KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 14 Oktober 2012

Kerajaan Kelantan Isytihar Cuti Sempena Final Piala Malaysia 2012

Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan pada 21 Oktober sempena saingan akhir Piala Malaysia yang berlangsung sehari sebelum itu.
Menurut pengumuman yang dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, cuti tersebut dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan agar memberi kelegaan kepada mereka untuk memberi sokongan padu kepada The Red Warriors.

Beliau turut mendoakan agar Kelantan mampu menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua di Stadium Shah Alam nanti.

Sementara itu, rata-rata penyokong Sang Kijang yang ditemui  menyambut baik pengumuman cuti yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Bagi mereka, Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan semangat kesukanan jitu seterusnya memberikan
 kemudahan kepada para penyokong untuk bertandang ke Shah Alam memberi sokongan padu kepada pasukan Kijang.

Tiada hadiah paling istimewa kepada penyokong selain hari cuti yang dapat memberikan banyak ruang kepada semua pihak untuk sama-sama meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas akhir.

Red Warriors Hebat!

S.Subramaniam berusaha keras mengawal bola dari dibolosi oleh pemain-pemain Selangor.

Anak buah Bojan Hodak hanya selangkah lagi untuk catat kejuaraan trebel
Shah Alam: Klimaks Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertembungan dua sang juara – juara Liga 

Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Tentera apabila kedua-dua mara ke final, 20 Oktober ini.
Di Stadium Shah Alam, malam tadi, pertaruhan angka ’3′ oleh Kelantan dan Selangor lebih memihak kepada jaguh Pantai Timur itu apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Red Giants.

Walaupun perlawanan yang disajikan jelas seimbang tetapi segala usaha keras The Red Warriors berbalas dan kini hanya memerlukan tempoh 90 minit lagi sebagai detik penentu di pentas final untuk merangkul piala paling berprestij itu.

Selepas Piala FA dan Piala Liga Super berada dalam genggaman, kemenangan malam tadi bermakna peluang Pahlawan Merah untuk mendakap kejuaraan kali kedua Piala Malaysia hampir menjadi realiti.

Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan satu gol ketika tewas 0-1 di Kota Bharu, Jumaat lalu langsung tidak dihiraukan apabila terus melakukan asakan ke kubu lawan dan hasilnya seawal minit pertama, kaptennya, Safiq Rahim terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakan percumanya tersasar.

Permainan bertambah menghiburkan apabila penyerang pelawat, Mohammed Ghaddar melakukan percubaan 12 minit kemudian, tetapi sempat dikuis oleh penjaga gol, Norazlan Razali.

Tonggak tengah The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin juga tidak berupaya mengukuhkan agregat apabila sepakan ‘chip’ yang dilakukannya pada minit ke-38 sekali lagi dikecewakan oleh Norazlan.

Lima minit selepas itu, Selangor melakukan asakan dan rembatan kencang penyerang importnya, Bosko Balaban dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelincahan Ghaddar cukup menghadirkan kekacauan di benteng tuan rumah apabila berjaya melepaskan diri untuk merobek gawang, tetapi Selangor sekali lagi bernasib baik kerana Norazlan terus mengecewakan Kelantan daripada menambah jaringan.

 Sebaik memasuki minit ke-84, The Red Warriors ternyata lebih layak untuk memegang status ‘Red’ yang sebenar apabila gerakan solo Ghaddar sebelum melakukan ‘chip’ berjaya melebarkan kedudukan agregat 2-0.

Dia melakukan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan cantik menewaskan tiga pertahanan lawan.

Mohd Badhri Radzi terus menghukum kelekaan lawan apabila sepakan percumanya menerjah gawang sekali gus membawa Kelantan ke final dengan kemenangan agregat 3-0.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KELANTAN KE FINAL PIALA MALAYSIA 2012


Ghaddar ( Gambar ) dan Norfarhan bakal terlepas aksi final Piala Malaysia 2012 kerana mengutip 2 kad kuning.
Ghaddar ( Gambar ) dan Norfarhan bakal terlepas aksi final Piala 
 Malaysia 2012 kerana mengutip 2 kad kuning.

KELANTAN mengesahkan laluan ke pentas final Piala Malaysia Edisi ke-86 selepas menewaskan Selangor 2-0 sekali gus mara dengan agregat 3-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dua jaringan gol pada separuh masa kedua oleh Mohamad Ghaddar minit ke-84 dan Mohd Badri Radzi pada minit ke-93 sudah cukup memastikan malam derita Selangor yang berhasrat merealisasikan Misi 33 mereka.

Bermula wisel babak pertama, Selangor terus melancarkan gerakan melalui hantaran jauh dan memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti Kelantan apabila Subramaniam menjatuhkan Bosko Balaban.
Namun sepakan percuma diambil Safiq Rahim sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan serangan dilancarkan tuan rumah, Kelantan menyusun strategi memantapkan bahagian tengah dan hadapan serta hampir memperoleh gol pendahuluan apabila tandukan penyerang sensasi Kelantan, Mohamed Ghadar ditepis penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-12.
Menyedari tekanan dari Selangor semakin berkurangan memasuki 15 minit seterusnya, Kelantan memperkemaskan serangan melalui rangkaian penyerang Norfarhan, Norshahrul Idlan dan Mohamad Ghaddar.

Pintu gol Selangor sekali lagi hampir bolos minit ke 16 apabila Norfarhan yang dikenali ‘Ben 10’ dalam kalangan peminat Kelantan melakukan rembatan namun berjaya ditepis sekali lagi Norazlan.

Gawang pelawat cemas seketika pada minit ke-22 apabila rembatan Safiq di luar kotak penalti gagal ditangkap kemas Khairul Fahmi namun tindakan pantas penjaga gol kebangsaan itu menggagalkan usaha K Solihin yang cuba menolak bola muntah tadi namun Solihin berada dalam keadaan offside.

Ghaddar berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan namun tolakannya mudah ditepis Norazlan yang bertindak cemerlang menggagalkan hasrat kira-kira 35,00 penyokong setia The Red Warriors.
Peluang berbahaya tuan rumah terhasil pada minit ke-43 apabila Bosko melakukan sepakan dari luar kotak penalti namun Khairul Fahmi telah bersedia dan menepis sepakan berkenaan.

Berbaki satu minit masa tambahan separuh masa pertama, peluang terhidang di depan gawang Selangor gagal dimanfaatkan Indra Putra yang mendapat tolakan cantik dari Norfarhan namun sepakan Indra ketika hanya berdepan dengan Norazlan melambung tinggi.

Babak kedua bermula, Selangor dilihat agresif apabila sepakan dari luar kotak penalti oleh Bosko berjaya ditepis Khairul Fahmi sebelum Mohamed Ghadar membalas serangan pada minit ke-51 yang berjaya diselamatkan Norazlan.

Mat Yo turut berpeluang mencetak nama sebagai penjaring namun sepakan leretnya minit 57 selepas mendapat lorongan bola dari Norfarhan sekali lagi benteng terakhir Selangor menjadi penghalang.
Akhirnya gol Kelantan berhasil pada minit 84 apabila larian pantas dan kelicikan Mohamed Ghaddar yang berjaya mengelecek tiga pertahanan lawan sebelum melakukan penyudahan tahap bintang dengan kuisan berjaya memperdayakan Norazlan buat kali pertama.

Malam derita buat Selangor terus berpanjangan apabila Bosko dilayangkan kad merah selepas mengasari Obinna Nwaneri pada minit ke-87.

Mendahului satu gol tidak membuatkan anak didik Bojan Hodak berpuas hati malah melancarkan serangan dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kawasan penalti sebelah kanan gawang tuan rumah.
Badri yang sememangnya pakar dalam sepakan percuma akhirnya melenyapkan impian Gergasi Merah Kuning untuk menggapai Misi 33 selepas sepakannya menerjah jaring di sebelah bucu kanan gol Selangor yang gagal diselamatkan Norazlan buat kali kedua.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Doakan Kejayaan Kami - Subra.

Pertahanan kental, S. Subramaniam berharap para penyokong setia The Red Warriors mendoakan kejayaan   mereka pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
Menurutnya ketika dihubungi , dia dan semua rakan sepasukan kini sedang fokus untuk menghadapi Selangor. 
Gergasi Merah bukan lawan yang mudah tetapi sokongan peminat bakal memberikan kejayaan kepada kita untuk mara ke pentas akhir, jelasnya.
Saya yakin dengan kemampuan semua pemain membolehkan kita mengekalkan keputusan yang diraih pada perlawanan pertama seterusnya mencapai kejuaraan "treble".
Justeru itu, para penyokong diharap dapat turun dan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua pemain yang diturunkan pada perlawanan tersebut nanti. 
Dengan sokongan padu peminat, saya turut yakin ia akan membantu pemain yang turun beraksi bermain dengan lebih bersemangat.

Khamis, 11 Oktober 2012

Provokasi dan Ancaman Melampau Dari Budak Hingusan.

Nampaknya provokasi sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia semakin teruk apabila ada pula seorang penyokong Selangor melontarkan kata-kata berbaur ancaman dan ugutan untuk penyokong Kelantan.
Apa tidaknya, individu tersebut dalam laman sosial Facebook bernama Rahar Marcello mengugut akan membakar bendera negeri Kelantan seandainya Selangor berjaya menewaskan Kelantan seterusnya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Kata-kata individu ini disifatkan provokasi melampau dan ancaman yang boleh mendatangkan permusuhan kepada penyokong yang bertandang ke Shah Alam pada pertemuan yang berlangsung pada 12 Oktober depan.

Berdasarkan carian RedsfcNews akan individu ini menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong Selangor tegar dan seorang anti Kelantan apabila menulis beberapa posting kurang ajar di laman Facebook Selangor Football Fans.

Oleh kerana ugutan yang disifatkan terlalu serius, kemungkinan besar akan ada laporan polis dibuat keatas individu terbabit kerana setelah diteliti ia boleh memberi ancaman dan mencetuskan perbalahan antara penyokong selain meningkatkan sentimen kebencian dari kedua-dua penyokong pada pertemuan Jumaat nanti.
Maklumat dan Posting yang dibuat oleh Rahar Marcello.
Ugutan

Ugutan

Profil

Alamat Facebook

Gambar DP Facebook

Anti Kelantan

Anti Kelantan

Rabu, 10 Oktober 2012

Tiket Selangor Lawan Kelantan Dijual Khamis

Graphic by Muhd Adlan Photography
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) memaklumkan penjualan tiket separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 antara Selangor lawan Kelantan  dijual Khamis ini.
Tiket dijual pada harga RM15 setiap seorang bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak dan akan mula dijual pada 11 Oktober ini, bermula dari jam 9 pagi sehingga 7 petang dan pada Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 8 malam bertempat di Stadium Shah Alam.

Mat Yo Dan Daudsu Utamakan TRW

Norshahrul Idlan Tahala

TEKAD untuk membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia 2012, peledak berbisa The Red Warriors (TRW), Norshahrul Idlan Talaha menepis dakwaan yang mengatakan beliau bakal berhijrah ke Johor, musim depan.

Masih terikat kontrak selama setahun dengan juara Liga Super itu, Norshahrul yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo menegaskan tumpuannya kini hanyalah kepada skuad Kijang.

“Saya masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Jadi tiada isu sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain,” katanya kepada Sinar Harian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.

Sebelum ini, Mat Yo bersama dua lagi pemain Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya dilaporkan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991, Johor untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan Mat Yo mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.

Dalam masa sama, turut ditanya adakah beliau berhasrat untuk mengubah haluan, Mat Yo bagaimanapun enggan menggulas lanjut.

“Belum tahu lagi, tumpuan saya sekarang hanya untuk Piala Malaysia dan juga Piala Suzuki AFF,” katanya.
Dalam perkembangan lain, hanya berserah kepada rezeki, Daudsu tidak mahu isu perpindahan mengganggu tumpuannya dalam mengharungi saingan separuh akhir Piala Malaysia.
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai hala tuju masa depannya, tonggak pertahahan TRW itu mengakui banyak hati yang perlu dijaga.

“Tumpuan saya hanya untuk Kelantan dan fokus bagi mencapai misi treble musim ini. Jadi, buat masa ini saya tidak fikir untuk kemana-mana lagi,” katanya.

Selasa, 9 Oktober 2012

Kelantan Nafi Lepas 3 Pemain

KAFA hantar surat bantahan kepada FAM, tiga tonggak masih ada kontrak bersama TRW
                    
Norshahrul Idlan Talaha


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan ketiga-tiga tonggak utama mereka bakal mengubah haluan dengan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Sambil menyifatkan berita mengenai penghijrahan pemain tersebut tidak berasas, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim menegaskan kesemua mereka masih mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.

“Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya pula hanya akan berakhir November nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Kita sudah menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan. Tiada perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita setakat ini.

“Jadi tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan ketiga-tiga pemain berkenaan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991 itu untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Kafa bagi membolehkan Norshahrul Idlan, penyerang yang merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 100Plus-FAM pada 2010 dan 2011 mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.
Dalam perkembangan berkaitan, Azman berkata, pihak Kafa akan menghantar surat kepada badan induk bola sepak kebangsaan dalam masa terdekat sebagai membantah kenyataan yang disifatkan melanggar peraturan itu.

“Saya tidak berminat untuk berbalas kenyataan di media. Tetapi sebagai seorang bekas pemain profesional, Fandi (Ahmad) (Pengurus Pasukan Johor) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kita yang sedang beraksi dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia ketika ini.

“Apa jua keadaan mereka kena ikutlah saluran yang betul dan merujuk kepada Kafa.
“Saya harap pasukan lain pun bersabar sebelum mereka mengumumkan nama pemain baru masing-masing sehinggalah musim Liga Malaysia berakhir 20 Oktober ini,” katanya.

Norfarhan Senjata Terbaik Sang Kijang.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Norfarhan Mohamad menjadi taruhan terbaik Sang Kijang untuk mengecewakan Selangor dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat depan.
Ketika Selangor mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri dalam saingan piala, mereka pastinya tidak memberi laluan mudah kepada Ghaddar dan Norshahrul untuk membolosi gawang mereka.
Justeru itu, kelibat Norfarhan amat diperlukan kerana dia sudah membuktikan jika diberi ruang yang cukup luas, gawang pihak lawan pasti bergegar dengan ledakan kencang.
Dia yang kini menjadi penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Piala Malaysia dengan 5 gol pasti ingin menambah koleksi jaringan pada perlawanan di Shah Alam nanti.
Norfarhan yang ditemui pihak media selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama berjanji akan memberikan persembahan terbaik seterusnya membantu Kelantan mara ke pentas akhir Piala Malaysia.
Saya akan cuba melakukan jaringan kerana pertahanan Selangor lebih memberi tumpuan kepada Norshahrul serta Ghaddar dan ini membuka banyak ruang kepada saya untuk cuba melakar jaringan.

Catatan Popular