PENGALAMAN
bertemu PKNS dalam aksi pertama Liga Super pada 9 Januari lalu
seharusnya menjadi pengajaran buat Kelantan apabila berentap sekali lagi
dengan pasukan berpangkalan di Lembah Kelang itu pada pusingan kedua
Piala FA, Selasa nanti.
Meski pun
mencatatkan keputusan 2-1, namun skuad kendalian Bojan Hodak bergelut
untuk menang dan terpaksa menunggu dalam minit akhir masa kecederaan
untuk memperoleh gol kemenangan.
Sememangnya
pertemuan Kelantan dengan PKNS setiap kali berlangsung di Kota Bharu
cukup sengit. Malah pada aksi pertemuan Liga Super musim lalu, skuad
bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu unggul mencuri satu mata setelah
memaksa Kelantan seri 1-1 dalam perlawanan tersebut.
RINTANGAN
Setelah
mendapat ‘bye’, Kelantan tampil selaku juara bertahan bakal berdepan
rintangan pertama dengan bertemu PKNS FC dalam pusingan kedua kalah mati
Piala FA ini.
Dalam situasi
sekarang, Kelantan tidak boleh mendabik dada kerana apa-apa sahaja boleh
berlaku. Tiada kelebihan bagi pemain The Red Warriors (TRW) meski pun
beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Malah
keputusan pada aksi pertama Liga Super bulan lalu perlu menjadi asas
buat pemain TRW betapa mereka harus belajar menghormati kemampuan
pasukan berstatus kelab. Bagi Kelantan, perjalanan untuk mempertahankan
kejuaraan piala kali ini harus bermula dengan menyingkirkan PKNS dalam
pusingan kedua ini.
SENYAP
Kelantan
silap jika menganggap pasukan PKNS mudah ditewaskan. Pasukan yang
terkenal dengan jolokan ‘Semut Merah’ itu membuktikan mereka boleh
menjadi pembunuh senyap jika dipandang rendah pasukan lawan.
Ini
dibuktikan apabila mereka berjaya menyingkirkan cabaran Lions XII 1-0
dalam pusingan pertama lalu. Tanpa barisan bertaraf bintang dan hanya
mempertaruhkan ramai pemain muda, mereka membuktikan kemenangan tersebut
bukanlah nasib semata-mata.
Jika
keputusan semasa dalam aksi Liga Super dijadikan panduan, PKNS FC mampu
meranapkan impian Kelantan memandangkan kelab tersebut sejak akhir-akhir
ini sudah menampakkan peningkatan prestasi mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan