Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan George Boateng sedia menghadapi ujian pertama yang bakal menentukan nasib The Red Warriors (TRW) ketika melayan kunjungan FELDA United dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Tidak menafikan tugas dipikulnya berat, Boateng, 38, yakin kehadirannya menggantikan Steve Darby dianggap tepat pada masanya.
Jurulatih dari Belanda itu turut berkata, tempoh 10 hari membolehkan beliau melihat keupayaan anak didiknya dan percaya mereka tidak mempunyai masalah menang aksi pertama di gelanggang sendiri.
“Persediaan kami bagus dan pemain bekerja keras.
Ini mungkin tugas besar buat saya memastikan Kelantan mempertahankan kejuaraan, tapi saya sudah bersedia kerana kami tidak memandang mudah FELDA United,” katanya di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Mengulas lanjut, Boateng berkata, kelebihan beraksi di tempat sendiri dalam aksi pertama itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Katanya, pemain perlu bijak menggunakan peluang itu bagi mencari bekalan untuk aksi timbal balik di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 31 Mei ini.
Boateng bagaimanapun berkata, penyerang import, Prince Tagoe mungkin tidak diturunkan kerana belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).
“Bagaimanapun, kita berusaha mendapatkan ITC untuk Tagoe sebelum sepak mula.
Kita sangat memerlukan penyerang dan Tagoe sangat bersemangat ketika latihan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan