LESEN
Rabu, 3 Februari 2010
Setelah melalui tujuh perlawanan Liga Super dalam masa terdekat, tekanan pasukan yang beraksi sedikit reda setelah saingan liga paling beprestij di Malaysia tersebut dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada Piala FA yang akan membuka tirai tidak lama lagi. Dengan jarak mata yang tidak jauh beza diantara setiap pasukan, saingan untuk berada di takhta liga masih lagi terbuka kepada semua pasukan yang bertanding. Musim lalu, Selangor dinobatkan selaku raja unggul dalam bola sepak Malaysia setelah menjuarai dua piala yang dipertandingkan. Menjuarai Liga Super selain memenangi sepakan penalti menewaskan Kelantan dalam final Piala FA, Selangor sekali lagi menepati lakaran kejayaan mereka untuk terus berjaya apabila mendahului singgahsana Liga Super 2010 setelah 7 perlawanan. Malah mereka juga bermula baik apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan Piala Sumbangsih memberikan Selangor kejuaraan sulung pada 2010. Selangor dibimbing K. Devan mempunyai pemain yang bukan calang-calang setelah diperkuatkan dengan kehadiran pemain berstatus bintang. Skuad yang sememangya sudah kuat terus ditambah perisa mengancam apabila mereka berjaya mendapatkan enam pemain yang mempunyai nama besar dalam arena bola sepak tanahair seperti Safiq Rahim, Bunyamin Omar, Farderin Kadir serta Liew Kit Kong untuk digandingkan dengan Amri YahYah, Nasriq Baharom, Surendran, Safee Salee dan ramai lagi. Hasilnya, mengutip 16 mata dengan lima kemenangan, sekali tewas dan seri menempatkan mereka terus selesa di tangga teratas meninggalkan pesaing terdekat Terengganu dengan dua mata. Kehadiran Irfan Bakti kedalam skuad Peteh mengantikan Ken Worden sememangnya dialu-alukan para peminat Penyu setelah prestasi hebat jurulatih tersebut telah diakui ramai. Irfan yang kali pertama memegang tampuk pengurusan di Kuala Terengganu memuji kualiti pemain yang ada pada pasukan tersebut seterusnya menyasarkan satu piala untuk dikejar pada musim ini. Dibarisi pemain hebat seperti Ashaari Shamsudin, Zairo Annuar, Sharbinee Alawee serta beberapa lagi pemain berpengalaman menyebabkan Irfan berbangga untuk meluahkan keyakinan skuad ini mampu untuk terus mara dalam saingan bola sepak Malaysia. Malah, kemasukan Joseph Kalang Tie, K. Rajan, Tengku Hasbullah serta Ronny Harun menguatkan lagi laungan Irfan untuk menjadi pencabar. Dan kini setelah tujuh perlawanan, Terengganu berjaya berada di kedudukan kedua dengan mengutip 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan satu kali tewas. Kejayaan terbesar mereka musim ini ialah ketika bangkit daripada kekalahan di Negeri Sembilan untuk membelasah Selangor 4-0 di laman sendiri minggu lalu. Manakala Kedah pula yang terumbang ambing di dalam tiga perlawanan awal sehinggakan kedudukan ketua jurulatih mereka, Ahmad Yusof terancam berjaya menduduki tangga ketiga setelah tujuh perlawanan dengan mengutip 13 mata hasil dari empat kemenangan, satu seri serta dua kali kalah. Mereka tewas dua kali di laman sendiri kepada Perlis dan Johor FC namun selepas itu bangkit setelah tidak tewas pada empat perlawanan seterusnya untuk memperbaiki kedudukan mereka di tempat tercorot kepada kedudukan kini. Kedah berbangga apabila penyerang baru mereka, Azlan Ismail tangkas menyesuaikan diri dengan pemain sedia ada malah bekas penyerang skuad Kebangsaan ini lantas menutup mulut para pengkritik apabila menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan. Kemunculan Azlan bergandingan dengan penyerang muda Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar dibantu Saramsak Kram, Badro Bakhtiar, Fauzi Shaari dan Shahrul Nizam Mustapha berhasil menjaringkan 11 gol meletakkan mereka setaraf dengan pasukan lain. Berbeza dengan pasukan Kijang, permulaan perlahan mereka tampak jelas apabila sekadar mencatatkan tiga keputusan seri di arena lawan sebelum mencatatkan tiga kemenangan di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhamad namun kekebalan mereka dihancurkan sekali apabila tewas mengejut kepada Kedah hasil satu kesilapan dari penjaga gol. Hasil dari tujuh perlawanan, Kelantan memungut 12 mata, empat mata dipisahkan dari kedudukan pendahulu meletakkan Red Warriors dalam kelompok lima pasukan terbaik Malaysia. Walaupun begitu, seperti yang diperkatakan B. Sathianathan, para pemain bintangnya sedikit tertekan dengan asakan serta target pengurusan serta penyokong negeri. Mereka kini mengalami sedikit penurunan moral apabila kritikan yang dilemparkan membelenggu pemikiran pemain menyebabkan setiap perlawanan yang dihadapi menjadi serba tidak kena. Di kem Perlis, dengan kemelut persatuan yang tidak sudah ditambah dengan prestasi ala yo-yo para pemain, mereka masih lagi mencabar pasukan atasan. Kedudukan kelima tidaklah mengecewakan kepada semi finalis Piala Malaysia tersebut. Skuad Singa Utara yang dikemudi Ketua Jurulatih baru, Nidzam Adha bermula cemerlang menewaskan musuh sejiran, Kedah di Darul Aman namun selepas itu mereka hanya mampu mencatatkan seri seterusnya jatuh dua anak tangga ke kedudukan sekarang. Mereka mengutip 11 mata hasil dari 3 kali menang, 2 kali seri dan kalah. Johor FC satu pasukan yang dianggap pencabar kejuaraan ditambah dengan status 'top three' Liga Super 2009 meletakkan mereka antara calon yang perlu diambil perhatian pasukan negeri lain. Malangnya, permulaan hebat mereka sedikit tercalar setelah dibelasah Kelantan 4-1 tempoh hari meletakkan mereka sedikit tertekan. Tetapi semangat yang ditunjukkan mereka harus diberi pujian setelah bangkit di Ipoh menewaskan Perak 3-0 dihadapan penyokong lawan walau tiga hari sebelum itu Seladang kental mengikat Sang Kijang. Johor FC memungut sepuluh mata untuk berada di kedudukan keenam terikat dengan sebuah lagi pasukan dari pantai timur, Pahang yang berada di kedudukan ketujuh liga hasil dari perbezaam jaringan. Pahang yang diselamatkan dari turun ke Liga Perdana 2010 masih terumbang-ambing mengharungi saingan liga tambahan pula mereka masih lagi merasai kekecewaan musim lalu berada di kedudukan kedua tercorot. Skuad bimbingan Dollah Salleh hampir 100% menggunakan tonggak muda yang kurang berpengalaman dalam saingan peringkat tertinggi. Namun ada juga tonggak lama masih menyarung jersi kuning Tok Gajah seperti Yosri Dermaraju, Azamuddin Akil, Jalaludin Jaafar serta R Surendran dan mereka ini diharapkan pihak pengurusan untuk membimbing anak muda lain untuk berjaya dalam saingan musim ini. Oleh itu, kedudukan ketujuh bukanlah satu permulaan buruk bagi skuad yang hampir dijatuhkan ke saingan lebih rendah ini. Serba tidak kena juga ditujukan kepada juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan yang berada di kedudukan kelapan liga super ketika ini, hanya mengutip lapan mata dari lima perlawanan. Satu pencapaian buruk buat pasukan yang dihuni 2 pemain skuad emas sukan sea tempoh hari, Zakuan dan Aidil Zafuan Adha. Mengekalkan semua tonggak yang menjuarai Piala Malaysia dengan tambahan seorang pemain, Norizam Salaman dari Johor, Negeri Sembilan gagal beraksi baik setelah hanya mampu menang dan seri dua kali serta tewas sekali. Walaupun melaungkan keyakinan tinggi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua piala tahun ini, mereka gagal beraksi seperti yang mereka lakukan pada kejuaraan paling berprestij lalu. Namun bagi dua pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super, Kuala Lumpur dan T-Team, kedudukan ke-9 dan ke-10 merupakan satu kejayaan moral buat mereka kerana mereka berjaya mengatasi target awal musim seterusnya menafikan kata-kata yang mengatakan mereka akan berada di kelompok bawahan. Masing-masing mencatatkan 7 dan 6 mata, suatu yang dikatakan survival bagi mereka untuk terus bersaing merebut mahkota selain mengekalkan pasukan dalam kancah tertinggi bola sepak Malaysia. Selain mereka, empat pasukan juga sedang bersaing untuk tidak berada di kedukan tercorot bagi mengelakkan dari diturunkan pada musim hadapan. KL Plus, Perak, Pulau Pinang serta Johor sedang bersaing hebat untuk keluar dari zon bahaya namun peluang lebih terbuka kepada pasukan Highway Warriors, Seladang dan Sang Harimau Kumbang kerana mereka sudah mengutip mata berbeza dengan Sang Jengking. Jengking masih lagi kempunan untuk mencatatkan kemenangan setelah melalui perlawanan Liga dan hanya mampu mencatatkan satu seri untuk mengutip satu mata berbeza dengan tiga pasukan tersebut dimana Perak dan Kl Plus terikat dengan lima mata manakala Pulau Pinang pula hanya mampu mengutip empat mata. Walau apapun, masih ada 19 perlawanan yang perlu dilalui semua pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2010. Masih berpeluang setiap pasukan untuk mencapai kedudukan terbaik di hujung musim nanti tambahan pula prestasi semasa setiap pasukan bukanlah 'maintain' seperti pasukan di Eropah. Buktinya, semua pasukan dalam Liga Super telah dikalahkan dan mereka juga tidak mampu mengekalkan prestasi ke tahap terhebat selain kekurangan motivasi untuk mengatasi tekanan akibat jadual perlawanan padat. Saingan Liga dijangka akan dimulakan kembali pada 6 Mac nanti dan setiap pasukan bertanding pastinya akan membuat pelbagai persiapan selain mencuba taktikal ampuh untuk tampil serba baru memburu kejayaan lebih gemilang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan