Pengurus Harimau ‘Bohong’: Piya
Kota
Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan
pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah
menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah
menerima panggilan.
Mohd Badhri atau
lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil
oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan
persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai
2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.
“Cuma
sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika
perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain
seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya
tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sedia sarung jersi kebangsaan
Sebelum
ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara,
namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu
tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Menurut
Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala
Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa
diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil
pada saat akhir.
“Tiada pemain yang
akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang
sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata
Piya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan