KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 21 Februari 2010

Tiada Nasib Dalam Piala FA.


Cabaran Kelantan dalam saingan Piala FA 2010 berkubur di pusingan kedua apabila tewas dengan jaringan tempat lawan setelah terikat 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Badrol Bahtiar menjadi pemusnah setelah jaringan penyamaannya memberikan satu gol berharga buat pelawat untuk melayakkan diri ke suku akhir.

Babak pertama dimulakan dengan Kelantan mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol awal melalui gandingan Chanturu, Farhan dan Idlan Talaha namun hampa dengan kekebalan benteng Sang Kenari.

Percubaan pertama hadir melalui sepakan Idlan Talaha yang sedikit tersasar tidak menerbitkan ancaman besar buat Helmi Eliza di gawang Kedah.

Chanturu juga mendapat peluang baik menjaringkan gol setelah berjaya melarikan bola hantaran jauh pemain pertahanan Kelantan namun sepakan kencangnya keluar menghampakan lebih 20000 penyokong tuan rumah.

Kedah juga mendatangkan ancaman kepada Kelantan setelah mendapat satu sepakan percuma dari luar kotak penalti tetapi sepakan mereka terus kedakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi.

Rancak mengatur gerak, pelawat hampir dihukum setelah Idlan Talaha berjaya melepasi kawalan V. Thirumugan sebelum melorongkan bola ke kawasan tengah namun penyerang Kelantan, Norfarhan mati langkah untuk menyambung bola tersebut.

Babak Kedua bermula dengan tiada perubahan taktikal dari kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan dilihat buntu mencari penyudah kedalam gol menyebabkan bola lebih banyak terbuang keluar padang.

Ancaman pertama Kelantan hadir melalui tandukan Indra Putra yang terus kedakapan Helmi Eliza ketika tiada pemain Sang Kenari menjaganya.

Selain itu sepakan deras Chanturu pula meliar keluar manakala Farhan menyaksikan bola sepakannya membias keluar dari kawasan kotak penalti Kedah.

Kedah pula lebih banyak bertahan dan hanya sekali sekala melakukan percubaan melalui Azlan Ismail, Saramsak Kram dan Badrol Bahtiar namun tidak memberi kesan kepada benteng Sang Kijang yang diterajui Azizi Mat Rose.

tanpa disangka-sangka, Kelantan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan Indra Putra menewaskan Helmi Eliza yang hanya mampu melayangkan tubuh melihat bola melepasi garisan gol menggamatkan stadium yang dipenuhi Tentera Merah.

Selang beberapa minit kemudian, Kedah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan Badrol Bakhtiar yang memanfaatkan keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan. Gol berpunca dari sepakan keluar kurang kemas Daudsu dan Rizal Fahmi yang tertampan Farisham Ismail sebelum disambung Badrol untuk memberikan gol penyamaan kepada Kedah.

Gol tersebut membangkitkan rasa kecewa pemain Kelantan yang bergegas mengerumumi penjaga garisan untuk membantah gol terbabit yang didakwa tidak masuk.

selepas gol tersebut, pemain Kedah mulai berkampung di kawasan mereka untuk mempertahankan pintu gol dari dibolosi Sang Kijang menyebabkan perlawanan menjadi kurang menarik.

Menambah sengat jentera serangan, B. Sathianathan melakukan tiga pertukaran memasukkan Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Che Hishamudin mengantikan Idlan Talaha, Chanturu dan Norfarhan namun turut gagal mencari gol kemenangan.

Peluang terbaik untuk mendapatkan gol kedua hadir melalui Akmal Rizal yang melepasi kawalan pertahanan Kedah namun Akmal terlebih dahulu ditarik tetapi pengadil meneruskan perlawanan menyebabkan berlaku insiden tolak menolak diantara pemain Kelantan dan pengadil perlawanan.

Minit-minit akhir kelihatan pemain Kedah mulai memenuhi kawasan mereka untuk bertahan dari dibolosi setelah pemain Kelantan melancarkan serangan bertali arus ke kubu mereka.

Dengan tambahan masa 3 minit gagal di gunakan, akhirnya pengadil bertugas membunyikan wisel menamatkan malam penuh kekecewaan buat pemain, pengurusan dan juga penyokong Sang Wira Merah yang bertandang ke stadium di Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular