan jaringan gol pada minit ke-21 apabila beliau mudah menampan bola muntah hasil dari sepakan percuma kapten pasukan badri radzi. 
Tidak menunggu lama keita mandjou menghukum pasukan kedah dengan jaringan keempat kelantan pada minit ke-23. 
Perlawanan bergerak seimbang sehingga tamat separuh masa yang pertama.
Bersambung pada babak kedua kelantan melakukan petukaran drastik di mana bojan hodak menukar lapan pemain mereka kecuali shahrizan ismail, daudsu dan nanthakumar. 
Pertukaran ini menyaksikan banyak kesilapan mudah dilakukan oleh pasukan kelantan yang membenarkan pasukan kedah menguasai perlawanan pada separuh masa yang kedua.
Kedah membawa pulang satu jaringan yang dijaringkan oleh faizal abu bakar pada minit yang ke-80.
Pada 14 disember skuad bimbingan bojan hodak akan berangkat ke aceh untuk bersaing dalam piala jemputan gebenor aceh yang akan bermula pada 16 dan 17 disember ini.

Selasa, 11 Disember 2012

Kelantan, ATM Berdepan Ranjau

Piala FA 2013


SHAH ALAM – Laluan percuma pada pusingan pertama buat Kelantan selaku juara bertahan, rupa-rupanya tersembunyi ranjau apabila PKNS atau naib juara Liga Super musim ini, LionsXII menanti mereka dalam pusingan kedua Piala FA 2013.

Red Warriors yang juga juara Piala Malaysia dan Liga Super 2012, hanya beroleh sedikit tuah kerana diundi sebagai tuan rumah pusingan kedua satu perlawanan namun bakal turut berdepan kepadatan jadual yang melibatkan Piala AFC.

Jika lulus ujian itu, laluan Kelantan bakal berubah dengan menanti mereka kemudian ialah pemenang antara dua pasukan Liga Perdana, Sarawak-Melaka dan Preach Khan Reach (Kemboja) atau pasukan Liga FAM, PBAPP Pulau Pinang.

Undian getir kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan itu di sebuah hotel di sini, turut menimpa naib juara 2012, Sime Darby dalam pusingan kedua yang menanti pemenang pusingan pertama antara T-Team dengan Perlis yang dikembalikan ke Liga Perdana.

Dua pasukan separuh akhir musim ini, Kedah dan Terengganu pula mendapat laluan agak mudah dalam pusingan pertama dengan masing-masing cuma berdepan pasukan Liga Perdana, NS Betaria dan KL SPA.
Undian getir juga melanda naib juara Piala Malaysia dan juara Liga Perdana 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal menentang bekas juara, Selangor seawal pusingan pertama lagi yang bermula 25 Januari 2013.

Nasib sama turut menimpa pasukan yang kini sering mendapat perhatian kerana dibanjiri ramai pemain kebangsaan dan seorang bekas bintang Sepanyol, Johor yang perlu berdepan Perak pada pusingan pertama Piala FA.

Kata Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim, “Laluan kami memang sukar pusingan kedua tetapi kami tidak memilih siapa lawan antara PKNS atau LionsXII kerana persaingan kalah mati ini mempunyai elemen kejutan dan nasib.

“Kami tidak akan mengambil mudah walaupun jika mara ke pusingan seterusnya yang bakal lawannya mungkin kurang sukar kerana seperti Sime Darby, tiada siapa pun menyangka mereka mampu ke perlawanan akhir (2012),” katanya.

Kata jurulatih LionsXII, V. Sundramoorthy: “Undian ini tetap getir kerana kami perlu bertandang ke PKNS (Petaling Jaya, Selangor) dan perlu melepasi mereka sebelum laluannya semakin getir untuk berdepan Kelantan.

“Kami menampilkan ramai pemain bawah 23 tahun selain hanya lima pemain skuad Piala Suzuki AFF iaitu Mohammad Shahril Ishak, Mohammad Isa Abdul Halim, Baihakki Khaizan, Fazrul Nawaz Shahul Hameed dan Muhammad Irwan Shah Anismail,” katanya.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata: “Cabaran yang besar kerana jika melepasi Selangor pun, Johor pula mungkin menanti kami seterusnya. Namun saya harap langkah kami lebih jauh musim depan setelah tersekat pusingan pertama lagi dengan Perak (2012).”

Nwaneri, Pertratos beraksi Liga Malaysia ?

Dimitrios Pertratos


KAFA sah daftar 27 pemain, Hodak bakal tentukan siapa tersenarai
KOTA BHARU – Obinna Nwaneri dan bintang import baharu dari Australia, Dimitrios Pertratos disebut-sebut bakal menyarung jersi The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Difahamkan, kedua-dua awang import itu didaftarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir pendaftaran pemain yang berakhir Khamis lalu.
Sumber Kafa memberitahu, Nwaneri, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu dikekalkan berdasarkan prestasi cemerlangnya membantu Kelantan merangkul kejuaraan treble musim lalu manakala Pertratos dilihat calon sesuai menggantikan Mohamad Ghaddar berbanding Keita Mandjou.

“Saingan Liga Super musim depan pasti menjanjikan aksi yang sengit. Mahu tidak mahu kita perlu memperkasakan pasukan ketika persatuan bola sepak negeri lain juga berbuat perkara yang sama.

“Mengenai Pertratos, dia menjadi calon sesuai mengetuai jentera serangan Kelantan setelah ketiadaan Mohamad Ghaddar. Dia masih muda, bertenaga dan berkemahiran tinggi. Pemain yang mempunyai pakej seperti itulah diperlukan untuk pasukan kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya mendaftarkan seramai 25 pemain termasuk dua pemain import serta dua lagi pemain tambahan dengan badan induk bola sepak kebangsaan itu pada 6 Disember lalu.

“Tinggal lagi kita belum putuskan nombor-nombor jersi untuk semua pemain Kelantan. Ini kerana pihak FAM memberi sedikit kelonggaran kepada pasukan yang beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Sekarang kita daftar 25 pemain termasuk dua pemain import untuk beraksi dalam Liga Malaysia dan dua pemain tambahan. Ini bermakna 27 pemain didaftarkan bersama Kelantan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perarakan Tiga Piala yang dimenangi The Red Warriors di Rantau Panjang, semalam.
Menurut Annuar, Ketua Jurulatih, Bojan Hodak akan diberi kuasa penuh untuk menilai pemain sedia ada selain empat awang import sebelum membuat keputusan siapa yang bakal beraksi dalam kancah Liga Malaysia atau kempen Piala AFC.

Mengulas mengenai cabaran menanti dalam kempen Piala AFC nanti, Annuar menyambut baik keputusan undian tersebut setelah Kelantan diletakkan di dalam kumpulan G bersama Ayeyawady United dari Myanmar, SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziya Sport dan Recreation dari Maldives.

“Harap tahun ini setidak-tidaknya kita boleh mengulangi pencapaian musim lalu (mara ke suku akhir). Tapi melihat barisan pemain yang kita bentuk sekarang, kalau boleh kita mahu mara lebih jauh,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Annuar menjelaskan pihaknya masih dalam perbincangan bagi meletakkan sasaran pada Liga Malaysia musim depan dan perkara tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Sabtu, 8 Disember 2012

The Red Warriors Gomo Perlis Di Kota Bharu.



Pasukan juara trebel, Kelantan "menggomo" Perlis di Kota Bharu dalam aksi persahabatan pra musim di Stadium Sultan Muhamed IV, sebentar tadi.

Walaupun turun tanpa beberapa tonggak yang bersama Skuad Dato' King Rajagobal, Kelantan tetap mampu menyajikan aksi penuh mantap, pendek kata, KEMAH KEMING SETT KITO !

Dalam aksi itu, Keita Mandjou membuka jaringan untuk Kelantan pada minit ke-5 perlawanan.

Sejurus selepas itu, hantaran Badri Radzi @ Piya dari tengah padang tepat kepada Indra Putra Mahyuddin dan Indra Putra bertindak bijak "menyokeh" bola itu melepasi penjaga gol Perlis tetapi berjaya diselamatkan oleh pemain pertahanan Perlis ketika bola hampir melepasi garisan gol.

Pada minit ke-42, hasil hantaran lintang dari Norfarhan Muhammad, Keita Mandjou sekali lagi mengukir nama selaku penjaring. Ia menyaksikan Kelantan mendahului Perlis 2-0.

Keputusan itu kekal sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus "menggomo" Perlis.
Kali ini menerusi Norfarhan Muhammad selepas 4 minit separuh masa kedua bersambung.

Selepas itu, Kelantan melakukan 6 pertukaran serentak dengan mengeluarkan Piya, Indra, Izuan, Keita Mandjou, Norfarhan dan Obinna lalu membawa masuk Lek Kcira, Petratos, Zairo, Haris Safwan, Aris Zaidi dan Faiz Subri.

Pada minit ke-81, pemain import baru, Dimitri Petratos membuktikan ketajaman penyudah apabila menambah gol ke-4 untuk Kelantan.



Sejurus 4 minit selepas itu, hantaran cantik dari Zairo Anuar Zailani berjaya disambar Haris Safwan untuk gol ke-5 Kelantan.

Gol dari Haris Safwan menutup tirai malam gemilang Kelantan. Gomo Kelate Gomo !



Skuad Kesebelasan Utama Kelantan :

Shahrizan Ismail (GK)
Obinna
Nik Shahrul Azim
Daudsu
Zairol Fitree
Nanthakumar
Piya (C)
Norfarhan
Khairul Izuan
Indra
Keita Mandjou
Pertukaran Kelantan :
Piya, Indra, Izuan, Keita Mandjou, Norfarhan dan Obinna (KELUAR)
 Lek Kcira, Petratos, Zairo, Haris Safwan, Aris Zaidi dan Faiz Subri (MASUK)
 

Jumaat, 7 Disember 2012

Kelantan Giat Atur Perlawanan Pra Musim.


312790_473966269313613_1044960852_n

Musim baru yang dijangka lebih mencabar memaksa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) giat mengadakan perlawanan persiapan pra musim untuk pemain The Red Warriors.
Bermula perlawanan pertama dengan kelab Australia yang berkesudahan kemenangan besar 3-0, Sang Kijang meneruskan misi mereka dengan melakukan beberapa perlawanan persahabatan dalam dan luar negara.

Pada 7 Disember, Kelantan yang telah mengumpulkan skuad penuh termasuk muka baru akan melawan pasukan Liga Perdana, Perlis FA di Kota Bharu.
Seminggu kemudian, mereka akan terbang ke Indonesia untuk aksi jemputan kelab dari tujuh negara merebut Piala Gabenor Acheh dari 14-20 Disember.

KAFA turut dilaporkan akan mengadakan perlawanan timbal balik menentang Sriwijaya FC sebelum menentang Sime Darby pada 29 Disember, juga di Kota Bharu.
Semua perlawanan ini diatur untuk memperkuatkan pasukan.

Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, para pemain digesa menggunakan peluang yang diperoleh ini untuk membentuk keserasian seterusnya mempersiapkan fizikal dan mental untuk mempertahankan kejuaraan pada tahun depan.

sumber:redsfc news

TRW Terima Tajaan Redbull.

RED-BULL-LOGO

The Red Warriors menerima khabar gembira apabila syarikat minuman tenaga Redbull bersetuju untuk menaja pasukan selama setahun bermula musim 2013.

Menurut penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), syarikat minuman tersebut yang berpangkalan di Eropah menaja Sang Kijang dengan jumlah yang agak besar.
Justeru itu, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Redbull kerana sudi memberi tajaan kepada Kelantan.

Pada beberapa hari lepas, Annuar turut mengumumkan pendapatan terkini KAFA melalui penajaan adalah sekali ganda dari musim lepas.

Sementara itu, sumber terdekat melaporkan ada beberapa lagi penaja besar akan masuk untuk menaja pasukan pada musim baru tahun depan.

Kehilangan beberapa penaja diganti dengan tajaan lain dan ternyata para penaja ini yakin produk mereka akan mendapat sambutan nanti selepas menaja The Red Warriors.

Piala AFC: Kelantan Di Laluan Mudah Untuk Mara

AFC 2013

JUARA Liga Super musim ini, Kelantan dijangka menghadapi laluan mudah ke pusingan kedua manakala Selangor terpaksa berdepan dengan saingan getir pada Kejohanan Piala AFC 2013 yang bermula Mac depan.

Dalam undian Piala AFC 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, Kelantan diundi dalam Kumpulan G bersama kelab Ayeyawady dari Myanmar, SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziah Sports & Recreation Club dari Maldives.

Manakala Selangor, yang melakukan penampilan ketiga dalam kejohanan itu, berada dalam Kumpulan H bersama juara liga Singapura Tampines Rovers, Kingfisher East Bengal (India) dan pasukan Saigon Xuan Thanh dari Vietnam.

Sebanyak 32 pasukan dalam lapan kumpulan akan berentap dalam format round-robin yang bermula 5 Mac hingga 1 Mei depan.

Selepas pusingan pertama, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua 16 pasukan dalam format kalah-mati pada 14 dan 15 Mei.
Dalam pada itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak percaya pasukannya akan layak ke pusingan kedua bersama SHB Da Nang.

“Saya percaya Da Nang dan Kelantan mempunyai apa yang diperlukan untuk melangkah ke pusingan kedua tetapi saya juga tidak menolak peluang pasukan Ayeyawady,” katanya seperti dipetik dalam laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

Hodak kini berada di negaranya, Croatia, di mana beliau sedang mengikuti kursus kejurulatihan UEFA pro diploma.

Jurulatih berusia 41 tahun itu berkata mereka perlu berhati-hati dengan pasukan Ayeyawady selepas mereka kalah 1-3 pada perlawanan timbal balik pada saingan Piala AFC di Myanmar tahun lepas.
“Secara jujur, saya tidak tahu apa-apa mengenai pasukan Maziah tetapi tiada pasukan yang calang-calang dalam kejohanan ini,” katanya yang membantu Kelantan layak ke suku akhir pada tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati serta berwaspada dengan pasukan itu ketika melakukan kunjungan ke Maldvies nanti.
UNDIAN PASUKAN PIALA AFC 2013:
Kumpulan:
AFC Cup 2013 – Group Stage Draw
Group A
Safa (LIB)
Kuwait SC (KUW)
Riffa (BHR)
Playoff winner *
* Al Wahda (SYR) face Yemen cup champions with the winner playing Regar TadAZ (TJK)
Group B
Arbil (IRQ)
Al Ansar (LIB)
Fanja (OMN)
Muharraq (BHR)
Group C
Al Faisaly (JOR)
Duhok (IRQ)
Al Shaab Ibb (YEM)
Dhofar (OMN)
Group D
Al Qadsia (KUW)
Al Ramtha (JOR)
FC Ravshan (TJK)
Al Shorta (SYR)
Group E
Kitchee (HKG)
Singapore Armed Forces FC (SIN)
Semen Padang (INA)
Churchill Brothers (IND)
Group F
Yangon United (MYA)
Sunray Cave JC Sun Hei (HKG)
New Radiant SC (MDV)
Persibo (INA)
Group G
Kelantan (MAS)
Ayeyawady (MYA)
SHB Da Nang (VIE)
Maziah Sports & Recreation Club (MDV)
Group H
Tampines Rovers (SIN)
Selangor (MAS)
Kingfisher East Bengal (IND)
Saigon Xuan Thanh (VIE)

Rabu, 5 Disember 2012

TRW Sertai Piala Gabenor Acheh.


logo-kelantan-fa-20121
The Red Warriors telah menghantar pengesahan rasmi untuk bertanding dalam kejohanan juara-juara kelab lima negara merebut Piala Gabenor Acheh bermula 15 hingga 23 Disember depan.
Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Haji Annuar Musa, Kelantan akan menyertai beberapa kelab dari Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia merebut kejuaraan kejohanan tahunan tersebut.

Kejohanan ini akan berlangsung di Aceh dan telah menerima penyertaan daripada Selangor, Makassar FC, Brunei DPMM, Semen Padang FC serta Aceh Selection.

Kata Annuar, KAFA menerima undangan ini sebagai persediaan penting kepada pasukan The Red Warriors sebelum tirai Liga Malaysia dibuka pada Januari nanti.

symber:redsfc news

Isnin, 3 Disember 2012

Rumours : Super Safee Ke Kelantan?


safee-sali
Makin hangat pemain jersi no 9 The Red Warriors selepas pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus berteka teki dengan pemain yang akan mengantikan tempat Norshahrul Idlan Talaha.

Berdasarkan laporan berita dan media semasa, nama Safee Sali berada dalam senarai teratas KAFA untuk dibawa menyertai Sang Kijang.

Setakat ini dilaporkan Safee dalam perbincangan namun masih tiada pengesahan rasmi dari kedua-dua pihak.

Menurut sumber RedsfcNews, kemungkinan besar Safee akan dibawa masuk untuk jersi no 9 dan pemergian Norshahrul tiada apa yang perlu dirisaukan.
Mereka kini hampir mencapai persetujuan dalam masa 48 jam sebelum tarikh perpindahan Liga Malaysia ditutup dengan rasminya.

Jika benar laporan sumber tersebut, Kelantan memiliki rangkaian serangan berbisa negara kerana kehadiran Safee akan melengkapkan barisan depan dibantu oleh Haris Safwan, Keita Mandjou, Indra Putra, Norfarhan, Faiz Subri, Zairo Annuar, Badri Radzi serta beberapa pemain lagi


sumber:redsfc news

Okinne, Antwi “Loan” Ke Perlis.


428633_371940762823251_214198961_n

Dua pemain import Kelantan, Emmanuel Okinne dan Danny Antwi dipinjamkan kepada pasukan Liga Perdana, Perlis FA untuk musim depan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan perkara ini dalam tulisan di laman sosial Facebook, sebentar tadi.

Okinne dan Antwi yang ditandatangani pada awal 2012 nyata tidak mendapat minat KAFA memaksa dipinjamkan kepada pasukan lain.

Mereka mempunyai baki kontrak dua tahun bersama The Red Warriors.
Sebelum ini Okinne telah dipinjamkan kepada Kuala Lumpur manakala Antwi pula beraksi untuk Piala AFC Kelantan.

Bagaimanapun, dengan pengambilan terbaru pemain asing oleh KAFA memaksa dua pemain tersebut diberi pinjam kepada pasukan lain seterusnya beraksi secara kompetetif dalam saingan Liga Malaysia

Kelantan lupakan khidmat Ghaddar




SELEPAS kehilangan pemain paling bernilai, Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan sekali lagi menerima tamparan hebat apabila penyerang import sensasi mereka dari Lebanon, Muhammad Ghaddar tidak lagi bersama pasukan tersebut untuk mengharungi saingan liga musim depan.
Terdesak dengan situasi tersebut, KAFA segera memburu beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan ketika mereka kini dalam persiapan untuk mempertahankan ketiga-tiga kejuaraan yang dimenangi termasuk memberi cabaran baharu pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.
Nama penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali yang kini sedang beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala Suzuki AFF juga dikatakan turut berada dalam senarai paling atas untuk dibawa masuk bagi memantapkan pasukan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan diberikan oleh pihak KAFA yang sebelum ini turut dikaitkan memburu dua penyerang berbisa Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhymeen, namun khabar tersebut seperti tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, peminat The Red Warriors mampu menghela nafas lega apabila KAFA hampir pasti menandatangani seorang pemain import baharu dari Australia yang merupakan penyerang muda sebuah kelab yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Asia dan memenangi Liga Australia sebelum ini bagi menggantikan kelibat Muhammad Ghaddar.
Sumber KAFA memberitahu, pemain tersebut dilahirkan pada 10 November 1992 dan baru berusia 20 tahun dan memiliki kebolehan beraksi pada posisi serangan selain mampu bertindak sebagai pemain tengah.
“Dimitrios (Dimi) Pertratos merupakan pemain muda daripada kelab Sydney FC yang berpangkalan di New South Wales, Australia. Beliau juga merupakan penyerang pasukan bawah 23 tahun Australia dan antara lima pemain muda yang berjaya menempatkan diri dalam skuad senior kelab tersebut.
“Bagaimanapun, kita akan mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman untuk tempoh enam bulan sebelum perbincangan lanjut mengenai kontraknya berdasarkan prestasi yang akan dipamerkan nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, sebuah portal sukan, Australian FourFour Two dalam entrinya pada 23 November lalu menyiarkan artikel mengenai juara trebel dari Malaysia, Kelantan berminat untuk mendapatkan pemain muda tersebut.
Artikel berkenaan juga menyebut, ejen Petratos, James Hardy begitu berminat dengan tawaran yang dikemukakan oleh The Red Warriors itu.


Jumaat, 30 November 2012

TRW Terima Hadiah Pakej Umrah

Nik Abdul Aziz dan Abdul Fattah (dua,kanan) beserta pemain Kelantan meraikan kejayaan The Red Warriors meraih treble pada majlis ‘Jamuan Rakyat & Iftar Perdana Bersama Tok Guru.


KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menghadiahkan pakej umrah kepada pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors (TRW) di atas kejayaan meraih kejuaraan treble pertama pada musim ini.
Ganjaran tersebut disampaikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ketua Pasukan TRW, Mohd Badhri Radzi pada majlis ‘Jamuan Rakyat dan Iftar Perdana Bersama Tok Guru’ di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau sedang membuat pertimbangan lain untuk memberikan sedikit imbuhan dalam bentuk wang tunai kepada pasukan TRW.

“Kali pertama dahulu kita tak beri (wang tunai). Insya-Allah kita akan usahakan sedikit ganjaran sebagai duit poket ketika mereka berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah nanti.

“Kita serahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menetapkan tarikh sesuai bagi membolehkan kesemua pemain dan pegawai pasukan menunaikan umrah itu pada tahun depan.
Menurut Abdul Fattah, pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan tersebut tetap mendapat ganjaran setara dengan nilai pakej umrah tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Ibrahim, Timbalan Presiden Kafa, Datuk Afandi Hamzah, Setiausaha Agung, Azman Ibrahim serta barisan jurulatih dan pemain bola sepak Kelantan.

Kerajaan Negeri pernah menghadiahkan pakej umrah kepada pemain dan pegawai bola sepak Kelantan pada tahun 2009, setelah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia meski pun hanya bergelar naib juara apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai program jamuan rakyat tersebut, Abdul Fattah berkata, ia merupakan satu penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada penyokong setia bola sepak yang memberikan sokongan di atas kejayaan Kelantan meraih treble pada musim ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah tidak menolak untuk memberikan ganjaran kepada pasukan ragbi Kelantan yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Agong buat kali ketiga berturut-turut minggu lalu.
“Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat exco, Rabu ini. Insya-Allah kita akan umumkan mengenainya. Daripada awal tahun saya menunggu kertas kerja daripada Persatuan Ragbi Negeri Kelantan (PRNK) namun kerana masalah tertentu mereka hanya datang bertemu pada saat akhir,” katanya.

Friendly : Kelantan Menang Aksi Persahabatan Pertama.



The Red Warriors mencipta kemenangan dalam perlawanan persahabatan pertama dalam kunjungan lima hari ke Australia.

Menurut maklumat dari penolong pengurus pasukan, Wan Badri Wan Omar, Sang Kijang mencapai kemenangan menyeluruh menewaskan Kelab dari negara Kanggaru itu dengan 3-0.

Gol-gol dijaringkan oleh Khairul Izuan Rosli, Norfarhan Mohamad serta Aris Zaidi.
Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang basah selepas hujan turun sebelum dan semasa perlawanan, kedua-dua pasukan dilaporkan beraksi dengan berhati-hati.

Namun pemain Kelantan lebih bijak mengatur serangan untuk mencipta peluang seterusnya merobek gawang tuan rumah sebanyak tiga kali.

Pada perlawanan tersebut, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak telah menurunkan gabungan pemain muda dan berpengalaman untuk mengekang pemain Queensland FC

Rabu, 28 November 2012

Piya Harap Pengganti Mat Yo Lebih Baik

Mohd Badri Radzi

Kota Bharu: Kami harap pemain yang menyarung jersi nombor 9 lebih baik daripada Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan bantu Kelantan lakar sejarah lebih gemilang, kata ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi.

Pemain tengah yang dikenali sebagai Piya berkata, pemain lebih baik daripada Mat Yo diperlukan untuk mengemudi jentera serangan yang ditinggalkan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu. Dia bagaimanapun mengakui Mat Yo adalah antara penyerang terbaik pernah dimiliki The Red Warriors (TRW).

Kehilangan Mat Yo memang dirasai pasukan, namun kita perlu menerima realiti dalam dunia bola sepak pemain datang dan pergi adalah lumrah. Apa yang diharapkan pengurusan dapat mencari pengganti, malah lebih baik daripada Mat Yo bagi menggalas tugas di barisan depan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mat Yo tidak tersenarai dalam barisan pemain diumumkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini dan pemain yang akan menggantikan tempatnya masih menjadi teka-teki.

Setakat ini, pasukan Kelantan sudah mengikat kontrak empat muka baru iaitu K Nanthakumar dari Perak dan dua pemain T-Team, Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta bekas pemain Kelantan, Muhd Izuan Salahuddin yang dipanggil semula dari pasukan Harimau Muda A.
Dalam perkembangan lain, pemain Kelantan menerima sumbangan pakej umrah daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan ke atas kejayaan musim ini.

Pakej umrah itu diberikan kepada pemain beragama Islam dan pemain bukan beragama Islam, kita tukar kepada wang tunai yang sama nilai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Kemelut Selesai, Norshahrul Idlan Bebas Dari Kontrak.


305204_517662584917734_127401476_n

Bekas penyerang sensasi Sang Kijang, Norshahrul Idlan Talaha bebas dari sebarang kontrak dengan pasukan Kelantan.

Menurut sumber maklumat dari Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Norshahrul yang kini sedang bersama skuad negara dalam kejohanan Piala AFF boleh menyertai mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Dia telah dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan secara rasminya tidak akan didaftarkan dalam skuad Kelantan musim 2013.

Baru-baru ini, nama Norshahrul menjadi hangat selepas menyatakan minat untuk berhijrah ke Johor.
Pihak pengurusan Johor (PBNJ) juga secara terang-terangan mengumumkan keinginan untuk mengikat Norshahrul bagi digandingkan dengan pemain import taraf dunia mereka, Guiza.

Dengan tindakan yang dilakukan pemain ini dan PBNJ memaksa KAFA menyingkirkan nama Norshahrul dari senarai  30 pemain The Red Warriors.

Sementara itu, kebanyakan penyokong Kelantan yang memberi ulasan melahirkan rasa lega dengan berita perpindahan pemain paling bernilai ini.

Norshahrul sudah tiada dalam hati peminat dan penghijrahan ke mana-mana pasukan sangat dialu-alukan.
Kami mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya bersama pasukan baru tetapi jangan lupa untuk hadir ke Kota Bharu selaku pihak lawan musim terbaru nanti.

Sabtu, 24 November 2012

Malaysian Club Stalking Petratos For Loan

Dimi Petratos

MALAYSIAN Super League champions Kelantan FA hope to snare Sydney FC striker Dimi Petratos on loan and this week filed a request for the young star.

The club is seeking to boost their foreign contingent ahead of its AFC Cup commitments which begin in March next year.

A spokesperson for the Red Warriors told au.fourfourtwo.com they were keen to sign Sydney’s out-of-favour striker on a five-month loan deal.

But the club was clearly surprised that news of their interest in the young speedster – touted as a future star – had already broken in the Australian media.

The spokesman asking: “How do you know about our interest in Dimi Petratos? We just started discussions. We sent a letter of request to the club in the last two days.”

Sydney FC refused to speculate about the future of the 20-year-old who was recently involved in a training ground bust-up with goalkeeper coach, Zeljko Kalac.

However Petratos’s agent James Hardy is pushing the club over the deal and said there was “concrete 
interest” from Malaysia’s championship outfit.
Hardy said a decision on the future of Petratos was expected next week.

“We’re at stand-off with the club,” he said. “Obviously I’m not very happy because a player like that should be playing regularly.

“He’s not even on the team sheet tonight. If he’s not playing, he’s not on the team sheet and he’s only played one game all year, I don’t see what the problem is. You either want him or you don’t. Someone else does want him and will play him.

“He’s young player, and we’re all about developing footballers and their careers, and if Sydney FC really care about his career they need to let him go. Putting him in the youth team is not developing him at all.”

With his career stalled, and little to no game time under his belt, those close to the player are concerned he’ll struggle to find another club when his contract with the Sky Blues winds up at the end of the season. The club has been told it needs to make a decision sooner rather than later.

“(Sydney FC) expect to make a decision at some time next week,” Hardy added. “But at the end of the day Kelantan is a big big club over there and they’re very keen to get him.

“I recommended Dimi and they liked him. They’ve done their research and decided he’s the type of player they want.”

A former NYL player, Petratos burst onto the scene for the Sky Blues during their 2010/11 campaign but has since struggled for game time.

He has made just one appearance for the senior team this season in their 3-2 home loss to Newcastle Jets and was substituted early in the second half.

The Malaysian Super League kicks off again in January. While the Red Warriors have filled their two-player foreign quota, AFC Cup rules permit an additional overseas signing for the tournament.

Last season the club romped home with the Malaysian FA Cup, Malaysian Super League and the Malaysia Cup.

Meanwhile, Sydney FC declined to comment on speculation that a move by Petratos would free space on the roster to bring in an extra defender.

The Sky Blues have leaked 20 goals in the first seven games of the season and sit rock bottom of the A-League table going into round 8 of their campaign.

In May, Petratos was linked with a move to new A-League outfit Western Sydney Wanderers but was declared off limits by the Sky Blues.

NURUL AZWAN ROYA KEMBALI BERSAMA KELANTAN MUSIM 2014 ?


Nurul Azwan Roya Ke Johor
Nurul Azwan Roya bersama Skuad Johor musim 2013

PASIR PUTEH — Bekas pemain ”The Red Warriors’, Nurul Azwan Roya berkata penyertaannya dalam
 pasukan Johor FC musim depan tidak akan menutup hasratnya kembali semula beraksi bersama Kelantan pada musim akan datang.

Nurul Azwan, 26, berkata beliau hanya menandatangani kontrak selama setahun sahaja dengan pasukan Johor itu.“Semua bergantung kepada rezeki dan ketentuan. Mungkin saya kembali beraksi bersama

Kelantan pada 2014, sekiranya ada peluang lagi,” katanya kepada pemberita pada kenduri kesyukuran sempena perkahwinannya dengan Siti Nurul Jannah Mohd Noor, 24, di rumahnya di Kampung Cherang Ruku, di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Nurul Azwan berkata beliau tidak menghadapi masalah dengan pihak pengurusan dan rakan sepasukan sepanjang dua tahun bersama skuad Kelantan.

“Jangan salah tafsir dengan ulasan yang bukan-bukan disebabkan ketiadaan dalam kesebelasan pemain utama Kelantan pada musim hadapan. Ia adalah pilihan dan laluan saya sendiri untuk menentukannya,” katanya.

Nurul Azwan yang gembira dapat membantu Kelantan menjulang kemenangan pelbagai liga berprestij, turut berterima kasih kepada pengurusan KAFA dan penyokong kerana membuatnya terus bertahan dalam arena bola sepak tanah air.

Pemain itu adalah anak kedua daripada empat beradik keluarga bekas jurulatih bola sepak 8 Briged Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) di Kelantan, Roya Midin.

Jumaat, 23 November 2012

Kelantan Mula Saingan Piala Emas Edisi ke-72.

PERR

Tirai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 peringkat kumpulan D dibuka secara rasminya bermula esok melibatkan saingan Terengganu, Kelantan, Perlis dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
Terengganu dipilih selaku tuan rumah selepas sebelum ini dilaporkan padang di Kota Bharu tidak dapat disediakan untuk kejohanan tersebut.

Mereka akan menggunakan dua venue iaitu di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu dan Padang C, Kompleks Sukan Gong Badak.

Kelantan yang turun selaku pasukan pelawat bakal memulakan saingan menentang Perlis pada hari Jumaat, 23 November di Padang C, Kompleks Gong Badak seterusnya menanti Polis pada keesokan hari, juga pada jam 4.30 petang di tempat yang sama.

Sang Kijang akan menamatkan saingan kumpulan menentang Terengganu pada hari Sabtu, 25 November pada jam 8.30 malam.

Berdasarkan maklumat awal, skuad Kelantan kali ini mensasarkan kedudukan juara kumpulan seterusnya layak ke peringkat kalah mati.

Skuad bimbingan Tengku Hazman ini diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Sani Nawi, Tengku Hasbullah serta pemain dari skuad Piala Presiden dan Piala Liga KAFA.


sumber:redsfc news

Catatan Popular