KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 Oktober 2013

Harap Tuah Gelanggang Keramat


INDRA menjadi sandaran terbaik Kelantan bagi merobek gawang Johor DT di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.
PARA penyokong Kelantan bakal menentukan nasib The Red Warriors yang akan turun melayan kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.
Penggempur Kelantan, Indra Putra Mahayuddin percaya puluhan ribu penyokong The Red Warriors yang akan membanjiri stadium keramat mereka itu mampu menjadi ‘pemain ke-12′ serta memberikan impak besar terhadap prestasi skuad kendalian Bojan Hodak itu.
Menurut Indra, Stadium Sultan Muhammad IV masih lagi menjadi gelanggang yang digeruni pihak lawan bersandarkan kepada sokongan padu daripada penyokong setia Kelantan.
“Kami ketinggalan dua gol dan perlu mencarinya di sini (Kota Bharu) untuk layak (ke separuh akhir) selain tidak boleh membenarkan Johor DT mencipta jaringan.
“Saya harap dengan doa dan sokongan para peminat dapat memberikan motivasi kepada para pemain untuk menewaskan Johor DT nanti.
“Sejak sekian lama, stadium ini memberikan kita kelebihan. Banyak pasukan yang datang ke sini dan pulang dengan kekecewaan.
“Saya fikir ia (Stadium Sultan Muhammad IV) masih lagi keramat. Saya menjangkakan tidak mudah untuk pemain Johor DT meraikan sesuatu di sini dan kami akan memberikan yang terbaik,” kata Indra ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mengulas mengenai kekalahan 2-4 pada aksi suku akhir pertama di Larkin, Sabtu lalu, Indra berkata, ia merupakan isyarat penting kepada Kelantan bahawa saingan Piala
“Banyak kesilapan yang dilakukan pada perlawanan pertama sehingga menyebabkan kami terpaksa menerima hakikat kekalahan itu.
“Tidak ada lagi kompromi, kami kena turun Sabtu ini dengan memberikan aksi yang terbaik tanpa melakukan kesilapan, itu sangat penting.
“Kami mempunyai banyak peluang pada perlawanan pertama, saya fikir tidak kurang daripada lima tetapi nasib tidak begitu menyebelahi kami.
“Kali ini para pemain kena bermain seperti biasa, tiada sebarang tekanan dan gol pasti akan datang,” ujarnya.
Indra menambah, Johor DT mungkin melakukan kesilapan besar sekiranya menganggap bekalan dua gol yang dibawa skuad Harimau Selatan itu mampu memberikan kelebihan untuk mereka layak ke saingan separuh akhir.
“Kini kami harus mengurangkan kesilapan di hadapan gawang sendiri sebagaimana yang berlaku di Larkin,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular