KOTA BHARU – Maaf, saya tidak mempunyai jawapan mengenai persoalan itu.
Demikian
komen ringkas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi ketika
diajukan soalan mengenai sama ada dia menyimpan hasrat untuk menyarung
jersi Harimau Malaya.
Badhri atau
lebih dikenali sebagai Piya bagaimana pun mengambil pendekatan untuk
tidak memberikan komen lanjut dan menyerahkan kepada mereka berkenaan
untuk menilai sama ada dia layak untuk membarisi skuad negara.
Jika
dilihat jawapan yang diberikan oleh ketua pasukan Kelantan itu, jelas
terdapat seolah-olah satu rahsia yang cuba dipendam tanpa memberikan
sebarang sebab utama mengapa dia berkata demikian.
Namun,
daripada air muka yang ditunjukkan, jauh tersimpan di lubuk hati anak
kelahiran Kampung Atas Paloh, untuk menyarung jersi Harimau Malaya di
pentas antarabangsa.
Bagaimanapun,
impian tersebut tidak kesampaian apabila dia yang mempamerkan aksi
menakjubkan ketika membantu The Red Warriors menjulang tiga piala musim
ini iaitu Liga Super, Piala FA dan Malaysia masih tidak mampu menambat
hati pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.
Tiap
kali senarai pelatih pasukan kebangsaan dikeluarkan, nama Badhri pasti
akan tercicir dan ini membuatkan pemerhati dan peminat tertanya-tanya
apakah kekurangan yang ada pada pemain berkenaan di kaca mata pengendali
berumur 56 tahun itu.
Mempunyai
keupayaan menjadi perancang di bahagian tengah, Badhri juga mampu
melakukan tugasan pada situasi sepakan percuma atau sudut seperti mana
ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim.
Sepanjang
beraksi bersama The Red Warriors sejak 2008, Badhri berjaya menjulang
Kelantan meraih kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia termasuk
Piala Sumbangsih serta memimpin pasukannya melangkah ke suku akhir dalam
saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini sebelum
tumbang di tangan wakil Iraq, Arbil FC.
Kali
pertama dan terakhir Badhri menyarung jersi kebangsaan ketika membantu
skuad yang dibentuk Ong Kim Swee bagi berdepan dengan Chelsea dalam aksi
persahabatan tahun lalu.
Dalam pada
itu, Badhri mengakui dia pernah dipanggil untuk menyertai skuad
kebangsaan pada 2010 tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana belum
memiliki pasport antarabangsa.
Ketika
dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas menjulang kejuaraan Piala
Malaysia 2010 lalu, saya mendapat panggilan dan meminta saya
menyerahkan nombor pasport.
Bagaimanapun,
malangnya saya masih belum ada pasport pada masa itu tambahan saya
dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu pada waktu itu,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan