KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 25 Februari 2010

  • AKSI PASUKAN PIALA PRESIDEN BERMULA KHAMIS INI


    KOTA BHARU - Skuad Piala Presiden Kelantan bakal memulakan aksi sulung dalam kempen TM Piala Presiden musim baru menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan hari Khamis ini.

    Kejohanan TM Piala Pre-siden merupakan kejohanan di bawah kelolaan Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertujuan mencungkil bakat-bakal baru untuk diserap sebagai pelapis pasukan utama negeri.

    Skuad yang dilatih oleh Anizan Daud serta dibantu dua bekas pemain negeri, Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli kini giat menjalani latihan insentif sejak sebulan setengah yang lalu.

    Pengurus pasukan, Yahya Jamada Ali ketika dihubungi berkata, seramai 18 pemain akan dibawa ke Seremban bagi menghadapi perlawanan sulung tersebut.

    “Musim ini kita diperkuatkan dengan dua pemain yang pernah beraksi dalam kancah Liga Super musim lalu iaitu Muhd Zamri Ramli dan Mohd Hanif Mohd Nor.

    “Pengalaman Muhd Zamri (Ramli) dan Mohd Hanif (Mohd Nor) yang pernah beraksi bersama pasukan Liga Super Kelantan musim lalu diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemain muda yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

    Beliau berkata, pelatih Liga Super Kelantan musim ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Somchai Sinuai dan Tuan Mohd NorHafiziee Tuan Mahmood juga turut berada dalam senarai utama pasukan Piala Presiden Kelantan musim ini.

    Menurutnya, para pemain muda Kelantan kini begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan sulung tersebut biarpun terpaksa beraksi di gelanggang lawan terlebih dahulu.

    “Saya percaya gandingan Anizan Daud dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli yang diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mengemudi pasukan pelapis mampu mencipta kejuaraan musim ini,” katanya.

    Katanya, Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan turut bertanggungjawab mengawasi sepenuhnya perkembangan skuad muda itu bermula daripada sesi pemilihan pemain pertengahan Januari lalu sehingga pembentukan pa-sukan yang kini sudah cukup bersedia sepenuhnya membawa cabaran musim ini.

    Musim lalu, Kelantan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah sekadar menduduki tangga pertengahan pada peringkat liga.- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular