HARI
INI menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia The Red
Warriors. Bukan kerana keghairahan menantikan sepak mula Liga Malaysia
yang bermula 5 Januari nanti, tetapi yang penting mengetahui siapa yang
menjadi penggembur terbaharu Kelantan.
Ketika
nama Mohamad Ghaddar, penjaring terbanyak dan watak penting yang
membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu kian
dilupakan, nama Dimitrios Pertratos dan Keita Mandjou pula meniti di
bibir dalam kalangan peminat tempatan.
GEMAR
Tumpuan
kini terarah kepada Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak
yang lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri dalam memilih pemain
penyerang import terbaharu Kelantan.
Setelah
Obinna Nwaneri sah kekal beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim
depan, pengendali dari Croatia itu memilih mencari ilham calon pemain
import TRW itu dengan membawa anak buahnya menjalani latihan pra musim
di Pulau Pinang ketika ini.
Sama
ada Hodak memilih Pertratos atau Mandjou, ia akan ditentukan apabila
tarikh tutup pendaftaran pemain import berakhir hari ini setelah
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran kepada juara
treble itu atas kapasiti beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) tahun depan.
TARING
Penyerang muda Sydney FC ini semakin serasi dengan corak permainan pasukan Kelantan.
Enam
gol daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini membuktikan
sentuhan beliau cukup berbisa ketika Kelantan menangisi ketiadaan
Mohamad Ghaddar.
Pertratos, hadir ke
Kelantan dengan reputasi unggul selaku penyerang bawah 23 tahun
Australia dan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengikat
kontrak selama setahun dianggap keputusan yang tepat.
Dia
muda, bertenaga dan mempunyai kemahiran individu yang tinggi dan pakej
tersebut ternyata memukau penyokong setia ketika pemain yang berusia 20
tahun ini turun beraksi buat pertama kali ketika Kelantan membelasah
Perlis 5-0 baru-baru ini.
PERSIS
Jangan
anggap kehadiran Keita Madjou sekadar pelengkap kepada Kelantan. Bekas
pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super Malaysia (MSL) musim 2005/06 dan
2006/07 semakin menemui sentuhan pembunuhnya setelah hampir tujuh bulan
berada di Kota Bharu.
Meski pun
dianggap kuda tua oleh segelintir penyokong, rentetan usianya mencecah
34 tahun, namun kegarangan Mandjou sejak akhir-akhir ini membuktikan
kehebatan beliau setanding penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James.
Jelas
Mandjou mempunyai nafsu yang cukup besar untuk membantu Kelantan dalam
saingan Liga Malaysia 2013, apatah lagi dia juga turut membuktikan
sentuhan ‘berkaratnya’ sudah hilang apabila meledak empat gol dalam lima
perlawanan setakat ini.
NANTI
Namun
sebarang keputusan yang bakal dibuat Kafa mengenai pemilihan pemain
import untuk saingan 2013 sudah tentunya bakal memberikan impak kepada
barisan pemain sedia ada yang terbukti kehebatan menggegarkan jaring
lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan