KOTA BHARU, 13 Februari - Penyerang yang
berasal dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, pada hari ini menandatangi
kontrak untuk bersama pasukan Kelantan musim ini, dengan pilihan untuk
diteruskan untuk musim 2014.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Hj Annuar Musa memaklumkan dalam laman sosial FB beliau,
pengambilan Dickson adalah di antara beberapa perancangan yang diambil
oleh pasukan untuk memantapkan persembahan pasukan yang sedikit hambar
awal musim ini.
Urusan TMS sudah dibuat hari ini bagi
membolehkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dikeluarkan sebelum
Dickson boleh didaftar dalam skuad The Red Warriors untuk AFC atau Liga
Malaysia nanti.
Dickson berada di Kota Bharu meneruskan
latihan bersama pasukan selepas perlawanan persahabatan terakhir
Kelantan, menewaskan Felda United 2-0 baru-baru ini.
"Bojan mempunyai pilihan yg lebih luas
bila Dickson berjaya didaftarkan sama ada utk AFC Cup ataupun Liga M.
Sebelum bulan April insya Allah akan ada lagi langkah tambahan
memperkasa pasukan kita," tambah Tan Sri Hj Annuar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan