LESEN
Rabu, 27 Februari 2013
Shabery Mahu FAM Pastikan Artikel 88 Tidak Bercanggah Dengan FIFA
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian untuk kebaikan semua pihak
“Kita perlu lihat isu ini, saya bimbang nanti FAM akan mengalami masalah lain yang mungkin parah,” katanya kepada pemberita.
Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin anggota gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut.
Terkini ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang digantung dua tahun enam bulan serta didenda RM39,000 kerana mengkritik badan induk bola sepak tanah air itu.
Tahun lepas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan digantung dua tahun setengah kerana kesalahan sama.
Sebelum ini dua bekas naib presiden FAM iaitu Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil turut dihukum FAM.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery juga menyarankan anggota gabungan FAM agar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung Artikel 88 itu pada mesyuarat agung badan berkenaan.
Mengulas isu lain, Ahmad Shabery meminta semua pasukan negeri meneliti dengan sebaik-baiknya latar belakang calon pemain import sebelum dibawa masuk ke negara ini.
Langkah itu bagi mengelak insiden yang menimpa pasukan Selangor apabila pemain importnya Ramez Dayoub dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Lubnan kerana mengatur perlawanan ketika mewakili negaranya.
“Kalau sudah digantung oleh persatuan di sana, peraturan disiplin itu perlu dipatuhi oleh Selangor. Kita tidak boleh ambil pemain yang telah dikenakan tindakan di negara asal,” katanya.
- See more at: http://www.bolasepak-kelantan.com/berita/shabery-mahu-fam-pastikan-artikel-88-tidak-bercanggah-dengan-fifa/#sthash.kxIFh5Kh.dpuf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan