KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 10 Oktober 2013

TRW kesuntukan masa

Pemain Kelantan mula menjalani latihan di Kota Bharu, semalam.
SELEPAS cuti rehat tiga hari, The Red Warriors (TRW) kembali menyambung latihan sebagai persiapan menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, 18 Oktober ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Pada sesi latihan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam, hanya empat pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Shakir Shaari dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim tidak bersama kerana mempunyai tugasan dengan skuad kebangsaan.

Penolong Jurulatih, Zahasmi Ismail berkata, semua pemain hanya diberi tempoh rehat yang singkat memandangkan pasukannya berdepan tugas berat bagi menghadapi finalis Piala Malaysia musim lalu itu di Stadium Shah Alam nanti

“Kalau dilihat Kelantan ada tempoh seminggu sebelum bertemu ATM, namun hakikatnya kami kesuntukan masa memandangkan pertengahan minggu depan pula sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Paling lewat kami kena pergi ke Shah Alam sehari sebelum perlawanan. Jadi, masa yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperbaiki kelemahan pasukan,” katanya.

Zahasmi Ismail yang mengendalikan latihan bersama seorang lagi pembantunya, Kamarudin Mohamad ekoran ketiadaan pengendali, Bojan Hodak yang bercuti sehingga semalam memberitahu, moral pemainnya berada pada tahap terbaik selepas menyingkirkan Johor Darul Takzim menerusi agregat 8-5, Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular