KOTA BHARU – Impian juara Liga Perdana
Indonesia Semen Padang untuk menjinakkan jagoan Liga Super, Kelantan
tidak kesampaian apabila 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di
Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Beraksi di hadapan 7,000 penyokong
setia, Kelantan menggunakan perlawanan itu dengan menguji dua tonggak
import iaitu Salim Arrache dari Perancis dan Dickson Nwakaewe dari
Nigeria.
Kelantan, yang turun tanpa beberapa
tonggak utama terlebih dahulu menguji benteng pelawat pada minit ke-11
menerusi rembatan pemain import jemputan Arrache, namun melewati palang
gol.
Pasukan tuan rumah dikejutkan oleh
jaringan pelawat menerusi Nur Iskandar pada minit ke-29, yang menghukum
kealpaan benteng pertahanan Kelantan.
Usaha tuan rumah untuk mendapatkan
jaringan penyamaan tidak berhasil apabila jentera serangan yang diketuai
Keita Mandjou gagal menemui sentuhan penyudah, menyaksikan keputusan
kekal sehingga berakhir babak pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan membuat
dua pertukaran dengan mengeluarkan Arrache dan Mohd. Izuan Solahuddin
dan digantikan Indra Putra Mahyuddin serta Mohd. Faiz Subri.
Aksi longlai Mandjou memaksa pengendali
Red Warriors, Bojan Hodak mengeluarkan pemain tersebut dan digantikan
oleh Nwakaewe pada minit ke-57.
Usaha tuan rumah untuk memburu gol
penyamaan akhirnya berhasil pada minit ke-60 menerusi seorang lagi
tonggak importnya Dimitrios Petratos, apabila rembatan padu pemain itu
gagal diselamatkan oleh Jandia Eka Petra di gawang gol Semen Padang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan