KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 20 Februari 2010

Piala FA: Syed, Halim resahkan jurulatih


Khairul Fahmi pengganti; Indra Putra tambah gusar Sathia

KECEDERAAN dua penjaga gol utama, Syed Adney Syed Hussin dan Halim Napi menyebabkan Kelantan tiada pilihan selain mempertaruhkan penjaga gawang simpanan, Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan hidup mati menentang Kedah dalam perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA, malam ini.

Pada masa sama, penyerang, Indra Putra Mahyuddin pula mengakui yang dia hanya 70 peratus cergas ekoran kecederaan lutut kanan manakala Nor Shahrul Idlan Talaha juga cedera.

Di sebalik pelbagai kesulitan yang ditempuh dalam persediaan menghadapi Kedah itu, jurulatih, B Sathianathan, tetap yakin anak didiknya tetap mampu memenangi pertemuan kedua menentang Kedah selepas seri 0-0 pada pertemuan pertama di Alor Setar.

"Walaupun tidak dapat menurunkan Syed Adney dan Halim, saya yakin Khairul Fahmi mampu beraksi baik.

“Saya juga berharap benteng pertahanan Kelantan dapat bermain dengan baik untuk menggagalkan sebarang gerakan bahaya penyerang Kedah. Saya harap penyokong Kelantan faham masalah yang pasukan ini hadapi sekarang,” katanya.

Kelantan, naib juara musim lalu, perlu menang jika berhasrat ke suku akhir selepas hanya mampu seri tanpa jaringan di Stadium Darulaman, Selasa lalu.

Indra Putra berkata, dia turut nampak semua rakan sepasukannya menunjukkan semangat tinggi menjelang perlawanan malam ini.

"Walaupun saya dan beberapa pemain lain mengalami kecederaan, saya percaya kami mempunyai peluang memenangi perlawanan, asalkan masing-masing dapat beraksi pada tahap yang terbaik.

"Walaupun kesakitan di lutut kanan masih dirasai, jika diturunkan saya akan cuba mendapatkan gol untuk pasukan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular