KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 9 Februari 2010

Dari Meja Presiden - Stadium Baru

"Alhamdulillah, syukur kerana dengan izinNya maka saya diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit situasi semasa bersama-sama peminat red warriors sekalian. Sesungguhnya menjadi harapan kita semua untuk melihat sebuah stadium baru yang mempunyai kapasiti yang lebih besar, selesa dan dilengkapi dengan fasiliti serta kelengkapan terkini tersergam indah di bumi Cik Siti Wan Kembang yang amat kita sayangi ini.
InsyaAllah harapan kita ini akan menjadi kenyataan. Hasil pertemuan bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Mohamed Nor Yaacob sewaktu perjumpaan di Unit Perancangan Ekonomi JPM pada hari Khamis 4hb Feb 2010 jam 2.30 p.m, saya telah menyampaikan saranan dan syor mewakili pihak pengurusan KAFA dan rakyat Kelantan untuk memohon sebuah stadium bola sepak yang baru melalui peruntukan Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia yang ke 10. Dan turut hadir bersama saya ketika itu adalah Dato' Mustapha Mohamad serta Dato' Awang Adek Husin.
Ironinya stadium yang ada sekarang hanya mampu menampung seramai 15000 peminat dalam satu-satu perlawanan. Lebih memeritkan, KAFA terpaksa membayar sewa dan levi yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM50,000.00 dalam satu-satu perlawanan yang sama sekali berbeza sekiranya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang hanya memakan kos hanya sekitar RM10,000.00. Sukacita ingin saya maklumkan yang cadangan ini mendapat respon positif dari YB Tan Sri Mohamed Nor Yaacob. InsyaAllah impian semua rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular