KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 10 Oktober 2013

‘Fokus Tugas Bersama Kelantan’


BADHRI (kiri) mendengar arahan daripada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak pada sesi latihan di Kota Bharu baru-baru ini.
ADA mesej penting yang mahu disampaikan kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi kepada The Red Warriors menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam pada 18 Oktober depan.
Badhri berkata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya terutama beberapa tonggak yang dikatakan bakal berhijrah musim depan, memberi fokus terlebih dahulu bersama Kelantan daripada memikirkan soal tawaran daripada pasukan lain.
“Kalau boleh, lupakan soal tawaran itu, fokus sekarang adalah perlawanan menentang ATM yang dijangkakan lebih sengit dan sukar.
“Fokus 100 peratus pada perlawanan akan datang, ini kerana semua pemain masih terikat dengan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
“Peluang kita untuk menang di Shah Alam adalah 50-50 dan kita mesti menjaringkan gol supaya mendapat bekalan yang lebih selesa untuk dibawa pulang ke Kelantan pada aksi timbal balik nanti,” kata Badhri atau Piya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan hampir separuh tonggak Kelantan sudah dipancing oleh beberapa pasukan tempatan.
Antara tonggak tersebut termasuklah penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan pemain tengah, Shakir Shaari.
Mengulas pertemuan menentang ATM, Piya berkata, Kelantan harus lebih berwaspada dengan jentera serangan skuad The Gladiators itu yang diketuai Marlon Alex James dan Hairuddin Omar.
“Bentang pertahanan kami tidak boleh buat kesilapan mudah, sama seperti yang berlaku ketika Kelantan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.
“Saya menuntut rakan-rakan di barisan pertahanan supaya lebih bekerja keras bagi memastikan pihak lawan sukar untuk membolosi gawang kami,” tegasnya.
Dalam pada itu, Piya berharap penyokong setia Kelantan terus memberi sokongan kepada The Red Warriors yang kini semakin hampir mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
“Walaupun perlawanan pada 18 Oktober ini masih dalam mood Hari Raya Aidiladha tetapi saya yakin, penyokong terutama yang berada di Lembah Klang pasti akan turun beramai-ramai untuk menyokong Kelantan di Shah Alam nanti,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular