KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 13 Februari 2010

Kafa kenal pasti tapak stadium baru PDF Cetak emel




KOTA BHARU - Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) sudah mengenal pasti tapak untuk pembinaan stadium baru di Gading Galoh, Machang yang dijangka hanya menelan belanja RM120 juta.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (:gambar:) berkata, tapak seluas 12 hektar itu merupakan tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang terletak 25 kilometer dari Kota Bharu dan bersempadan antara Machang dan Kota Bharu, berdekatan dengan Kem Desa Pahlawan.

Katanya, cadangan pembinaan stadium bola sepak itu hanya menelan belanja RM120 juta dengan kapasiti 30,000 penonton.

“Ianya hanya peringkat cadangan dan cadangan ini akan dibawa kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan untuk membawa usul projek itu kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri pada 26 Feb bagi perancangan projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Kerajaan Negeri ada juga mencadangkan tempat di Tunjong, dekat sini, tetapi kita tidak tahu sama ada itu tanah individu atau tanah Kerajaan Negeri kerana dalam RMK-10 hanya tanah milik kerajaan akan diberi keutamaan kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baru tahun bola sepak Kelantan 2010.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan sebidang tanah di Bandar Baru Tunjong untuk dijadikan tapak stadium baru Kelantan.

Annuar berkata, Kafa mempunyai rancangan untuk menguruskan stadium baru itu bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan pembangunan bola sepak negeri.

“Kita sedang mengkaji prospek itu kerana tidak ada masalah untuk menjana RM100,000 hingga RM200,000 sebulan bagi pengurusan stadium baru. Malah ia akan menjimatkan wang kerajaan dengan Kafa menguruskan stadium itu,” katanya.

Mengulas mengenai tahun bola sepak Kelantan, Annuar berkata, pelancarannya akan berlangsung pada 27 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular