Dimitri Petratos - Gawang.my |
Pada minit awal babak perlawanan kelantan hampir menghasilkan gol
pertama selepas menerima hantaran cantik dari sebelah kiri padang namun
tidak berjaya menampan baik bola itu sehingga tersasar di atas palang
gol pasukan kedah.
Gugup di hadapan 25,000 penyokong pasukan lawan, pertahanan kedah sabri
abu melakukan kesilapan mudah apabila menjaringkan gol sendiri pada
minit ke-7 selepas diasak rapat oleh dimitri petratos.
Perlawanan agak seimbang oleh kedua-dua pasukan namun kecekapan
norfarhan bijak menyudahkan lorongan cantik oleh pemain import keita
mandjou memberi keselesaan kepada pasukan kelantan untuk terus
mendahului pasukan pelawat pada minit ke-17.
Penyerang import muda tumpuan iaitu petratos mengembirakan peminat
apabila turut menyumbangkan jaringan gol pada minit ke-21 apabila beliau
mudah menampan bola muntah hasil dari sepakan percuma kapten pasukan
badri radzi.
Tidak menunggu lama keita mandjou menghukum pasukan kedah dengan jaringan keempat kelantan pada minit ke-23.
Perlawanan bergerak seimbang sehingga tamat separuh masa yang pertama.
Bersambung pada babak kedua kelantan melakukan petukaran drastik di mana
bojan hodak menukar lapan pemain mereka kecuali shahrizan ismail,
daudsu dan nanthakumar.
Pertukaran ini menyaksikan banyak kesilapan mudah dilakukan oleh pasukan
kelantan yang membenarkan pasukan kedah menguasai perlawanan pada
separuh masa yang kedua.
Kedah membawa pulang satu jaringan yang dijaringkan oleh faizal abu bakar pada minit yang ke-80.
Pada 14 disember skuad bimbingan bojan hodak akan berangkat ke aceh
untuk bersaing dalam piala jemputan gebenor aceh yang akan bermula pada
16 dan 17 disember ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan