PERTAHANAN
kiri Kelantan, Mohammad Abdul Aziz Ismail kecewa kerana tidak dapat
membantu skuad Red Warriors musim depan berikutan kecederaan lutut kanan
ketika perlawanan persahabatan menentang Kedah di Stadium Sultan
Muhammad IV, baru-baru ini.
Kecederaan
itu kali kedua dialami pemain berusia 24 tahun itu selepas mengalami
kecederaan lutut kiri awal musim lalu yang memaksanya berehat panjang
sehingga ke penghujung musim.
Berikutan
kecederaan teruk lutut kanannya itu, dia terpaksa menjalani pembedahan
di Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Januari.
“Selepas
pembedahan itu nanti, doktor menjangkakan saya terpaksa berehat panjang
antara enam hingga tujuh bulan. Besar kemungkinan saya hanya boleh
beraksi untuk saingan Piala Malaysia saja musim depan.
“Memang
tidak dinafikan sedih dan kecewa kerana sekali lagi terpaksa berehat
panjang yang menjejaskan impian saya membantu pasukan. Apa boleh buat,
nasib tidak menyebelahi saya,” katanya, semalam.
Walaupun
impiannya beraksi samar, Abdul Aziz tetap berharap semua pemain lain
dapat mengekalkan kejuaraan tiga piala yang dimenangi selain menambah
koleksi untuk musim depan, termasuk Piala AFC.
Menurutnya,
dia yakin dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Mohd Haris
Safwan Mohd Kamal, Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri serta bintang
import berbakat dari Australia, Dimitri Petratos yang mampu menggalas
misi mengekalkan kejuaraan musim depan.
“Saya
yakin gandingan antara pemain lama dan pemain baru dapat membentuk
pasukan mantap musim depan. Walaupun tidak dapat bermain dan hanya mampu
memberi sokongan dari luar padang, saya tetap mengharapkan Kelantan
menjadi pasukan digeruni,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan