LESEN
Rabu, 27 Februari 2013
Shabery Mahu FAM Pastikan Artikel 88 Tidak Bercanggah Dengan FIFA
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian untuk kebaikan semua pihak
“Kita perlu lihat isu ini, saya bimbang nanti FAM akan mengalami masalah lain yang mungkin parah,” katanya kepada pemberita.
Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin anggota gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut.
Terkini ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang digantung dua tahun enam bulan serta didenda RM39,000 kerana mengkritik badan induk bola sepak tanah air itu.
Tahun lepas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan digantung dua tahun setengah kerana kesalahan sama.
Sebelum ini dua bekas naib presiden FAM iaitu Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil turut dihukum FAM.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery juga menyarankan anggota gabungan FAM agar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung Artikel 88 itu pada mesyuarat agung badan berkenaan.
Mengulas isu lain, Ahmad Shabery meminta semua pasukan negeri meneliti dengan sebaik-baiknya latar belakang calon pemain import sebelum dibawa masuk ke negara ini.
Langkah itu bagi mengelak insiden yang menimpa pasukan Selangor apabila pemain importnya Ramez Dayoub dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Lubnan kerana mengatur perlawanan ketika mewakili negaranya.
“Kalau sudah digantung oleh persatuan di sana, peraturan disiplin itu perlu dipatuhi oleh Selangor. Kita tidak boleh ambil pemain yang telah dikenakan tindakan di negara asal,” katanya.
- See more at: http://www.bolasepak-kelantan.com/berita/shabery-mahu-fam-pastikan-artikel-88-tidak-bercanggah-dengan-fifa/#sthash.kxIFh5Kh.dpuf
Gugurkan pemain, serah kepada Kafa
KEMASUKAN penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bersama Kelantan disambut baik penyokong The Red Warriors.
Dibelenggu ketandusan di jentera serangan, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), Mohd Khairi Yazid berkata, kehadiran Fakri sebagai penyerang berpengalaman diharap tidak menghampakan penyokong.
Soal siapa perlu digugurkan dari skuad itu selepas kemasukan Fakri, pihaknya tetap menyokong apa jua keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), namun berharap ia memberi impak positif kepada pasukan.
“Kami percaya jurulatih Bojan Hodak akan mengambil langkah terbaik. Mereka (pengurusan) lebih tahu kelebihan dan kekurangan pemain. Cuma kami mengharapkan percaturan terbaik dan Kelantan terus memberikan saingan sengit dalam setiap perlawanan,” katanya.
Isnin, 25 Februari 2013
PENYERANG KEBANGSAAN SAH MILIK THE RED WARRIORS
Fakri Saarani akan mula mewakili pasukan pada April ini apabila pendaftaran pemain kembali dibuka.
Fakri Saarani yang juga dilahirkan di Kelantan pernah menyarung jersi pasukan Negeri Sembilan, Felda dan Perlis.
Selamat Datang kepada Fakri Saarani.Semoga Maju Jaya
Perit Jumpa PKNS
PENGALAMAN
bertemu PKNS dalam aksi pertama Liga Super pada 9 Januari lalu
seharusnya menjadi pengajaran buat Kelantan apabila berentap sekali lagi
dengan pasukan berpangkalan di Lembah Kelang itu pada pusingan kedua
Piala FA, Selasa nanti.
Meski pun
mencatatkan keputusan 2-1, namun skuad kendalian Bojan Hodak bergelut
untuk menang dan terpaksa menunggu dalam minit akhir masa kecederaan
untuk memperoleh gol kemenangan.
Sememangnya
pertemuan Kelantan dengan PKNS setiap kali berlangsung di Kota Bharu
cukup sengit. Malah pada aksi pertemuan Liga Super musim lalu, skuad
bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu unggul mencuri satu mata setelah
memaksa Kelantan seri 1-1 dalam perlawanan tersebut.
RINTANGAN
Setelah
mendapat ‘bye’, Kelantan tampil selaku juara bertahan bakal berdepan
rintangan pertama dengan bertemu PKNS FC dalam pusingan kedua kalah mati
Piala FA ini.
Dalam situasi
sekarang, Kelantan tidak boleh mendabik dada kerana apa-apa sahaja boleh
berlaku. Tiada kelebihan bagi pemain The Red Warriors (TRW) meski pun
beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Malah
keputusan pada aksi pertama Liga Super bulan lalu perlu menjadi asas
buat pemain TRW betapa mereka harus belajar menghormati kemampuan
pasukan berstatus kelab. Bagi Kelantan, perjalanan untuk mempertahankan
kejuaraan piala kali ini harus bermula dengan menyingkirkan PKNS dalam
pusingan kedua ini.
SENYAP
Kelantan
silap jika menganggap pasukan PKNS mudah ditewaskan. Pasukan yang
terkenal dengan jolokan ‘Semut Merah’ itu membuktikan mereka boleh
menjadi pembunuh senyap jika dipandang rendah pasukan lawan.
Ini
dibuktikan apabila mereka berjaya menyingkirkan cabaran Lions XII 1-0
dalam pusingan pertama lalu. Tanpa barisan bertaraf bintang dan hanya
mempertaruhkan ramai pemain muda, mereka membuktikan kemenangan tersebut
bukanlah nasib semata-mata.
Jika
keputusan semasa dalam aksi Liga Super dijadikan panduan, PKNS FC mampu
meranapkan impian Kelantan memandangkan kelab tersebut sejak akhir-akhir
ini sudah menampakkan peningkatan prestasi mereka.
Kelab Penyokong ATM Kumpul Derma Bantu KAFA
BIARPUN
menjadi penyokong setia pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), namun atas dasar keprihatinan, bantuan dihulur tanpa mengira
batas sempadan.
Bukti keprihatinan
itu ditunjukkan oleh Kelab Penyokong ATM bersama gabungan Kelab-kelab
Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) dalam membantu Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa) membayar denda RM62,500 yang dikenakan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengerusi
Kelab Penyokong ATM, Mohd Asri Ismail berkata, sifat tanggungjawab
dalam diri membuatkan mereka membuat keputusan untuk melancarkan kempen
kutipan lima sen untuk FAM bagi meringankan beban Kafa.
“Sebenarnya, objektif utama kutipan ini dibuat kerana ingin mengeratkan hubungan antara semua penyokong pasukan masing-masing.
“Kami
mahukan kerjasama semua penyokong dan saling membantu antara satu sama
lain dalam menghadapi apa jua masalah,” katanya kepada Sinar Harian
Online, hari ini.
FAM sebelum ini
mendenda Kafa RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan
keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.
Sambil
menyifatkan FAM tidak tulus, Asri mahu kesemua penyokong bersatu hati
membuka mata badan induk bola sepak negara itu agar melihat tindakan
mendenda tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus menyokong
pasukan masing-masing.
“Kami mahu
buktikan kepada FAM bahawa kami bukan penonton yang hanya suka membuat
masalah di stadium, tetapi juga peminat yang akan bertanggungjawab
dengan apa yang berlaku.
“Kami tidak
akan lepas tangan, disebabkan itu, kami dan bersama gabungan penyokong
lain melancarkan kutipan lima sen ini untuk membantu dan meringankan
beban Kafa,” ujarnya.
Kutipan lima
sen FAM yang berlangsung seminggu bermula kelmarin diadakan di seluruh
negeri. Antara pihak yang terlibat ialah kelab penyokong Perak, Negeri
Sembilan, Johor dan sebagainya.
Hari
ini kelab penyokong bola sepak ATM dan Kelantan telah bersama-sama
mengutip derma di depan masjid Kampung Baru Kuala Lumpur pada sebelah
pagi sementara di sebelah petangnya pula telah diadakan di pekarangan
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Mengulas
lanjut, Asri berkata, beliau yakin dengan tempoh masa selama seminggu,
kutipan lima sen yang dikutip akan mencukupi untuk membantu Kafa
membayar denda.
“Setakat ini saya
melihat sambutan amat memuaskan, maklum balas daripada semua penyokong
juga positif, dan saya gembira melihat semua penyokong bersatu hati,”
jelasnya yang akan turut membantu Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis,
Datuk Seri Shahidan Kassim di atas denda yang dikenakan oleh FAM
sekiranya mempunyai hasil lebihan daripada kutipan tersebut.
Sementara
itu, Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (Gempita),
Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika dihubungi berkata, kempen ini hasil
usaha kelab penyokong yang mahu menyatakan tanda sokongan kepada Tan
Sri Annuar Musa di atas sumbangan beliau dalam industri bola sepak
Kelantan.
“Sebenarnya, ini kutipan kedua yang dilakukan oleh penyokong Kelantan kepada Kafa.
“Kesalahan
ini datang daripada penyokong sendiri, jadi memang wajar sekiranya kami
turut membantu untuk mengurangkan beban persatuan itu.
“Dan
kami berharap kutipan ini akan dapat membantu Kafa menyelesaikan denda
tanpa mengeluarkan duit persatuan,” katanya yang menolak dakwaan
mengatakan mereka mahu menyindir FAM dengan melakukan kutipan itu.
“Kami
tak sindir mana-mana pihak, niat kami baik iaitu untuk menunjukkan
tanda sokongan kepada Annuar dan saling bertanggungjawab atas kesalahan
yang dibuat penyokong,” ujarnya.
Ahad, 24 Februari 2013
Kelantan Intai Ahmad Fakri?
Pemain
kebangsaan yang kini beraksi di Portugal, Ahmad Fakri Saarani
dikhabarkan sedang diintai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk
memperkuatkan pasukan juara treble itu mengharungi saingan Liga Malaysia
(Liga-M) musim ini.
Ahmad Fakri yang
kini beraksi bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam
Divisyen Tiga Portugal dikatakan berada dalam pemerhatian pihak
pengurusan tertinggi Kafa untuk didaftarkan beraksi bersama The Red
Warriors (TRW) tidak lama lagi.
Sumber
dalaman Kafa memberitahu, nama Ahmad Fakri memang berada dalam
perancangan untuk dibawa masuk menyertai kem Kelantan apabila jendela
pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga 22 April ini.
“Namun
segala-galanya bergantung pada rundingan antara pihak Kafa dengan wakil
pemain berkenaan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana
perbincangan tersebut melibatkan individu-individu tertentu sahaja,”
katanya.
Malah kelibat Pengurus
Peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah bersama ejen pemain Portugal yang
berpangkalan di Singapura, Marco Guimaraes di Stadium Sultan Muhammad
IV, malam kelmarin bagi menyaksikan pertemuan Kelantan menentang
Terengganu memperkukuhkan lagi mengenai usaha Kelantan untuk mengikat
pemain itu.
Difahamkan, Guimaraes
mengadakan perbincangan tertutup dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar
Musa di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke ibu negara, semalam.
Untuk
rekod, saingan Divisyen Tiga Portugal akan berakhir, Mac sebelum musim
baru bermula, Ogos nanti. Dan Ahmad Fakri dikatakan berminat kembali
beraksi dalam liga negara setelah tidak terbabit perlawanan kompetitif
bersama Atletico SC bagi tempoh yang panjang.
Rabu, 20 Februari 2013
KEITA MANDJOU WIRA KELANTAN TEWASKAN TERENGGANU
Pemain import, Keita Mandjou muncul wira selepas berjaya menjaringkan 2 gol menerusi tandukan dan sepakan kencang untuk menghampakan pasukan pelawat yang mahu mencari sekurang kurangnya keputusan seri
Selepas ini Kelantan bakal bertemu Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 23 Februari 2013.
Video Gol Keita Mandjou dari Mzdin
Pengurus Harimau ‘Bohong’: Piya
Kota
Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan
pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah
menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah
menerima panggilan.
Mohd Badhri atau
lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil
oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan
persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai
2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.
“Cuma
sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika
perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain
seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya
tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sedia sarung jersi kebangsaan
Sebelum
ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara,
namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu
tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Menurut
Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala
Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa
diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil
pada saat akhir.
“Tiada pemain yang
akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang
sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata
Piya.
Ahad, 17 Februari 2013
KAFA Panggil Azman Kembali Jadi Pengurus Pasukan
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) membuat kejutan apabila memanggil semula bekas pengurus
musim lalu Azman Ibrahim yang juga Setiausaha Agung persatuan untuk
bersama-sama pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia yang
sedang berlangsung.
Keputusan memanggil semula Azman ke pangkuan The Red Warriors
diumumkan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial facebook
miliknya, sejurus tamat pertemuan antara Kelantan dengan Selangor
kelmarin.Annuar berkata, jawatan pengurus yang sebelum ini disandang oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak akan dipegang semula oleh Azman.
“Saya mahu pengurusan pasukan dan Setiausaha Agung, Azman diarah untuk menjadi pengurus dan dibantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula akan menumpukan aspek kejurulatihan.
“Sementara itu, penolong jurulatih diminta lebih berperanan membantu pemain memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik.
“Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.
“Kecacatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya. Kita sudah ada penyelesaiannya,” katanya.
Sebelum ini, Azman yang lapan tahun menggalas tanggungjawab mengurus pasukan Kelantan mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja bermulanya saingan Liga Malaysia 2013.
Dia memilih untuk melepaskan jawatan tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang sebelum ini tertangguh termasukperniagaan.
Analisis Liga Super 2013: Selangor lwn Kelantan
Bismillahirahmanirahim
Lama dah x menulis rasanya. Selepas
berehat agak lama, janji kebangkitan diterjemahkan kepada kedefeatan
0-2. Bukan nak marah tapi kecewa!
Menyentuh berkenaan taktikal, saya
nampak perlawanan malam ini adalah mirip dengan perlawanan TRW vs ATM
pada perlawanan pembuka tirai. Kalau admin boleh link dengan analisis
TRW vs ATM lagi bagus. Penguasaan lawan ke atas flank dan opponent
avoidance to engage secara intensif di kawasan tengah. Semua orang tahu
(kecuali ???), TRW mempunyai kombinasi pemain tengah terbaik ketika ini.
Jadi TRG menggunakan flank sebaiknya untuk mencipta 2 gol awal.
Idea asal Bojan meletakkan Daudsu dan
Nik Sharul sebagai fullback mungkin bertujuan untuk membuat attacking
duties. Namun keberkesan lawan menguasai flank menyebabkan jentera
pertahanan TRW tidak boleh absorb. Adakah hantaran lintang lawan
benar-benar mantap atau pemain lawan kita off position dan x challenge.
Nik sangat baik apabila berganding di tengah bersama Obinna. Adakah
sehingga perlawanan ini, pemilihan posisi masih lagi menjadi ujian dan
perjudian?
Kemasukan Piya dan KM membawa sedikit
nafas. Namun sudah terlewat. KM pada pandangan saya sudah mencuba
sehabis daya dia, namun abiliti dan prestasi yang dipamerkan tidak
mencukupi untuk membantu sesuai dengan status beliau sebagai pemain
import.
Saya paling suka scene bila Piya dililit
“Band Captain” oleh Indra, seolah-olah ada aura tersendiri. Tidak
sampai 10 minit beliau di atas padang tidak kurang 10 hantaran tepat
yang berkualiti dicipta beliau. Ia bukan sahaja soal Piya mencipta
lorongan. Semua orang tahu Piya berkemampuan membuat killer pass pada
ruang yg sempit, sudut yg sukar… Ia soal kesediaan rakan-rakan
seperjuangan menerima hantaran beliau. Keserasian memang wujud, cuma
ketumpulan jentera serangan sahaja.
Jentera serangan, x perlu diulas dah…
Kita perlu Goal Machine ketika ini! Dalam musim-musim yang lepas, saya
tidak pernah runsing kalau TRW bolos 2-0 1st half, kerana kita tahu
enjin diesel lambat panas…Peluang untuk menang sentiasa ada. Sekarang
setelah ketinggalan 2-0, kita hanya mengharapkan magik. Bagaimana kita
nak sustain hingga ke pertengahan musim sementara menunggu tingkap
perpindahan dibuka?
Berikut adalah kelemahan ketara pada taktikal permainan:
1. Skill – skill bukanlah suatu perkara
yang boleh digilap sekelip mata. Jadi, bagaimana kita ingin menyesuaikan
skill player yang sedia ada dengan tactical playing yang hendak dibuat.
Perkara ini yang saya percaya memang menggeletek minda BH. Objektif tim
adalah mencipta gol dan menang.
2. Passing – Sebelum kemasukan Piya,
kita cuba bermain direct pass tetapi gagal kerana kita tidak dapat maju
serentak ke atas kerana ancaman permainan laju dan counter attack
melalui flank. Sepatutnya kita bermain short pass to space. Banyak kali
saya sebut berkenaan ini. Pada ketika ini, hanya ini sahaja yang kita
mampu dengan pilihan pemain yang ada. Setiap kali mana2 pemain memegang
bola, paling kurang 3 orang pemain perlu berlari membuka ruang dan
memberi opsyen untuk passing atau bersedia menerima bola.
3. Penguasaan tengah – Ini kekuatan kita
dan kita perlu manfaatkan sebaiknya. Kita bukan Warrior yang bermain
dengan ultra defensive dan prepare untuk counter attack. Sesuatu harus
difikirkan supaya kita bermain dengan gaya permaianan dengan semua
pemain berpeluang mencipta gol terutamanya midfield.
4. Taktik – Dari segi taktikal
sebenarnya kita ketinggalan. Bukan TRW sahaja, bahkan keseluruhan liga
kita. Selaju-laju tempo game malam tadi yang kita nampak laju,
sebenarnya ia adalah perlahan pada peringkat global. Objektif kita bukan
sahaja liga tempatan, kita juga mengejar AFC. Pengurusan KAFA kene
selalu update berkenaan hal
ini. Semakin hari saya melihat gaya permaianan kita semakin tidak bersistem. Seolah-olah kita masuk ke padang dan try for luck.
5. Winger – Winger menjadi Decisive
Factor kepada penciptaan peluang, attacking duties dan support defensive
duties. Sehingga kini, kita tiada winger yang benar-benar mantap. Maaf
menyentuh faktor umur, Farhan dan Indra hebat musim dulu, namun sudah
berumur. Siapa pemain ketika latihan yang mampu mencabar posisi mereka
dalam pemilihan kesebelasan utama. Ketiadaan cabaran dalam latihan dan
pemilihan akan menyebabkan performance tidak progresif, lack of
development. Kita ada pemain muda, namun dipercayai belum sampai masa
untuk menjadi kesebelasan utama.
Dengan prestasi yang ditunjukkan
sekarang, percaturan yang streotype, taktik dan taktikal yang mudah
dibaca menjadikan saya ketiadaan idea untuk menulis. TRW bukan bergelut
untuk berada dalam kelompok 5 terbaik, TRW sekarang bergelut untuk
sustain agar tidak terperosok ke bawah liga. Tidak mustahil selepas ini
saya berhenti. Bukan kerana kecewa, tetapi kerana ketiadaan idea.
Eloklah dibaca semula semua analis sebelum ini terutamanya SWOT
analysis.
Sebagai sisipan, saya quote ulasan lepas;
“Ketinggalan Mata – Sedar atau tidak
kita sudah mengharungi 4 perlawanan dari 22. TRW sudah menghampiri 20%
game dan cuma mengumpul 5 mata dari maksima 12. Jika diperhatikan dari
rekod 2010 – 2012 juara liga mengumpulkan sekurang-kuran 77% daripada
total mata maksimum. Musim 2013 mata maksimum 66. Untuk juara harus
mengumpul lebih kurang 51 mata.Dengan berbaki 18 game, TRW harus menang
sekurang 13 dan bakinya seri…tanpa kalah. Saya cuba untuk realistik,
mampu ker?”
Macam mana jadinya ayat di atas selepas dari game ini?
Sekian pemerhatian saya sebagai seorang
penyokong dan peminat TRW. Sesuatu haruslah dilakukan secara berani dan
drastik. Semua pandangan di atas adalah dari kaca mata saya tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Wassalam.
Annuar: Red Warriors Akan Tampil Dengan Senjata Baru
PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan
(Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun
tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah
Alam, malam tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran
yang perlu dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar
berkata, pihaknya akan muncul dengan “senjata baru.”
“Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII
dan Angkatan Tentera Malaysia ialah lima perlawanan yang terpaksa
dilalui sebelum TRW diperkasakan.
“Saya berharap pemain akan berusaha sebaik mungkin sebelum TRW akan dibekalkan dengan senjata baru,” katanya.
Menulis di laman sosial Facebook hari
ini, kata Annuar, “apa pun jangan panik. Di saat sukar begini kita akan
bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.”
“Kecatatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya,” tulis Annuar lagi.
Tambah Annuar, “kita sudah ada penyelesaiannya dan sasaran untuk kekal di tangga keempat terbaik akan kita teruskan.”
“Lagipun, usaha kita tak kenal kecewa
atau patah semangat. Ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya,” kata beliau lagi.
Semalam, misi Kelantan untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Selangor.
Dengan kekalahan itu, Kelantan kini
menduduki tangga kelapan dalam Liga Super. Ia hanya mencatat satu
kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah.
Mengulas lanjut kekalahan itu, Annuar berkata, “semalam adalah satu perlawanan yang sangat sukar.”
“Tidak dinafikan Selangor akan lebih
kuat di gelanggang sendiri. Bagi saya ini adalah percubaan karakter
untuk pemain The Red Warriors (TRW).
“Lagipun pemerkasaan TRW belum sempurna
sehinggala 8 April ini. Kita akan merancang dan memperbaiki barisan
penyerang dengan tiga bintang baru,” kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Annuar turut
meminta semua pihak pengurusan Kelantan bekerjasama untuk memperbaiki
dan mengembalikan kembali kegemilangan pasukan Kelantan.
“Saya mahu pengurusan pasukan di
perkemas di mana Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan diarah untuk
menjadi pengurus pasukan dan di bantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula hanya tertumpu
kepada aspek kejurulatihan. “Pembantu jurulatih pula diminta lebih
berperanan untuk membantu pemain, memahami dan berkomunikasi dengan
lebih baik,” katanya.
Khamis, 14 Februari 2013
Dickson sertai The Red Warriors
KOTA BHARU, 13 Februari - Penyerang yang
berasal dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, pada hari ini menandatangi
kontrak untuk bersama pasukan Kelantan musim ini, dengan pilihan untuk
diteruskan untuk musim 2014.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Hj Annuar Musa memaklumkan dalam laman sosial FB beliau,
pengambilan Dickson adalah di antara beberapa perancangan yang diambil
oleh pasukan untuk memantapkan persembahan pasukan yang sedikit hambar
awal musim ini.
Urusan TMS sudah dibuat hari ini bagi
membolehkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dikeluarkan sebelum
Dickson boleh didaftar dalam skuad The Red Warriors untuk AFC atau Liga
Malaysia nanti.
Dickson berada di Kota Bharu meneruskan
latihan bersama pasukan selepas perlawanan persahabatan terakhir
Kelantan, menewaskan Felda United 2-0 baru-baru ini.
"Bojan mempunyai pilihan yg lebih luas
bila Dickson berjaya didaftarkan sama ada utk AFC Cup ataupun Liga M.
Sebelum bulan April insya Allah akan ada lagi langkah tambahan
memperkasa pasukan kita," tambah Tan Sri Hj Annuar.
Liga Super - The Red Warriors bertolak ke Shah Alam hari ini
KOTA BHARU, 14 Februari - Pasukan The
Red Warriors memulakan perjalanan ke Shah Alam hari ini untuk perlawanan
Liga Super ke 6, menentang pasukan Selangor di Stadium Shah Alam.
Pada jam 9 pagi ini, semua pegawai dan
pemain berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
untuk menaiki pesawat ke LCCT KLIA pada jam 9.55 pagi. Sejurus tiba,
pasukan akan terus ke hotel penginapan di Seksyen 9, Shah Alam.
Sesi latihan petang ini dijangka akan
diadakan seperti biasa. Untuk perlawanan di Shah Alam, Kelantan pada
kebiasaannya akan menggunakan sama ada padang bola sepak PLUS atau
padang di Wisma FAM.
Beberapa kumpulan rombongan penyokong pula dijangka bertolak ke Shah Alam dari Kota Bharu lewat malam nanti.
Pertemuan Selangor dan Kelantan akan
berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam esok, dan akan
disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801
1,200 Polis Kawal Stadium
Petaling Jaya: Seramai 1,200 anggota
polis akan ditempatkan di luar dan dalam Stadium Shah Alam, bagi
mengawal keselamatan penyokong ketika pertembungan yang dijangka panas
antara Selangor dan Kelantan pada aksi Liga Super, malam esok.
Langkah itu juga diambil untuk mencegah daripada tercetus sebarang kejadian tidak diingini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak
Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata untuk perlawanan
berprofil tinggi seperti ini, kawalan keselamatan disediakan sama
seperti perlawanan akhir.
Di atas padang pula, kami sudah beri
amaran kepada pemain dan pegawai supaya menjaga tingkah laku mereka,
katanya ketika ditemui di Wisma FAS, Kelana Jaya, semalam.
Kelantan agak hambar
Mengenai peluang Selangor, beliau
berkata, semangat membara selepas menewaskan Sabah 3-0 di Kota Kinabalu,
petang kelmarin untuk muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala
FA perlu diteruskan skuad The Red Giants.
Beliau berkata, tiga mata penuh perlu
diraih barisan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang kini
berada di tangga ketiga kerana Kelantan belum menemui rentak sebenar
apabila sekadar menghuni tangga ketujuh liga.
Kelantan nampak bermula agak hambar musim ini apabila hanya menang sekali selepas lima perlawanan tetapi sudah tentu mereka mahu bangkit semula apabila saingan kembali bersambung minggu ini.
Kelantan nampak bermula agak hambar musim ini apabila hanya menang sekali selepas lima perlawanan tetapi sudah tentu mereka mahu bangkit semula apabila saingan kembali bersambung minggu ini.
Kekal kelompok teratas
Cuma bagi saya, Selangor sendiri tiada
pilihan lain kecuali meraih tiga mata penuh ke atas Kelantan kerana kami
beraksi di laman sendiri di samping perlu memanfaatkan sepenuhnya
keadaan Kelantan yang bermula agak perlahan musim ini.
Saya mahu pemain tidak melepaskan peluang ini kerana kami perlu menjarakkan jurang mata untuk kekal di kelompok teratas liga.
Teruskan momentum dan moral tinggi selepas berjaya menewaskan Sabah 3-0, katanya.
Tiket perlawanan RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak akan dijual di kaunter stadium bermula jam 9 pagi esok.
Selasa, 12 Februari 2013
Red Warriors Intai Aristide Bance
EKORAN prestasi hambar jentera serangan
The Red Warriors (TRW), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus
mengorak langkah memburu seorang lagi penyerang import berprofil tinggi
bagi pasukannya.
Terbaharu, penyerang kebangsaan Burkina
Faso, Aristide Bance disebut-sebut berada dalam radar Kelantan bagi
memperkuatkan pasukan juara tiga piala itu mengharungi baki saingan Liga
Malaysia (Liga-M) musim ini.
Ini perkukuhkan lagi menerusi kenyataan
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, yang membayangkan kesediaan beliau
mendapatkan seorang lagi penyerang import daripada benua Afrika apabila
jendela pendaftaran pemain dibuka awal April nanti.
“Pemain ini masih mempunyai kontrak
bermain dengan sebuah kelab. Saya baru mendapat laporan daripada
‘scouting’ dua hari lalu dan rundingan awal juga sudah pun dilakukan.
Jika ini menjadi kenyataan, kita akan susun semula pemain import yang
akan bermain untuk Liga-M dan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Malah sumber dalaman Kafa turut
mendedahkan nama penyerang yang berketinggian 1.93 meter itu turut
dibincangkan dalam satu mesyuarat tertutup pihak pengurusan Kafa di Kota
Bharu, baru-baru ini.
“Kita masih belum membuat keputusan
mengenai Aristide Bance kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi jika
mahu membawa pemain ini ke Kelantan. Yang pasti namanya disebut dalam
mesyuarat tersebut,” katanya.
Annuar sebelum ini menerusi laman
sosialnya pernah menyatakan minat terhadap pemain kebangsaan Togo,
Moustapha Salifou, 29 yang kini menyarung jersi Saarbrucken yang beraksi
dalam Divisyen Tiga Jerman.
Bance dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast
sebelum berhijrah ke Burkina Faso dan abang iparnya juga merupakan
pemain bola sepak profesional, Aruna Dindane. Beliau pernah mewakili
kelab Al-Ahli Dubai dan FSV Mainz 05 (Jerman) antara tahun 2008 hingga
2010 dan beraksi sebanyak 72 perlawanan.
Beliau baharu sahaja menamatkan tugasan
bersama Burkina Faso dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Negara Afrika 2013
yang menyaksikan negaranya muncul naib juara setelah tewas 0-1 kepada
Nigeria dalam perlawanan akhir, pagi semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu kini beraksi
dengan kelab FC Augsburg dalam Bundesliga, Jerman dan difahamkan
mengikat kontrak selama dua tahun sehingga 30 Jun 2015 dengan bayaran
RM2.6juta.
Annuar Tuntut Aksi Senior
KOTA BHARU – The Red Warriors tidak akan
menyerahkan mahkota Liga Super dengan mudah kepada pasukan lain apatah
lagi mahu menyerah kalah terlalu awal biarpun menerima hakikat
persembahan mereka hambar pada permulaan musim ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, persediaan awal musim yang tidak
lengkap menjadi punca kemerosotan pasukannya.
Namun, beliau percaya pemain yang ada sekarang adalah pejuang yang mampu menaikkan kembali pasukan itu ke puncak liga.
Sehubungan itu, beliau menyeru setiap
pemain supaya menunjukkan semangat melawan dan berpasukan yang tinggi
dalam pertemuan menentang Selangor, Jumaat ini.
“Kita kena akui masih belum dapat atasi
masalah teknikal, soal taktikal tidak apa sebab ia adalah percaturan
jurulatih jadi bila bertemu Selangor memang ada masalah teknikal.
“Jadi untuk atasi kelemahan ini, pemain
kita kena sedar kita ada kekurangan yang harus ditampung iaitu semangat
melawan dan semangat sepasukan kita mesti melebihi segalanya,” katanya
di sini, semalam.
Kelantan selaku juara treble
musim lalu kini berada di tangga ke tujuh carta liga selepas hanya mampu
menang sekali dalam lima perlawanan pertama menyebabkan tercicir enam
mata daripada pendahulu, Pahang.
Kehilangan dua tonggak musim lalu,
Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamad Ghaddar ternyata memberi penangan
kepada jentera serangan pasukan yang hanya mampu menjaringkan tiga gol
setakat ini.
Kehadiran pemain import berpengalaman,
Keita Manjou ke dalam pasukan sehingga kini masih belum membuahkan hasil
dan pemain itu sendiri bergelut dengan masalah kecederaan.
Sementara itu, Annuar menagih khidmat
semua pemain senior dalam pasukannya supaya menunjukkan contoh yang
lebih baik dalam perlawanan dan meningkatkan lagi prestasi
masing-masing.
‘Masalah pasukan kami ada banyak pemain
senior jadi bila dia rasa OK dia masih relaks. Main secara relaks ini
yang jadi masalah tidak boleh menjaringkan gol.
“Kita tengok bila lawan Johor Darul
Takzim kita main tahap tinggi, bila lawan Felda United tahap lain jadi
kenapa berubah-ubah. Kita perlu sentiasa bekerja keras sepanjang masa,”
tegas beliau.
Ahad, 10 Februari 2013
Aristide Bance: Sasaran Terbaru TRW?
Tarikh Lahir : 19 September 1984
Umur : 28 tahun
Tinggi : 1.93m
Kelab sekarang : FC Augsburg (Bundesliga)
Warganegara : Burkina Faso
Sabtu, 9 Februari 2013
Nwakaeme, Salim memukau
penyokong The Red Warriors (TRW).
Yang nyata persembahan dua pemain import baharu yang sedang diuji, Nwakaeme dan Salim Arrache dari Perancis tidak mengecewakan ketika juara tiga piala musim lalu, Kelantan terikat seri 1-1 dengan juara Liga Premier Indonesia (IPL) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Kota Bharu minggu lalu.
Meski pun hanya beraksi selama 30 minit dalam perlawanan tersebut, namun aksi bertenaga Nwakaeme selain kelincahan beliau memperdayakan dua pemain pertahanan lawan sebanyak dua kali membuktikan pemain berusia 27 tahun ini mampu menjadi penggempur berbisa TRW.
Dalam pada itu, penampilan Salim selama 45 minit selaku pemain sayap kiri juga turut cemerlang apabila beliau mempunyai kebolehan melakukan hantaran tepat kepada rakan selain mampu mencipta gerakan berbahaya menerusi posisi tersebut.
TERPILIH
Jika diberi pilihan antara Kieta Mandjou atau Nwakaeme, rata-rata peminat mahukan penyerang yang pernah beraksi dengan Song Lam Nghe An FC itu didaftarkan selaku pemain import baharu dalam saingan Liga Super ketika jendela pendaftaran kedua pemain dibuka bermula 8 hingga 22 April nanti.
Itu persoalan menarik di kem Kelantan. Namun pengendali pasukan, Bojan Hodak masih mempunyai masa dua bulan sebelum memuktamadkan keputusan. Malah, nama Dimitrios Pertratos yang kini ‘berguru’ bersama Blackburn Rovers tidak boleh diketepikan untuk tersenarai beraksi dalam liga domestik.
Begitu pun, jika dibuat perbandingan, posisi penyerang yang disifatkan bermasalah buat Kelantan pada musim ini hanya menjadi rebutan antara Mandjou dan Nwakaeme memandangkan Pertratos sebenarnya beraksi di bahagian sayap.
MUNGKIN
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Rozamri Mohd Ali berkata, pemilihan Nwakaeme mungkin menjadi jawapan kepada kemelut jentera serangan Kelantan yang tumpul dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Nada sama disuarakan Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mahizi Mahmood yang menyifatkan Nwakaeme dilihat calon pilihan menggantikan Mandjou memandangkan pemain tersebut mempunyai pakej lengkap selaku penggempur baharu Kelantan.
Jumaat, 8 Februari 2013
Nwakaeme Pukau Penyokong TRW
KELANTAN 2
Salim Arrache (m-33)
Indra Putra Mahayuddin (m-72)
Indra Putra Mahayuddin (m-72)
FELDA UNITED FC 0
KOTA BHARU – Penyerang import yang
sedang diuji, Dickson Nwakaeme terus mempamerkan aksi memukau apabila
membantu Kelantan menewaskan Felda United FC 2-0 dalam aksi perlawanan
persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, petang
semalam.
Meski pun tidak menjaringkan gol, namun
kelincahan pemain kelahiran Nigeria itu yang kerap kali memperdayakan
pemain pertahanan lawan selain keupayaan beliau membuka ruang kepada
rakan sepasukannya mencipta gerakan berbahaya cukup menghiburkan sekali
gus menjadi calon import paling sesuai untuk menamatkan konflik
ketumpulan jentera serangan Kelantan.
Keghairahan Nwakaeme untuk membuktikan
kehebatannya dihadapan hampir 7,000 penyokong setia hadir seawal minit
keempat menerusi gerakan menarik satu dua bersama Kapten, Indra Putra
Mahayuddin namun rembatan leretnya itu tidak menepati sasaran.
Selang lapan minit kemudian, penyerang
bertubuh sasa itu mempamerkan sikap tidak tamaknya apabila bijak
melakukan ‘dummy’ hasil hantaran lintang Salim Arrache namun rembatan
pemain sayap, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin pula tinggi melewati pintu
gol pasukan pelawat.
Malah Nwakaeme mempunyai peluang kedua
untuk menjaringkan gol pada minit ke-21 hasil umpanan Mohd Daudsu
Jamaluddin namun rembatannya tersasar disebelah kiri gawang Felda United
FC.
Dua minit kemudian, giliran Salim pula
mensia-siakan peluang terhidang apabila memilih untuk menampan tinggi
bola di depan gawang Felda United FC berpunca hantaran lintang Muhammad
Izuan.
Pasukan pelawat yang turun tanpa
penyerang import Lubnan, Mohammad Ghaddar yang kembali menyarung jersi
negaranya pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 dan hanya
mempertaruhkan Razali Umar Kandasamy dan Rudie Ramli bagaimana pun
hampir mengejutkan tuan rumah pada minit ke-29 perlawanan.
Sepakan penjuru bekas pemain Johor FC
dan Perlis, Mohd Syazwan Zainon pantas ditanduk tepat Shafizan Hashim
namun tiang gol menjadi penghalang ketika Muhammad Syazwan Yusoff sudah
tertewas di posisinya.
Namun Nwakaeme kembali mempamerkan
kegarangan sebenarnya apabila mudah melepasi kekangan dua pemain
pertahanan dua minit kemudian namun percubaan Zairo Anuar Zalani hampa
apabila gagal menembusi pintu gol Felda United FC.
Begitu pun, Salim, pemain yang pernah
beraksi bersama kelab Marseille di Perancis membuktikan ketajaman
penyudahnya apabila menjaringkan gol pembukaan perlawanan menerusi
rembatan kencang yang gagal diselamatkan Mohd Helmi Eliza Elias pada
minit ke-33 untuk meletakkan Kelantan mendahului 1-0 sehingga tamat
babak pertama.
Felda United FC bagaimana pun bermula
garang sebaik sahaja tiga minit babak kedua bersambung apabila hampir
menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh pemain tengah, Wan
Khairul Faiz Kamaruddin namun sekadar menggegarkan tiang gol Kelantan.
Percaturan Devan yang mencuba formasi
baharu dengan menggandingkan Wan Khairul Faiz bersama Azi Shahril Azmi
di bahagian tengah begitu berkesan apabila kedua-dua pemain tersebut
dilihat sering kali menjana serangan buat pasukan mereka.
Dua minit kemudian, kelincahan Nwakaeme
di dalam kotak penalti sekali lagi membuatkan pemain pertahanan lawan
sesak nafas apabila beliau bertindak bijak melakukan hantaran lintang
kepada Muhammad Izuan namun rembatan bekas pemain Harimau Muda A itu
pula tinggi melewati pintu gol.
Nwakaeme, penyerang yang pernah
menyarung jersi Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vietnam musim lalu terus
memberi masalah kepada benteng pertahanan skuad kendalian K Devan lima
minit kemudian.
Menerusi gerakan yang sama, tiga pemain
Felda United FC mudah dilepasi beliau namun rembatan susulan bekas
pemain T-Team, Zairo Anuar pula jauh meliar daripada gawang pasukan
pelawat.
Indra Putra terus mempamerkan aksi
berkualiti selaku pemain tengah terbaik negara apabila rembatan
kencangnya hasil tolakan ke belakang pemain gantian, Mohd Subri
menggegarkan palang sekali gus bola melantun masuk untuk gol kedua pada
pada minit ke-72 perlawanan.
Anak buah Bojan Hodak bagaimana pun
buntu menggandakan jaringan apabila percubaan Nwakaeme pada minit ke-76
mudah diselamatkan Mohd Helmi Eliza sementara rembatan Mohd Haris Safwan
Mohd Kamal pada minit ke-84 yang gagal ditangkap kemas penjaga gawang
Felda United FC itu juga gagal menghasilkan gol.
Sebaliknya pasukan yang terkenal dengan
jolokan ‘The Settlers’ hampir memperolehi gol sagu hati mereka tiga
minit sebelum perlawanan berakhir namun rembatan jarak jauh Shafizan
berjaya ditepis keluar Norhadi Ubaidillah untuk keputusan 2-0 kekal
milik Kelantan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN – Muhammad Syazwan Yusoff
(Norhadi Ubaidillah), Mohd Daudsu Jamaludin (Mohamad Zamri Ramli),
Obinna Nwaneri (Lek Kcira), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Zairul Fitree
Ishak, K Nanthakumar (Azizi Matt Rose), Zairo Anuar Zalani (Mohd Badhri
Radzi), Salim Arrache (Khairul Izuan Rosli), Muhammad Izuan Mohd
Salahuddin (Mohd Faiz Subri), Indra Putra Mahayuddin (KP) (Mohd Haris
Safwan Mohd Kamal) dan Dickson Nwakaeme.
FORMASI : 4-4-2
FELDA UNITED FC – Mohd Helmi Eliza Elias
(Rozaimie Rohim), Mohd Rahman Zabul (Mohd Nizam Abu Bakar), Muhamad
Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Carlos Junior Pereira, Mohd Syazwan
Zainon, Mohd Akmal Mohd Noor (Mohd Khairul Anuar Jamil), Azi Shahril
Azmi, Wan Khairul Faiz Kamaruddin, Shafizan Hashim, Rudie Ramli (Mohd
Fazli Zulkifli) dan Razali Umar Kandasamy (Mohd Rizal Ahmad).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (6) Felda United FC (3)
Percubaan tersasar : Kelantan (11) Felda United FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (3) Felda United FC (8)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Felda United FC (8)
Ofsaid : Kelantan (1) Felda United FC (3)
Kekasaran : Kelantan (6) Felda United FC (9)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Felda United FC (45%)
Percubaan tersasar : Kelantan (11) Felda United FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (3) Felda United FC (8)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Felda United FC (8)
Ofsaid : Kelantan (1) Felda United FC (3)
Kekasaran : Kelantan (6) Felda United FC (9)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Felda United FC (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Ku Alaudin Ku Mohamad
Penolong Pengadil 1: Mohd Rahimi Mohd Nor
Penolong Pengadil 2: Hairol Azman Azmen
Pegawai Keempat : Mohd Fazrul Izwan
Kommissioner Perlawanan : Abd Ghani Omar
General Koordinator : Arif Hassan
Penolong Pengadil 1: Mohd Rahimi Mohd Nor
Penolong Pengadil 2: Hairol Azman Azmen
Pegawai Keempat : Mohd Fazrul Izwan
Kommissioner Perlawanan : Abd Ghani Omar
General Koordinator : Arif Hassan
Ahad, 3 Februari 2013
Kelantan, Semen Padang Terikat 1-1
KOTA BHARU – Impian juara Liga Perdana
Indonesia Semen Padang untuk menjinakkan jagoan Liga Super, Kelantan
tidak kesampaian apabila 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di
Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Beraksi di hadapan 7,000 penyokong
setia, Kelantan menggunakan perlawanan itu dengan menguji dua tonggak
import iaitu Salim Arrache dari Perancis dan Dickson Nwakaewe dari
Nigeria.
Kelantan, yang turun tanpa beberapa
tonggak utama terlebih dahulu menguji benteng pelawat pada minit ke-11
menerusi rembatan pemain import jemputan Arrache, namun melewati palang
gol.
Pasukan tuan rumah dikejutkan oleh
jaringan pelawat menerusi Nur Iskandar pada minit ke-29, yang menghukum
kealpaan benteng pertahanan Kelantan.
Usaha tuan rumah untuk mendapatkan
jaringan penyamaan tidak berhasil apabila jentera serangan yang diketuai
Keita Mandjou gagal menemui sentuhan penyudah, menyaksikan keputusan
kekal sehingga berakhir babak pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan membuat
dua pertukaran dengan mengeluarkan Arrache dan Mohd. Izuan Solahuddin
dan digantikan Indra Putra Mahyuddin serta Mohd. Faiz Subri.
Aksi longlai Mandjou memaksa pengendali
Red Warriors, Bojan Hodak mengeluarkan pemain tersebut dan digantikan
oleh Nwakaewe pada minit ke-57.
Usaha tuan rumah untuk memburu gol
penyamaan akhirnya berhasil pada minit ke-60 menerusi seorang lagi
tonggak importnya Dimitrios Petratos, apabila rembatan padu pemain itu
gagal diselamatkan oleh Jandia Eka Petra di gawang gol Semen Padang.
Sabtu, 2 Februari 2013
Kelantan Nilai Kemampuan Jumpa Semen Padang
KOTA BHARU – Kelantan mahu menggunakan
aksi persahabatan antarabangsa bertemu Semen Padang di Stadium Sultan
Muhammad IV malam ini sebagai kayu pengukur sebelum saingan Liga Super
kembali bersambung pada 16 Februari nanti.
Pengendalinya, Bojan Hodak berkata,
meskipun turun tanpa beberapa tonggak utama yang mengalas tugas bersama
skuad negara, ia tetap tidak akan mengambil mudah pertemuan itu.
Menurutnya, perlawanan ini amat penting
buatnya dalam usaha memperkasakan pasukan selepas mempamerkan aksi
kurang bertenaga dalam lima saingan Liga Super sebelum ini.
“Perlawanan ini merupakan pentas terbaik
buat saya untuk mencongak strategi awal sebelum bertemu dengan Selangor
pada 16 Februari nanti.
“Tempoh rehat selamat tiga minggu
memberi ruang terbaik buat saya untuk menambah sengat bahagian serangan
serta mencari kombinasi terbaik untuk perlawanan selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar perlawanan persahabatan tersebut di sini semalam.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah
pemain pertahanan Kelantan, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Ketua Pengarah
Semen Padang FC, Erizal Anwar, Ketua Juruatihnya, H.Suhatman Iman dan
Ketua Pasukan, Ellie Aiboy.
Dalam pada Hodak memberitahu, perlawanan
hari ini merupakan peluang terbaiknya untuk menilai kemampuan pemain
muda yang baru pulih dari kecederaan iaitu Izuan Salahuddin dan Mohd.
Faiz Subri serta dua tonggak pertahanan Azizi Mat Rose dan Mohd.
Farisham Ismail.
“Perlawanan ini akan menjadi medan ujian
bagi saya dan pemain. Saya memerlukan penyerang yang mampu melakukan
penyudah dan menilai pemain yang baru sembuh dari kecederaan.
“Walaupun tidak mempunyai perlawanan dalam masa kira-kira tiga minggu ini, The Red Warriors perlu terus berusaha untuk memastikan kita bangkit selepas rehat tamat,” ujarnya.
Tambahnya, melalui perlawanan
persahabatan itu juga, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan,
(KAFA) mengarahkan supaya menguji dua pemain import iaitu Salim Arrache
dari Perancis dan Dickson Nwakaeme dari Nigeria.
Hodak mahu uji semua pemain
KOTA BHARU - Juara treble musim lalu, Kelantan mahu menggunakan aksi
persahabatan antarabangsa bertemu Semen Padang FC di Stadium Sultan
Muhammad IV malam ini, sebagai platform menguji pemain untuk
disenaraikan sebagai kesebelasan utama sebelum saingan Liga Super depan.
Ketua Jurulatihnya, Bojan Hodak berkata, kesemua termasuk dua pemain
import, yang baru tiba ke Kelantan, Salim Arrache dari Perancis dan
Dickson Nwakaeme dari Nigeria turut mendapat peluang beraksi pada
perlawanan itu.
Katanya,
bagaimanapun, beliau belum memutuskan perkara itu sepenuhnya berikutan
masih perlu menilai dan melihat keadaan fizikal kedua-dua pemain itu.
“Mereka baru tiba ke negara ini. Salim terutamanya yang melalui
perjalanan 24 jam dari Eropah, sudah tentu memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca, sama seperti Dickson," katanya
pada sidang media di Hotel Grandriver View di sini, semalam.
Menurutnya, beliau kini memerlukan penyerang yang mampu melakukan
penyudah, dan perlawanan itu adalah medan terbaik untuknya menilai serta
terbaik juga kepada pemain membuktikan layak disenaraikan dalam
kelompok ke Hotel Grandriver View di sini, semalam.
Menurutnya,
beliau kini memerlukan penyerang yang mampu melakukan penyudah, dan
perlawanan itu adalah medan terbaik untuknya menilai serta terbaik juga
kepada pemain membuktikan layak disenaraikan dalam kelompok kesebelasan
utama.
“Walaupun tidak mempunyai perlawanan dalam masa tiga
minggu ini, The Red Warriors perlu terus berusaha bangkit bagi
menghadapi saingan Liga Super bertemu Selangor pada 16 Februari ini,”
katanya.
Pemain Kelantan Berguru Di England
PENYERANG muda Australia, Dimitrios
Petratos yang beraksi bersama The Red Warriors dalam saingan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 secara rasminya akan berangkat ke
England pada 4 Februari ini bagi menjalani latihan dengan pasukan
Blackburn Rovers.
Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.
Annuar berkata, ketua pasukan Piala
Presiden Kelantan, Faizul Nazlin Sayuti akan pergi bersama Petratos bagi
menjalani latihan tersebut dan akan kembali semula ke pangkuan pasukan
pada bulan Mac untuk menghadapi saingan Piala AFC.
Menurutnya, latihan tersebut merupakan
sebahagian daripada kerjasama antara KAFA dengan kelab berkenaan sebagai
langkah untuk memantapkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan liga
musim ini.
“Pemergian kedua-dua pemain ini akan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TheRedWarriors.com iaitu Kelvin Ramalingam.
Sepanjang berada di sana, Petratos bakal menjalani sesi latihan dan ujian yang dikendalikan oleh pihak Blackburn Rovers.
“KAFA berharap, latihan tersebut akan
meningkatkan lagi tahap kemahiran Petratos sebelum dia kembali bersama
pasukan untuk saingan Piala AFC nanti.
“Begitu juga dengan Faizul Nazlin, kita
mahu memberikan pendedahan awal kepada pemain muda ini dalam usaha untuk
memantapkan corak permainan dan kemahirannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita
pada sidang akhbar perlawanan Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad
IV semalam mengenai pertembungan antara juara Liga Super Malaysia,
Kelantan dengan juara Liga Super Indonesia, Simen Padang FC esok.
Pada majlis tersebut, Annuar turut
memperkenalkan seorang pemain import dari Perancis yang akan membantu
The Red Warriors dalam perlawanan tersebut iaitu, Salim Aracche.
Selain Aracche, Kelantan turut
diperkuatkan dengan seorang lagi tonggak import dari Nigeria, iaitu
Dickson Nwakaeme yang bergandingan bersama Obinna Nwaneri, Lek Kecira di
posisi pertahanan.
Annuar memberitahu, jika ada
perkembangan semasa mengenai kedua-dua pemain itu, ia akan memaklumkan
perkara tersebut dari semasa ke semasa.
“KAFA akan menjalinkan kerjasama ini di masa akan datang melibatkan pertukaran pemain dan jurulatih,” ujarnya.
Mengulas mengenai perlawanan Piala
Permai itu, Annuar memberitahu, ia adalah kesinambungan perlawanan
sebelum ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Gabenor
Acheh baru-baru ini.
“Perlawanan ini merupakan medan terbaik
buat kita untuk mengukur sejauh mana kekuatan pasukan. Saya akui ia
bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kelantan.
“Mereka sebuah pasukan yang hebat, dan
kita pernah tunduk kepada mereka 1-3 dalam aksi Piala Gabenor Acheh
baru-baru ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam
perlawanan itu,” tegasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...