KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 3 Februari 2010

Kelantan Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar.


Aksi Indra mengambil sepakan percuma ketika menentang skuad Harimau Kumbang, semalam.



Pemain Kelantan masih gagal menunjukkan prestasi sebenar walaupun menundukkan cabaran Sang Harimau Kumbang 3-1 malam semalam di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dalam TM Liga Super 2010.

Kemenangan yang dicatatkan tersebut bukanlah satu kebanggaan dan medan buat pemain serta pihak pengurusan untuk bersenang lenang terbuai dek tiga mata menentang pasukan yang berada dalam kelompok tercorot.

Dari segi positif, kemenangan Kelantan semalam mendapatkan kembali keyakinan peminat kepada mereka sejak dimalukan Kedah tempoh hari tetapi dari sudut negatif, pemain Sang Kijang sebenarnya masih lagi belum serasi bersama selain turun dalam keadaan tekanan memuncak akibat dari prospek untuk mendakap kejuaraan.

B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan menentang Pulau Pinang juga mengakui yang pemain Kelantan ketika ini bermain dalam tekanan menyebabkan mereka gagal tampil seperti yang diharapkan.

Mereka bermula baik tetapi dijaringkan pihak lawan menyebabkan mereka tertekan mujurlah gol Idlan Talaha pada minit akhir separuh masa pertama berjaya merubah tempo permainan seterusnya lebih menyengat dalam separuh masa kedua untuk mengalahkan pasukan bimbingan Haji Mohamad Bakar.

Mereka dalam tekanan dan terus tertekan setelah peminat sentiasa mengatakan kami barisan bintang tetapi untuk serasi bagilah masa kepada kita dan apa yang saya nampak tadi, mereka semua bermain baik dan penuh semangat, ujarnya.

Mengulas tentang kemasukan Syed Adney pada separuh masa kedua, Sathianathan mengatakan Halim Napi telah mengadu mengalami kecederaan semasa di bilik persalinan menyebabkan dia terpaksa diganti dengan Syed Adney dan Sathianathan bangga pemain ini menampilkan ketenangan ketika mengawal kubu Sang Kijang.

Selain itu, ketua jurulatih Kelantan tersebut juga turut berpuas hati dengan prestasi pemain penyerang yang disifatkan mampu memberi cabaran walaupun disorak penyokong sendiri.

Setelah melalui tujuh perlawanan, Liga Super akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada pusingan pertama saingan Piala FA yang akan memulakan aksi pada selasa depan.

Kelantan yang mendapat laluan ke pusingan kedua selaku finalis musim lalu menunggu pertemuan sama ada menentang Kedah atau Sabah hujung bulan nanti.

Justeru itu, pihak bertanggungjawab terhadap pasukan Kelantan harus menggunakan peluang ini untuk memperkemaskan pasukan selain memantapkan motivasi pemain yang teruk tercalar kebelakangan ini.

Pemain mampu memberi cabaran namun gagal mempamerkan persembahan positif ketika beraksi di gelanggang lawan menyebabkan Kelantan kehilangan tiga mata berharga.

Namun untuk menyalahkan mereka seratus peratus sememangnya tidak mungkin tetapi diharapkan dengan cuti perlawanan yang panjang dapat digunakan B. Sathianathan serta pembantunya untuk mengatur kembali taktikal ampuh dengan harapan pasukan dapat menyengat dalam perlawanan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular