The Red Warriors menerima
khabar gembira apabila syarikat minuman tenaga Redbull bersetuju untuk
menaja pasukan selama setahun bermula musim 2013.
Menurut penasihat Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), syarikat minuman tersebut yang berpangkalan di Eropah
menaja Sang Kijang dengan jumlah yang agak besar.
Justeru itu, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Redbull kerana sudi memberi tajaan kepada Kelantan.
Pada beberapa hari lepas, Annuar turut
mengumumkan pendapatan terkini KAFA melalui penajaan adalah sekali ganda
dari musim lepas.
Sementara itu, sumber terdekat melaporkan ada beberapa lagi penaja besar akan masuk untuk menaja
pasukan pada musim baru tahun depan.
Kehilangan beberapa penaja diganti dengan tajaan lain dan ternyata para penaja ini yakin produk mereka akan mendapat sambutan nanti selepas menaja The Red Warriors.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan