KOTA
BHARU – Segala persoalan akhirnya terjawab. Bekas penyerang Guinea,
Keita Mandjou sah menjadi penggempur baharu The Red Warriors dalam
saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pemilihan
Mandjou, pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia musim 2005/06 dan
2006/07 sekali gus mengetepikan peluang Dimitrios Pertratos, penyerang
Sydney FC dari Australia untuk didaftarkan beraksi bersama Kelantan
dalam kancah liga tempatan.
Pengurus
merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak berkata, pemilihan pemain berusia
33 tahun itu dilakukan secara teliti termasuk mengambil kira kekuatan
pasukannya bagi meneruskan misi mempertahankan kejuaraan treble pada
musim depan.
“Keita Mandjou mempunyai
pakej yang lengkap sebagai penyerang import berkaliber Kelantan. Saya
berpuas hati dan tiada keraguan memilih beliau sebagai pengganti Mohamad
Ghaddar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Namun
dia perlu bekerja lebih keras. Tiada istilah penumpang dalam pasukan
kerana saya boleh menggantikan Mandjou jika prestasinya tidak memuaskan
pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka awal April nanti.
Menurut
Hodak, Mandjou dan Obinna Nwaneri akan didaftarkan beraksi dalam Liga-M
dan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 sementara
Pertratos serta seorang lagi awang import dari Croatia, Lek Kcira pula
kekal menyarung jersi Kelantan hanya dalam kempen Piala AFC sahaja.
Mengenai
keputusan beliau mengetepikan Pertratos, pemain import yang cukup
diminati dan disebut-sebut bakal mengetuai jentera serangan Kelantan,
Hodak berkata, beliau mempunyai kriteria tersendiri selain turut
mendapatkan pandangan daripada pembantunya sebelum memilih pemain import
terakhir untuk pasukannya.
“Pertratos
seorang penyerang yang bagus, masih muda dan mempunyai masa depan yang
cerah. Dia mungkin sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi anda patut
tahu, saya kena pilih hanya salah seorang daripada mereka.
“Dia
kekal bermain dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.
Selain itu dia juga akan bermain untuk sekurang-kurangnya empat aksi
persahabatan yang akan kita aturkan sepanjang cuti rehat pada Januari
dan Februari nanti,” katanya.
Selain
Kelantan, sebuah lagi pasukan iaitu Selangor turut memuktamadkan empat
awang import mereka iaitu Ramez Dayoub, Francis Forkey Doe, Michal
Kubala dan Peter Chrappan dari Croatia beraksi pada kempen Piala AFC
musim depan, setelah tarikh tutup pendaftaran pemain import oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan