Musim baru yang dijangka
lebih mencabar memaksa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) giat
mengadakan perlawanan persiapan pra musim untuk pemain The Red Warriors.
Bermula perlawanan pertama dengan kelab
Australia yang berkesudahan kemenangan besar 3-0, Sang Kijang meneruskan
misi mereka dengan melakukan beberapa perlawanan persahabatan dalam dan
luar negara.
Pada 7 Disember, Kelantan yang telah
mengumpulkan skuad penuh termasuk muka baru akan melawan pasukan Liga
Perdana, Perlis FA di Kota Bharu.
Seminggu kemudian, mereka akan terbang
ke Indonesia untuk aksi jemputan kelab dari tujuh negara merebut Piala
Gabenor Acheh dari 14-20 Disember.
KAFA turut dilaporkan akan mengadakan
perlawanan timbal balik menentang Sriwijaya FC sebelum menentang Sime
Darby pada 29 Disember, juga di Kota Bharu.
Semua perlawanan ini diatur untuk memperkuatkan pasukan.
Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, para pemain digesa menggunakan peluang yang diperoleh ini untuk membentuk keserasian seterusnya mempersiapkan fizikal dan mental untuk mempertahankan kejuaraan pada tahun depan.
sumber:redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan