KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 17 Februari 2013

Annuar: Red Warriors Akan Tampil Dengan Senjata Baru



Pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kiri) dan pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (tengah) bersaing mendapatkan bola semalam.

PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar berkata, pihaknya akan muncul dengan “senjata baru.”
“Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII dan Angkatan Tentera Malaysia ialah lima perlawanan yang terpaksa dilalui sebelum TRW diperkasakan.
“Saya berharap pemain akan berusaha sebaik mungkin sebelum TRW akan dibekalkan dengan senjata baru,” katanya.
Menulis di laman sosial Facebook hari ini, kata Annuar, “apa pun jangan panik. Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.”
“Kecatatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya,” tulis Annuar lagi.
Tambah Annuar, “kita sudah ada penyelesaiannya dan sasaran untuk  kekal di tangga keempat terbaik akan kita teruskan.”
“Lagipun, usaha kita tak kenal kecewa atau patah semangat. Ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,” kata beliau lagi.
Semalam, misi Kelantan untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Selangor.
Dengan kekalahan itu, Kelantan kini menduduki tangga kelapan dalam Liga Super. Ia hanya mencatat satu kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah.
Mengulas lanjut kekalahan itu, Annuar berkata, “semalam adalah satu perlawanan yang sangat sukar.”
“Tidak dinafikan Selangor akan lebih kuat di gelanggang sendiri. Bagi saya ini adalah percubaan karakter untuk pemain The Red Warriors (TRW).
“Lagipun pemerkasaan TRW belum sempurna sehinggala 8 April ini. Kita akan merancang dan memperbaiki barisan penyerang dengan tiga bintang baru,” kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Annuar turut meminta semua pihak pengurusan Kelantan bekerjasama untuk memperbaiki dan mengembalikan kembali kegemilangan pasukan Kelantan.
“Saya mahu pengurusan pasukan di perkemas di mana Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan diarah untuk menjadi pengurus pasukan dan di bantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula hanya tertumpu kepada aspek kejurulatihan. “Pembantu jurulatih pula diminta lebih berperanan untuk membantu pemain, memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular