JUARA
Liga Super musim ini, Kelantan dijangka menghadapi laluan mudah ke
pusingan kedua manakala Selangor terpaksa berdepan dengan saingan getir
pada Kejohanan Piala AFC 2013 yang bermula Mac depan.
Dalam
undian Piala AFC 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, Kelantan
diundi dalam Kumpulan G bersama kelab Ayeyawady dari Myanmar, SHB Da
Nang (Vietnam) dan Maziah Sports & Recreation Club dari Maldives.
Manakala
Selangor, yang melakukan penampilan ketiga dalam kejohanan itu, berada
dalam Kumpulan H bersama juara liga Singapura Tampines Rovers,
Kingfisher East Bengal (India) dan pasukan Saigon Xuan Thanh dari
Vietnam.
Sebanyak 32 pasukan dalam lapan kumpulan akan berentap dalam format round-robin yang bermula 5 Mac hingga 1 Mei depan.
Selepas
pusingan pertama, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara
ke pusingan kedua 16 pasukan dalam format kalah-mati pada 14 dan 15 Mei.
Dalam pada itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak percaya pasukannya akan layak ke pusingan kedua bersama SHB Da Nang.
“Saya
percaya Da Nang dan Kelantan mempunyai apa yang diperlukan untuk
melangkah ke pusingan kedua tetapi saya juga tidak menolak peluang
pasukan Ayeyawady,” katanya seperti dipetik dalam laman web Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.
Hodak kini berada di negaranya, Croatia, di mana beliau sedang mengikuti kursus kejurulatihan UEFA pro diploma.
Jurulatih
berusia 41 tahun itu berkata mereka perlu berhati-hati dengan pasukan
Ayeyawady selepas mereka kalah 1-3 pada perlawanan timbal balik pada
saingan Piala AFC di Myanmar tahun lepas.
“Secara
jujur, saya tidak tahu apa-apa mengenai pasukan Maziah tetapi tiada
pasukan yang calang-calang dalam kejohanan ini,” katanya yang membantu
Kelantan layak ke suku akhir pada tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati serta berwaspada dengan pasukan itu ketika melakukan kunjungan ke Maldvies nanti.
UNDIAN PASUKAN PIALA AFC 2013:
Kumpulan:
AFC Cup 2013 – Group Stage Draw
Group A
Safa (LIB)
Kuwait SC (KUW)
Riffa (BHR)
Kuwait SC (KUW)
Riffa (BHR)
Playoff winner *
* Al Wahda (SYR) face Yemen cup champions with the winner playing Regar TadAZ (TJK)
Group B
Arbil (IRQ)
Al Ansar (LIB)
Fanja (OMN)
Muharraq (BHR)
Al Ansar (LIB)
Fanja (OMN)
Muharraq (BHR)
Group C
Al Faisaly (JOR)
Duhok (IRQ)
Al Shaab Ibb (YEM)
Dhofar (OMN)
Duhok (IRQ)
Al Shaab Ibb (YEM)
Dhofar (OMN)
Group D
Al Qadsia (KUW)
Al Ramtha (JOR)
FC Ravshan (TJK)
Al Shorta (SYR)
Al Ramtha (JOR)
FC Ravshan (TJK)
Al Shorta (SYR)
Group E
Kitchee (HKG)
Singapore Armed Forces FC (SIN)
Semen Padang (INA)
Churchill Brothers (IND)
Singapore Armed Forces FC (SIN)
Semen Padang (INA)
Churchill Brothers (IND)
Group F
Yangon United (MYA)
Sunray Cave JC Sun Hei (HKG)
New Radiant SC (MDV)
Persibo (INA)
Sunray Cave JC Sun Hei (HKG)
New Radiant SC (MDV)
Persibo (INA)
Group G
Kelantan (MAS)
Ayeyawady (MYA)
SHB Da Nang (VIE)
Maziah Sports & Recreation Club (MDV)
Ayeyawady (MYA)
SHB Da Nang (VIE)
Maziah Sports & Recreation Club (MDV)
Group H
Tampines Rovers (SIN)
Selangor (MAS)
Kingfisher East Bengal (IND)
Saigon Xuan Thanh (VIE)
Selangor (MAS)
Kingfisher East Bengal (IND)
Saigon Xuan Thanh (VIE)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan