Sepuluh penaja bersama syarikat Al-Hamra telah menyatakan persetujuan untuk menaja The Red Warriors pada musim 2013.
Menariknya, penaja yang berminat untuk
menaja skuad Kelantan tersebut terdiri daripada pelbagai syarikat dengan
latar belakang korporat dan produk.
Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, semua perkara berkaitan penajaan
sudah diselesaikan oleh pihak mereka.
Al-Hamra serta penaja-penaja ini akan bergabung bersama untuk mendukung cabaran Sang Kijang pada musim depan.
Alhamdulillah segalanya sudah selesai
dan kita akan melancarkan pengumuman penaja serta jersi dengan gilang
gemilang pada 3 Januari depan, jelasnya lagi.
Berdasarkan sumber , The Red
Warriors akan mendapat penajaan daripada sebuah syarikat telekomunikasi
negara bernilai jutaan ringgit selain pelbagai lagi penajaan dari pihak
individu, barangan keluaran tempatan, syarikat antarabangsa, kedai buku
serta produk IKS.
Semua ini akan diumumkan pada pelancaran
yang akan dilakukan KAFA di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh
yang telah diberitahu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan