KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 21 Oktober 2013

‘Ben10′ Waspada Kebangkitan ATM

Mohd Nor Farhan Muhammad
KOTA BHARU – Bintang sayap Kelantan, Mohd. Nor Farhan Muhammad mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak berasa selalu selesa dengan kelebihan yang diperoleh ketika menyumbangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Selayang, Jumaat lalu.
Pemain lincah berusia 28 tahun itu sebaliknya menegaskan, ATM yang terkenal dengan semangat juang tinggi mampu memberi kejutan kepada The Red Warriors pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, andai mereka terus dibuai dengan kemenangan lalu.
Katanya lagi, pemain-pemain Kelantan harus berwaspada dengan The Gladiators yang pernah mengecewakan mereka di Kota Bharu dalam saingan Liga Super sebelum ini.
Anak-anak buah B. Sathianathan melakar kejutan terbesar dalam Liga Super musim ini apabila membedil skuad bimbingan Bojan Hodak 3-1 pada kunjungan terakhir mereka ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
“Berdepan ATM bukan satu tugas mudah buat Kelantan, mereka ada ramai pemain yang berpengalaman dan mampu beraksi dengan baik.
“Kita tidak boleh leka dengan kemenangan yang dicapai kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
“Bagaimanapun saya sudah cukup bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran mereka pada aksi separuh akhir kedua itu nanti.
“Harap rakan-rakan juga akan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan ini bagi memastikan impian kita untuk mara ke pentas akhir terlaksana, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Mohd. Nor Farhan juga mengakui, dia lebih selesa turun ke padang Jumaat dengan menanamkan dalam fikirannya bahawa keputusan terdahulu adalah seri tanpa jaringan untuk membolehkan dirinya lebih berhati-hati apabila beraksi.
Dia yang terkenal dengan panggilan ‘Ben10′ dalam kalangan peminat The Red Warriors bertekad meledak gol pada perlawanan itu.
Katanya, kejayaan menjaringkan gol pada perlawanan sebelum ini menjadi pembakar semangat kepadanya untuk beraksi dengan lebih baik.
“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dengan membuka ruang kepada saya untuk menjaringkan gol,” ujar pemain kelahiran Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular