KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 20 Februari 2010

Kelantan enggan berputih mata PDF Cetak emel



AZIZI (depan) menjadi sandaran Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.


KELANTAN bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Kedah pada perlawanan kedua pusi- ngan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Bagaimanapun, finalis Piala FA 2009 itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menang untuk memulihkan semula keyakinan peminat.

Pengendali Kelantan, B. Sathinathan sedar bahawa tugas untuk menjinakkan anak-nak buah Ahmad Yusof bukan mudah, namun tetap optimis bahawa ia bukan suatu yang mustahil.

Tanpa berselindung, beliau mengakui terdapat sedikit tekanan ketika Kelantan diletakkan selaku pasukan pilihan untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

"Sebagai jurulatih sudah pasti anda mahu pasukan anda berjaya tetapi ia suatu yang agak sukar apabila bebe- rapa pemain tonggak tidak dapat di- turunkan ketika dijadualkan menentang sebuah pasukan yang kuat.

"Secara pasti, saya kehilangan kedua-dua penjaga gol utama, Halim (Napi) dan Syed (Adney Syed Hussin) serta Subra (S. Subramaniam).

"Norshahrul (Idlan Talaha) dan Daudsu (Jamaluddin) juga mengalami kecederaan dan status mereka hanya akan disahkan pagi esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tugas untuk mengawal gawang Kelantan akan digalas oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, sementara Rizal Fahmi Rosid hampir pasti akan digandingkan bersama Azizi Mat Rose menggantikan S. Subramaniam.

Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak ini bagaimanapun tidak merencatkan perancangan beliau kerana percaya mana-mana pemain yang diturunkan pastinya akan menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Kelantan akan memburu gol awal serta mencari seberapa banyak kele- bihan jaringan untuk menjamin tempat di suku akhir dan saya yakin pemain saya sudah faham situasi ini.

"Membiarkan pasukan Kedah membolosi gol kita pasti akan merumitkan keadaan.

"Keputusan seri dengan jaringan seperti cukup untuk mereka dan kita tidak akan benarkan keadaan ini berlaku," ujarnya.

Katanya, Indra Putra Mahayuddin dan Badri Radzi perlu memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gerak serta melakukan umpanan kepada jentera penggempur.

Beliau juga sebelum itu berpuas hati aksi para pemainnya ketika bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu walaupun ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Gandingan Norshahrul dan S. Chanturu berjaya menghidupkan jentera hadapan Kelantan di Alor Setar dan bisa kedua-dua penggempur ini sekali lagi ditagih untuk per- lawanan malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular